Wednesday, June 2, 2010

Terengganu Bar Family Day

BERITA MENARIK...!!!

Kepada semua peguam Negeri Terengganu.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu akan mengadakan satu Program Hari Keluarga 2010 pada 23-24/7/2010 (Jumaat & Sabtu) bertempat di Tasik Kenyir Lake Resort & Spa, Pengkalan Gawi.

Adalah dimaklumkan juga, pada hari yang sama, pihak jawatankuasa program akan mengadakan satu Pertandingan Mencari Harta Karun (Treasure Hunt) sebagai acara sampingan bagi tujuan memeriahkan lagi Hari Keluarga tersebut.

Sehubungan dengan itu, kepada mana-mana peguam yang berminat untuk menyertai bolehlah memberi nama dan butir-butir keluarga beserta dengan bayaran kepada Pusat Bantuan Guaman atau mana-mana Ahli Jawatankuasa Program Hari Keluarga 2010.

Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh tutup untuk mengesahkan kehadiran dan pembayaran penuh adalah pada 17/6/2010 (Khamis)

Berikut dinyatakan butir-butir dan maklumat lanjut berkenaan Hari Keluarga dan Treasure Hunt.

TENTATIF PROGRAM

23hb. JULAI, 2010 (JUMAAT)

(Sesi Pagi)
7.30 - 8.00 : Berkumpul di Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
8.00 - 8.30 : Taklimat dan Pembahagian Soalan
8.30 - 9.00 : Peserta dilepaskan dan Acara Treasure Hunt bermula
12.00 : Dijangka sampai di Tasik Kenyir Lake Resort

(Sesi Tengahari)
12.00 - 2.30 : Penyerahan Jawapan, Check In di Tasik Kenyir Lake Resort &
Spa, Pengkalan Gawi & Makan Tengahari
2.30 - 6.30 : Acara Sukaneka
6.30 - 8.00 : Rehat & aktiviti bebas

(Sesi Malam)
8.00 - 12.00 : Makan Malam (Dinner & Dance), Penyampaian Hadiah & Cabutan Bertuah
12.00 - : Majlis Bersurai

24hb. JULAI, 2010 (Sabtu)

7.30 - 10.00 : Makan Pagi
10.00 - 12.00 : Aktiviti Bebas (List of Extra Activities ada ditampal di LAC -bayar sendiri)
12.00 - 2.00 : Check Out


BILIK PENGINAPAN

  • kedudukan resort adalah di Tanah Besar dan bukan di Pulau (tidak perlu menaiki bot)
  • Harga bilik adalah RM220-00 setiap satu dan akan diuruskan penempahannya oleh urusetia sendiri
  • penempahan bilik adalah bergantung kepada permintaan peserta (TIDAK DIWAJIBKAN...!!!)
  • walau bagaimanapun, atas alasan kebimbangan terhadap keselamatan peserta dan keluarga, pihak urusetia amat-amat menggalakkan agar semua peserta dapat menginap semalaman sebelum pulang pada keesokan harinya
  • ini adalah berdasarkan kepada tempoh masa majlis makan malam yang dijangka akan selesai pada lewat malam
  • di samping itu juga, kedudukan resort yang agak terpencil dan keadaan jalan perhubungan yang agak tidak sempurna meningkatkan risiko kemungkinan kejadian yang tidak diingini boleh berlaku
  • sehubungan dengan itu, pihak urusetia menyeru kepada semua peserta yang tidak menginap agar dapat berlepas pulang secara beramai-ramai demi keselamatan bersama

ACARA TREASURE HUNT

  • Penyertaan adalah amat-amat digalakkan tetapi tidak diwajibkan
  • dibuka kepada semua peguam (termasuk anak, isteri/suami dan sanak saudara)yang berminat
  • bayaran penyertaan adalah RM 40.00 untuk satu kereta
  • setiap kereta akan diberikan sehelai t'shirt dan satu breakfast goodies bag
  • setiap permintaan untuk t'shirt tambahan akan dikenakan bayaran extra RM20.00
  • tiada had untuk jumlah ahli keluarga (termasuk anak, isteri/suami dan sanak saudara) di dalam satu kereta (selagi mematuhi undang-undang jalan raya)
  • penyertaan adalah dikira termasuk dengan seluruh keluarga peguam (termasuk anak, isteri/suami dan sanak saudara) yang mengikuti pertandingan (maknenya...anak, isteri/suami dan sanak saudara peguam tersebut tidak perlulah pergi sendiri ke resort untuk check in... buleh turut serta ikut sekali duduk dalam kereta...!!!
  • bagi sesiapa yang tidak menyertai Treasure Hunt... bolehlah hadir ke resort lewat sedikit (dalam pukul 12.00) untuk check in...
  • bayaran penuh (bilik (jika berkaitan), treasure hunt & extra t-shirt) mestilah dibuat ketika mendaftar di LAC & sila daftarkan juga acara sukaneka yang ingin disertai
  • sesi taklimat dan penyerahan soalan Treasure Hunt akan diberikan sebelum berlepas di Kompleks Sri Iman oleh pihak urusetia

ACARA SUKANEKA


* kategori kanak-kanak :

1. Pertandingan mewarna (5 tahun ke bawah sahaja)
2. Isi air dalam botol menggunakan span
3. Lumba lari bawa bola pingpong dalam sudu


* kategori keluarga :

1. Lumba kaki tiga
2. Cari gula-gula dalam tepung
3. Model pakaian kertas


* kategori dewasa :

1. Semakin jauh semakin sayang (berpasangan)
2. Bowling kelapa (individu)
3. Tarik tali (lelaki dan wanita)