Tuesday, December 22, 2009

The Malaysian Bar - Malaysian Bar EGM (12 Dec 2009): Substantive justice must not be sacrificed for speed or expediency

Salam Sejahtera,



Majlis peguam telah mengadakan suatu mesyuarat agung khas pada 12 disember 2009 bertempat di Dewan San Choon, Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Mesyuarat yang diadakan bertujuan membincangkan resolusi berkenaan indeks prestasi KPI yang terlalu diberi tumpuan oleh pihak Ketua Hakim Negara. Pelupusan kes dijadikan keutamaan melebihi keadilan. Ini kerana kes "backlog" tertunggak di sesetengah negeri adalah terlalu banyak.



Sistem pengurusan kes yang baru diperkenalkan menimbulkan masalah besar di negeri- negeri yang melaksanakannya terutama di kuala lumpur. Terdapat Egm yang telah diadakan di Johor, Pahang dan Pulau Pinang yang menyokong keadilan sesuatu kes yang diberi keutamaan dan bukan berapa banyak kes yang boleh dilupuskan. Prestasi seseorang pegawai kehakiman hendaklah dinilai bukan melalui betapa cepat atau berapa banyak kes yang boleh dilupuskan tetapi keadilan yang sewajarnya diberikan kepada semua pihak. Pihak Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu telah diwakili oleh Chairman. Majlis yang sepatutnya bermula jam 10 pagi tidak dapat dimulakan kerana hanya ada 212 orang yang mendaftar , sekurang-kurangnya 500 orang peguam diperlukan untuk cukup korum. Vice Presiden Lim chee wee terpaksa berkali-kali membuat pengumuman merayu ahli-ahli yang hadir menghubungi rakan-rakan untuk hadir memberi sokongan. Hanya 10 minit hampir jam 11 pagi baru la korum tercapai. Setelah para wartawan diminta keluar mesyuarat bermula dengan masing-masing melepaskan perasaan.



Beberapa pindaan di buat atas usul yang dikemukakan oleh Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan. Usul-usul yang dikemukakan di sokong dengan sebulat suara. Suatu representasi akan dibuat kepada CJ Tun Zaki dalam masa terdekat untuk menyampaikan keputusan yang dibuat oleh EGM ini. Mesyuarat bersurai jam 1.30 tengahari.




Office Bearer mendengar keluhan ahli-ahli, setiap peguam litigasi semakin tertekan dengan sistem bicara tanpa penangguhan ini.





Sebelum mesyuarat bermula semua tertekan mana lawyer terutama dari KL yang langsung tak minat nak hadir sedangkan lawyer outstation dari Pahang, Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu awal-awal dah mendaftar.



Setiausaha Bar, sibuk meminda usul yang dibentangkan.



Chairman Setia menunggu hingga habis mesyuarat untuk memastikan perkembangan terbaru dapat disebarkan pada ahli-ahli Terengganu Bar.


Link dengan Bar Council untuk melihat resolusi penuh EGM



Sekian harap maklum.

Monday, December 21, 2009

LAPORAN KLINIK KESEDARAN UNDANG-UNDANG DAN KHIDMAT NASIHAT DI TAMAN PERMINT JAYA CHENDERING

Pada 19hb Disember 2009, bertempat di Pusat Kegiatan Belia 4B Taman Permint Jaya Chendering, Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam Terengganu dengan kerjasama Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu telah mengadakan Klinik Kesedaran Undang-undang dan Khidmat Nasihat kepada semua penduduk di sekitar Taman Permint Jaya. Program tersebut adalah sebahagian daripada Klinik Projek tahunan LAC.


" Sesi pendaftaran kehadiran"
Tujuan program ini di adakan adalah untuk memberikan khidmat nasihat guaman secara percuma kepada penduduk setempat khasnya dan penduduk berhampiran Taman Permint Jaya khasnya.Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk dan juga peguam-peguam dengan kehadiran lebih kurang 100 orang.

" Ucapan penerangan tentang LAC oleh Pengerusi Pusat Bantuan Guaman"


Majlis tersebut dimulakan pada pukul 9.30 pagi dengan ucapan alu-aluan dan pengenalan tentang Pusat Bantuan Guaman oleh Pengerusi Pusat Bantuan dan Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu. Selepas ucapan pengenalan tentang LAC, ketibaan Yang Berbahagia Dato' Wan Ahmad Farid Bin Dato' Haji Wan Salleh selaku perasmi majlis tiba pada jam 10.30 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat seterusnya ucapan dari Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung iaitu Tuan Hj. Hairun Bin Yasar. Majlis tersebut diteruskan dengan ucapan Pengerusi Pusat Bantuan Guaman iaitu En. Anuwar Bin Mohd dan seterusnya ucapan dan perasmian majlis dari YB. Dato' Wan Ahmad Farid Bin Dato' Hj. Wan Salleh iaitu Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu.



"Ucapan dan perasmian majlis oleh YB. Dato' Wan Ahmad Farid"

"Dif-Dif Kehormat"
Selesai majlis perasmian, kaunter-kaunter pertanyaan dibuka kepada semua hadirin yang mempunyai masalah atau pertanyaan berkaitan undang-undang. Sebanyak 4 kaunter dibuka iaitu, Syariah, Sivil, Jenayah dan Umum. Kebanyakan masalah yang diajukan berkisar tentang masalah pembahagian harta pusaka dan hibah, cara pengambilan anak angkat, saman, proses penceraian, hak jagaan anak, kemalangan jalanraya, penangkapan dan ikat jamin, jual beli tanah, cara untuk melantik peguam dan lain-lain lagi. Penduduk yang hadir juga dapat mengetahui perbezaan Pusat Bantuan Guaman dengan Biro Bantuan Guaman melalui penerangan yang diberikan oleh Pengerusi LAC. Mereka menganggap kedua-dua badan tersebut adalah sama.

"Kaunter pertanyaan & khidmat nasihat dibuka"

Program ini dapat memberikan kesedaran undang-undang kepada penduduk sekitar selain dapat mengeratkan hubungan di antara penduduk kampung dengan peguam-peguam. Di samping itu, ianya dapat mewujudkan lebih ramai peguam-peguam sukarela yang dapat memberikan khidmat nasihat secara percuma. Kami berharap program seperti ini dapat diterus pada masa akan datang dengan kehadiran lebih ramai Peguam sukarela dan Pelatih Dalam Kamar memberikan khidmat sosial kepada masyarakat.

"Pelatih Dalam Kamar di kaunter pendaftaran"



"Loyar-loyar Kabir"
" Peguam-peguam bergambar bersama JKKK Taman Permint Jaya Chendering"
Sekian, terima kasih.

Monday, December 14, 2009

KLINIK KESEDARAN UNDANG-UNDANG



Untuk makluman semua Peguam , Pusat Bantuan Guaman dengan kerjasama Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu akan mengadakan Minggu Kesedaran Undang Undang dan Khidmat Nasihat di kawasan perumahan Taman Permint Jaya Chendering pada 19hb Disember 2009.

Objektif program tersebut diadakan adalah untuk memberi khidmat nasihat, bimbingan guaman, serta kesedaran undang-undang secara percuma kepada penduduk setempat khasnya yang mempunyai masalah atau pertanyaan berkaitan undang-undang. Selain itu, ianya adalah satu program amal dan kebajikan oleh pihak kami yang diadakan pada setiap tahun di berlainan tempat.

Sehubungan dengan itu, LAC memohon kerjasama daripada semua peguam untuk menyumbangkan masa dan tenaga bagi menjayakan program tersebut untuk memberikan khidmat nasihat dan bimbingan guaman kepada para pengunjung secara sukarela.

Program tersebut akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 19hb Disember 2009

Hari : Sabtu

Masa : 9.00 pagi - 12.00 tghr.

Tempat : Pusat Kegiatan Belia 4B (berhampiran masjid).

Sekian, terima kasih

b.p Pengerusi LAC.









Thursday, December 3, 2009

MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA (EGM) PADA 12 DISEMBER 2009



PENGUMUMAN




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,



MAJLIS PEGUAM AKAN MENGANJURKAN SUATU MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA :-


BERTARIKH : 12 DISEMBER 2009.


MASA : JAM 10.00 PAGI

BERTEMPAT : DEWAN SAN CHOON, WISMA MCA,

JALAN AMPANG, KUALA LUMPUR.



AGENDA : MEMBINCANGKAN USUL YANG DIKEMUKAKAN OLEH RAGUNATH KESAVAN PRESIDEN MAJLIS PEGUAM.


ANTARA LAIN ISU YANG AKAN DIBINCANGKAN BERKENAAN PENANGGUHAN KES, PENETAPAN TARIKH BICARA TANPA MENGAMBIL KIRA DIARY PEGUAM, BICARA DIJALANKAN TANPA SAKSI-SAKSI DIPANGGIL, KEUTAMAAN PELUPUSAN KES DENGAN SEGERA YANG MUNGKIN MENGAKIBATKAN KEADILAN TERPINGGIR DAN KPI (INDEK PRESTASI SETIAP PEGAWAI MAHKAMAH).



KORUM SEJUMLAH 500 ORANG DIPERLUKAN BAGI EGM INI. PEGUAM-PEGUAM NEGERI TERENGGANU DIGALAKKAN HADIR DI EGM INI.



SEKIRANYA ADA PEGUAM-PEGUAM TERENGGANU INGIN MENGEMUKAKAN PERMASALAHAN BERKAITAN ISU INI BOLEH MENGHUBUNGI CHAIRMAN, SETIAUSAHA PUAN SALWA MANSOR ATAU LAC KITA.



SAYA AKAN HADIR PADA EGM TERSEBUT DAN SEGALA MAKLUM BALAS DARI PEGUAM-PEGUAM NEGERI TERENGGANU ADALAH AMAT-AMAT DIHARGAI.




SEKIAN HARAP MAKLUM.




PENGERUSI
JAWATANKUASA PEGUAM TERENGGANU

The Malaysian Bar - Bar Council 2010/2011 Election Results

SALAM,

KEPUTUSAN PEMILIHAN MAJLIS PEGUAM BARU BAGI TAHUN 2010/2011 ADALAH SEPERTI TERTERA DI BAWAH :-


The Malaysian Bar - Bar Council 2010/2011 Election Results


TERIMA KASIH KERANA MENGUNDI DAN MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB ANDA.

The Malaysian Bar - Sijil Annual Workshop held in Penang (9 October 2009) and Terengganu (26 October 2009)

SALAM,



Berita bengkel Sijil annual yang di anjurkan di Terengganu pada 26 Oktober 2009 di Felda Residence telah di masuk ke berita Majlis Peguam link di bawah :-



The Malaysian Bar - Sijil Annual Workshop held in Penang (9 October 2009) and Terengganu (26 October 2009)



Terima kasih sekali lagi atas sokongan dan kerjasama peguam-peguam Negeri Terengganu.