Saturday, May 29, 2010

(APRIL) PERJUMPAAN DENGAN KETUA HAKIM MAHKAMAH SYARIAH TERENGGANU

Kunjungan hormat Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu diteruskan dengan lawatan hormat ke atas YA Ketua Hakim Syarie Terengganu, Dato' Ismail bin Yahya pada 21hb April 2010 jam 2.30 petang di Mahkamah Syariah Terengganu. Pelbagai isu dibincangkan dan penerangan termasuk rancangan YA untuk menerbitkan jurnal bagi Negeri Terengganu yang khas. Terdapat bilik khas untuk peguam syarie yang lengkap dengan komputer boleh digunakan. Malah pihak Chairman ada menyatakan rancangan jangkapanjang untuk mewujudkan satu unit pusat bantuan guaman di Mahkamah Syariah Terengganu. Semoga semua pihak dapat membantu menjayakan perjalanan proses perundangan Islam di Terengganu.

Pihak Jawatankuasa berkumpul menunggu kesemua ahli hadir untuk kunjungan hormat....

Mendengar dengan khusyuk dan teliti penerangan oleh YA Dato' Ismail...


Chairman beserta Hj Mukhtar mencatit fakta fakta penting untuk dihebah pada peguam peguam yang lain........

YA Dato' Ismail memberi penerangan menyeluruh dan jitu permasalahan yang dibangkitkan serta visi visi beliau untuk Mahkamah Syariah Terengganu........

Penyampaian cenderahati oleh Jawatankuasa peguam Negeri Terengganu

Bergambar kenangan bersama YA Dato' Ismail, Ketua Hakim Syarie Terengganu.........


Acara sampingan...terima kasih atas kesudian menjamu....jawatankuasa yang hadir...

(APRIL) PERJUMPAAN DENGAN KETUA POLIS TERENGGANU

Pada 19hb April 2010 suatu kunjungan hormat telah diadakan ke atas Ketua Polis Negeri Terengganu, YDH DCP Dato' Mohd Shukri bin Dahlan. Jam 2.30 petang telah ditetapkan untuk kunjungan tersebut, Jawatankuasa Peguam Terengganu telah mengadakan perbincangan yang turut oleh ketua ketua jabatan serta ketua ketua polis daerah. Pelbagai persoalan telah dibangkitkan termasuk kelewatan menerima laporan polis, sketch plan & key gambar2 dan sebagainya. Usaha usaha akan dilakukan untuk mengatasi masalah yang telah dibangkitkan. Mesyuarat berakhir jam 4 petang. YDH Dato' KP amat perihatin akan masalah yang dibangkitkan serta sudi menghulurkan segala kerjasama yang diperlukan.



Perjumpaan mesra antara jawatankuasa Peguam Terengganu dan YDH Dato' KP Trg di IPK Terengganu....


Turut serta ketua ketua Polis Daerah Negeri Terengganu.....


Persoalan persoalan dijelaskan dengan terang oleh kepimpinan IPK Negeri Terengganu......dikiri YDH Dato' KP, Supt Tuan Baharuddin Hj Ahmad Timbalan ketua SB IPK Trg...


Kelihatan ketua polis Daerah termasuk ketua polis Dungun Tuan Dahlan bin Mohd Noor serta ketua ketua jabatan termasuk pengurusan Puan Norhani binti shariff.......

Chairman menyampaikan cenderahati kepada YDH Dato' Shukri atas kesudian beliau menerima kunjung hormat Jawatankuasa Peguam Terengganu......

Acara penyampaian cenderahati...dirakam dari sudut berbeza....


Selepas bermesyuarat, Dato' sudi menjemput peguam peguam termasuk wanita untuk menguji bakat di lapang sasar bidong dalam acara latihan menembak....

Terimakasih atas kerjasama Tuan Azmi.... yang sudi mengaturkan kehadiran peguam peguam ke acara latihan menembak di lapang sasar bidong....

(APRIL) PERJUMPAAN DENGAN PENGARAH PTG NEGERI TERENGGANU

Pada 18hb April 2010, selepas jamuan tengahari 'farewell' Tuan Azhar dan Tuan Khalid telah diadakan suatu kunjungan hormat jam 3.00 petang ke atas pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu iaitu Dato' Haji Osman bin Muda. Pelbagai persoalan ahli telah dibangkitkan dan dibincangkan. Termasuk cadangan menaikkan cukai dan fee fee tertentu. Suatu kajian diminta diadakan sebelum sesuatu keputusan diambil. Pandangan jawatankuasa juga diambil kira. Mesyuarat berlansung selama hampir 2 jam dan berakhir jam 5 petang. Cadangan ahli untuk kita lebih kerap berbincang dengan PTG ataupun pejabat tanah untuk apa jua kemusykilan yang wujud akan diteruskan di masa masa akan datang.

Rohayati dan rosnah tersenyum memikirkan persoalan yang bakal ditanya pada Pengarah PTG kelak.....


Semua menunggu Dato' Pengarah....untuk memulakan perbincangan....


Perbincangan dimulakan oleh Dato' Pengarah....bersama Jawatankuasa Hj Madi tekun membaca statistik, Chairman mengemukakan soalan perhatikan oleh Mat Shan dan Ubai....


Setiap minit mesyuarat dicatat dengan teliti oleh s/u Salwa untuk dibentangkan pada ahli kelak......


Dato' Pengarah membentangkan polisi dan perancangan terbaru beliau...


Bergambar kenangan antara Jawatankuasa Peguam Terengganu bersama pejabat Pengarah Tanah dan Galian Terengganu...

(APRIL)MAJLIS PENGHARGAAN BUAT TUAN KHALID DAN TUAN AZHAR

Pada 18hb April 2010, Suatu majlis makan tengahari 'farewell' telah diadakan di Taman Tamadun Islam untuk 2 hakim mahkamah sesyen Kuala Terengganu iaitu Tuan Azhar yang berpindah ke Taiping dan Tuan Khalid yang akan berpindah ke Georgetown Pulau Pinang. Sambutan amat menggalakkan hampir kebanyakkan peguam litigasi Negeri Terengganu hadir memberi penghargaan. Ucapan kedua dua hakim menghargai kerjasama peguam Terengganu dalam melicin perjalanan proses perundangan. Majlis berakhir jam 2.15 petang dengan acara penyampaian cenderahati dan ucapan terimakasih atas dedikasi kedua dua hakim tersebut oleh Chairman.










Peguam bersedia menunggu dengan sabar kedua dua hakim yang bakal berpindah..











Senior members Trgbar yang hadir..En Mat yusuff, Dato' Zamani, En Aziz muda dan En Syukri...









Kehadiran kedua-dua hakim disambut oleh members Trgbar....







Tersenyum ria kedua dua hakim mengharukan melihat sebegitu ramai members Trgbar yang hadir....






Seperti biasa En Mat yusuff menunjukkan penumbuknyer sambil berkata jangan sesiapa menguduh loyar2 ganu sampai tersenyum disetujui oleh seme yang ada....



Mr Teo terkejut ingat Hj Madi telepon menteri ingin halang transfer...err rupa call wife dia dok balik makang tengahari....nok makang dengan saing2



Acara makan yang merupakan tradisi kegemaran Trgbar Members dimulai dengan gumbira oleh seme pihak....






Zubir dan zamri setia menunggu giliran biar lambat asal bulih banyok....




Meja power...Hj Mang, sukeri, Hj puding, Hj haris, Syed, Fazru piece, faisal,serta saipul berselera makang...






Group wanita, hanya fatin berpiece yang lain nampok makanang yerr...




Ucapan 'wada' perpisahan dari Tuan Khalid....ingatkan iman dan amal yang baik perlu diteruskan....seronok bertugas di Teranung....




Tuan Azhar terharu untuk tinggalkan negeri tanah tumpah...apakan kata service terpaksa....




Seme terkedu.....sedih melepaskan hakim hakim yang mementingkan keadilan dan bukan semata-mata KPI ....tekun mendengar ucapan....






Chairman menyampaikan cenderahati buat Tuan Khalid sambil diperhatikan oleh Sukeri





Tuan Azhar gembira menerima cenderahati dari Trgbar yang disampaikan oleh Chairman





Bergambar kenangan beramai ramai.....peguam Terengganu.....tersohor mudah kire mudah base....sentiasa ria





Peguam wanita juga tak ketinggalan untuk bergambar....kenangan last a life times....




Bukan jer hakim malah Chairman juga menjadi mangsa untuk diambil gambar beramai ramai.... terasa macho....




Err bukan wanita aje sibuk bergambor.....group lelaki juga terjangkit .....seronok gambor beramai....lihat la betapa erat hubungan antara setiap ahli......

(APRIL)PERJUMPAAN DENGAN YB PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI TERENGGANU

Pada 13 april 2010, siri kunjungan hormat telah diadakan oleh jawatankuasa peguam negeri Terengganu di mulai dengan perjumpaan di tingkat 14 bersama Penasihat Undang-undang Negeri Terengganu iaitu Y.B Noorbahri bin Baharuddin. Pertemuan dengan beliau telah disertai oleh ketua unit pendakwaan Negeri Terengganu Tuan Mohamad Jazamuddin bin Haji Ahmad Nawawi. Pelbagai perkara kepentingan bersama telah dibincangkan terutama prosedur rayuan pindaan pertuduhan. Kedua dua pihak bersetuju untuk lebih kerap mengadakan perjumpaan berbincang agar kelancaran proses keadilan di Terengganu berjalan dengan lebih sempurna.

Cenderahati disampaikan oleh Chairman bagi pihak Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu kepada YB Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu..

Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu bergambar kenangan dengan YB State LA....

Friday, May 21, 2010

Takziah

Takziah kepada Kak Sah (Puan Napisah binti Bakar) dan keluarga kerana baru sahaja kehilangan ibunda tersayang yang telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.... Innalillahi wainna ilaihi rajiun... Al-Fatihah.

Thursday, May 20, 2010

Perjumpaan Peguam-Peguam Litigasi Negeri Terengganu Dengan Pengarah Pusat TanggungJawab Mahkamah Terengganu

Pengarah PTJ Mahkamah Negeri Teri Terengganu telah menetapkan satu perjumpaan dengan Peguam-Peguam litigasi Negeri Terengganu pada tempat, tarikh dan masa seperti berikut;

Tarikh: Rabu, 26 Mei 2010
Tempat: Bilik Mesyuarat Tingkat 6 Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu
Masa: 4.00 petang

Semua peguam dijemput hadir.

Wednesday, May 5, 2010

Leisure

Latest happenings at Terengganu State Library

1. Visual Art Exhibition by UiTM Art and Design Faculty from 3rd - 9th May, 2010.

2. "Tamadun Awal Manusia Gua Bewah" exhibition on the 3rd - 9th May, 2010.

All are invited.

New Court Sessions for Magistrate Courts, Sessions Court and High Court

Kindly take tote that Magistrate Courts, Sessions Court and High Court accross the country will begin session at 8.30am commencing 1st July, 2010 - 30 minutes earlier than 9.00am at present.

Letter dated 29th April from the court regarding the status of cases in Sessions Court 3 and Sessions Court 4 commencing 1st May 2010;




MAHKAMAH SESYEN DAN MAJISTRET

KOMPLEKS MAHKAMAH BARU

JALAN SULTAN MOHAMAD

21100 KUALA TERENGGANU

­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­­________________________________­­­­­­­­________


Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : Bil. ( ) MSKT 100_5/5

Tarikh 29 April 2010


Jawatankuasa Peguam Terengganu

(Terengganu BAR)

Pejabat Setiausaha Kehormat

Ahmad Shahabuddin & Co,

No. 304 & 305, Tingkat 3, Wisma Kokitab

Jalan Sultan ismail

20200 KUALA TERENGGANU


(u/p: Puan Salwa binti Mansor)


Puan,


PEMINDAHAN KES-KES DARI MAHKAMAH SESYEN 3 DAN MAHKAMAH SESYEN 4 KUALA TERENGGANU


Dengan segala normatnya saya merujuk perkara di atas.


2. Adalah dimaklumkan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen 3 Kuala Terengganu iaitu Tuan Mohammad Khalid bin Haji Ab. Karim dan Hakim Mahkamah Sesyen 4 Kuala Terengganu laitu Tuan Mohd Azhar bin Othman akan berpindah berkuatkuasa mulai 1 Mei 2010.


3. Sehubungan dengan itu kes-kes di Mahkamah Sesyen 3 Kuala Terengganu akan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 2 Kuala Terengganu dan kes-kes di Mahkarnah Sesyen 4 Kuala Terengganu akan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen 1 Kuala Terengganu.


Sekian dimaklumkan, terima kasih,


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Saya yang rnenurut perintah,


t.t

(CHE MOHAMAD ZULKIFLY BIN JUSOH)

Pengarah

Mahkamah Negeri Terengganu

Kuala Terengganu