Sunday, February 27, 2011

MAJLIS PERLANCARAN YAYASAN BANTUAN GUAMAN KEBANGSAAN (YBGK)

Pada 25hb februari 2011, jam 9.00pagi bertempat di Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah diadakam Majlis Pelancaran Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merupakan sebuah syarikat khairat yang didaftar pada 25 januari 2011 bertujuan membiayai kos bantuan dan nasihat guaman serta perkhidmatan peguam swasta untuk mereka yang memerlukan perwakilan guaman dalam prosiding jenayah. Semua kes tangkapan melibatkan mana-mana agensi kerajaan baik polis, sprm, kastam, mahupun jenayah syarie akan dibantu oleh YBGK.

Bagi prosiding jenayah terdapat test akan digunakan iaitu mereka yang berpendapatan rm25,000 setahun kebawah yang layak. Maklumat lengkap boleh didapati di bar room/pusat bantuan guaman Trgbar atau boleh melayari http://www.ybgk.org.my/ atau tel. 0389251022/0389254025 faks 0389262062 serta email : webmaster@ybgk.org.my. YBGK Trgbar buat sementara akan berpusat di LAC kita di tingkat 5 Mahkamah Terengganu.

Semua Peguam yang telah mengisi borang untuk menjadi sukarelawan YBGK (melebihi 50 orang baru baru ni) akan menjalani kursus ringkas sehari dijangka pada 2hb April 2011 (Sabtu) tempat belum ditetapkan lagi bagi mendapatkan kad kuasa YBGK. Semuga usaha murni peguam Terengganu untuk membantu masyarakat di rahmati Allah dan berjaya.



Chairman hadir seawal 8.15 pagi untuk majlis pelancaran... ngantuk AGM semalam tak abis lagi


Chairman dan HJ Tar sehati sejiwa.... menunggu ketibaan YAB PM....





Tiada tempat khusus untuk ahli Majlis Peguam ... so duduk la hok belakang skali terlihat Aaron, Hj Tar, Dato Rama dan Tony Woon..



Ketibaan YAB PM diiring Dato' Seri Nazri serta VVIP...




Majlis dimulakan dengan Lagu Negara Ku.... tegak dan Bangga dengan Negara Ku... aman makmur dan bersatu..




Ucapan dimulakan oleh Dato' Seri Nazri De facto Minister of Law...





Ucapan YAB Dato Sri Najib Perdana Menteri merasmikan Pelancaran Majlis YBGK..


Clip President Barcouncil Mr Ragunath Kesavan menerangkan usaha Bar selama ini membantu masyarakat..


Majlis menandatangi persefahaman antara Y.Bhg A.G dengan YDH IGP.. disaksikan PM, YAA CJ, Presiden Bar, dan Nazri



PM bersalaman dengan tetamu yang hadir, terlihat YB Nazri serta Baju kuning Tan Sri Jins Shamsudin



YAB PM bersalaman dengan ahli Majlis Peguam, Aaron lepas tu Chairman dan Hj Tar. Chairman ngaku silap terlupa tanya PM.. err Dato Sri budget 2010 takdok lebih2 ker... holo holo la sket kat Trgbar....


YAA CJ diiringi pembantu dan Presiden Bar lalu dihadapan Chairman...


Majlis selesai, tugasan berakhir... bermulalah Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.. Peguam Peguam Terengganu sedia membantu..... InsyaAllah

MESYUARAT AGUNG JAWATANKUASA PEGUAM TERENGGANU KE 29

Mesyuarat Agung ke29 Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu telah
berlansung pada 24hb Februari 2011 bertempat di Sumai Suite, Hotel and Apartment. Mesyuarat bermula jam 3 petang setelah korum mencapai lebih 40 orang (korum hanya 14 diperlukan). Chairman telah memanggil mesyuarat dan memulakan dengan mengucapkan terimakasih atas semua yang sudi hadir. Beliau juga mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan bolasepak Trgbar yang berjaya menjadi juara keseluruhan Malaysian Bar. Terimakasih tidak terhingga juga diucapkan atas semua pihak yang menyumbangkan masa, tenaga serta derma untuk menjayakan aktiviti Trgbar.

Mesyuarat bermula dengan pengesahan minit mesyuarat yang lalu serta akaun kewangan Trgbar. Pemilihan Chairman dibuat sebulat suara, 10 committee members telah dicalonkan dan dipilih, pemilihan barisan pelapis sdr Hayat dan Hazri, serta wakil Trgbar Hj Mukhtar. S/U Trgbar masih kekal disandang oleh Pn Salwa Mansor. (Senarai penuh jawatan kuasa ada digambar akhir).
Terdapat 2 usul dibincangkan iaitu semua bersetuju untuk menjadikan Pusat Bantuan Guaman sebagai sektariat baru Trgbar. Ini bakal memudahkan segala pengurusan dan pentadbiran Trgbar di bawah satu tempat. Kedua usul Fariz Halim agar pemindahan bilik lelongan, ini bakal dibincangkan dengan pihak mahkamah. Akhir sekali Chairman telah menerangkan YBGK (yayasan bantuan guaman kebangsaan), serta merayu agar peguam peguam Terengganu agar mengisi borang serta menyertai panel peguam YBGK. Majlis berakhir jam 5 petang dengan pihak Chairman mengucapkan terima kasih serta menangguhkan majlis sine dine.



Chairman dan S/U... setia menunggu Trgbar members..




Pelatih dalam kamar... menjadi tenaga kerja membantu menjayakan majlis pendaftaran..






Tektik bijok... ahli ahli dijamu lunch makan sebelum meeting bermula ...





Bila members kekenyangan.... seme happy... tiada soalan serta usul dilulus secepat kilat....


ubai,nuar,aziz serta juna serious mendengar amaran mat sang.... kalau makang mehun ger tahun lepas kita guling chairman plok...



S/U pening paler dengor khutbah Chairman perlunya trgbar bersatu bantu jayakan program...




Amat bangga Dato' Zamani dan Dato' mokhtar setia hadir dalam AGM setiap tahun





Semua tersenyum ria bila Chairman umum akan adakan jamuan 40 lauk untuk AGM tahun depan... canggih umpan





sambil makan sambil bermesyuarat.... santai tetapi seronok... no stress...





terlihat Fariz senyum bila usulnya lulus, sukeri ngantuk kekenyangan... sementara yat tertido doh ker... seme gumbira dengan semangat kekeluargaan






bakper serius ngat muka Chairman tuu.... ger rima.. laa tgoh makang ayam goreng....




meeting doh abis sesi bergambor plok.... Chairman bersama sahabat... epul, mang serta syed gambor oleh camera sony nex 5 oleh pro zuhal nakhoda...



Hj Tar duduk di kerusi Chairman sambil mengumumkan akan bertanding Chairman tahun depan.... he he he




masing masing mengambil tempat untuk sesi bergambar... meeting habis jam 5 lebih dan jam 7 malam gambar cmtee ada di web bar council



gambar CERIA cmtee... seme senyum manis tapi tak leh challenge senyum TERMANIS oleh EN. MAZLAN...



Menawan dan cuun sungguh tenaga kerja muda yang membantu AGM kali ni .... tima kasih..




Meeting rasmi doh abis nii meeting dok rasmi termasuk gossip... ngate... ngutuk... bile la nok guling chairmeng nii..




Jam 6.15 petang tak boh balek ker... siang tengok rosnah tuu mate dok leh buke.... s/u baru mula makan hok laing sembanggg....




Senarai rasmi Trgbar Committee 2011/12 err macam biase jer... hok tu ler boring... kena panggil group mubarak jugok nii... he he

MESYUARAT TERAKHIR COMMITTEE 2010/11

Pada 22hb Februari yang lalu jam 2.30petang bertempat di bilik Bar room mahkamah Terengganu telah berlansung mesyuarat terakhir Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu sesi 2010/11. Agenda utama mesyuarat ialah meneliti minit mesyuarat Agung serta mengkaji akaun yang bakal dibentangkan di mesyuarat Agung yang akan datang (24hb Februari 2011).

Semua yang hadir berasa amat lega kerana dapat menunaikan tanggungjawab pada Terengganu Bar members dengan baik, malah S/U dengan bangga merujuk semua yang hadir pada mukasurat 48 dan 50 majalah praxis majlis peguam yang memuatkan berita dari state bar iaitu gambar rombongan Terengganu Bar ke Supreme Court Victoria Melbourne dan gambar family day di Kenyir. Setelah meneliti minit mesyuarat lalu serta audited akaun, mesyuarat telah berakhir dengan ucapan terima kasih tak terhingga dari Chairman buat semua Committee yang telah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit sendiri demi membahagia members.

Mungkin tiada yang akan menghargai usaha mereka tetapi sekurang kurangnya mereka berpuashati telah menyumbang untuk perkembangan Terengganu Bar....SYABAS....


Jawatankuasa berbincang dengan akauntan yang hadir untuk menentukan ketepatan akaun yang di buat..




Kelihatan S/U merangkap bendahari menunjukkan 2 jari maksud duit Trgbar tinggal dua oo sen yang tinggal lain abiss...




Mastermind.. the king maker, Azraii menunjukkan list senarai cmtee baru pada Zamri .... mereka yang tentukan AJK.... huh powerful....




Ubai tunjuk satu guling... Chairman kata sabor2... Hj Madi kata tahung lepas aku last no 10 gerenty tahun ni terkeluar dari senarai...




Kesemua AJK wanita yang bertungkus lumus menjayakan program Trgbar ... hingga berjaya





Seme tersenyum ria .... lepas tugas... lega lepas ni sape la nok pikul tanggungjawab.. berat berat.... tunggu list 2011/12 nehh....




Monday, February 21, 2011

(FEB) HARUN HASHIM CONSULTATION COMPETITION 2011

Gambar gambar Pertandingan Consultation di UniSza.



Breakfast untuk para hakim sebelum memulakan tugas....untuk tenaga



Kerajinan S/U Trgbar terserlah..... baru sampai dari KL tu, semua bersemangat membantu..



Hakim wanita teliti dan berpengalaman...


Hakim menanti syed, baju kot ready dalam kete, Hj tar, bidi, faisal ready, yasin baru balik dari Indonesia sudi menjadi hakim...err tengah study tu


Err gayer ada doh tuu untuk jadi YAA hakim mahkamah persekutuan... besor badge JUDGE tuu...


Sebijik ger hakim Mahkamah persekutuan bersidang....dari kanan, En Anuwar, En Aziz, En Haidi,dan Hj Mang...




Kumpulan hakim sedang mentelaah persoalan yang diterima... fasiliti FUHA UniSza cukup canggih...


Haji saifudin mengeluar air mata terharu melihat kerjasama hakim-hakim TrgBar...tekun dan berdedikasi... terlihat faisal dan chief hadi...


Bergambar kenangan .... terlihat kesatuan dan persefahaman jitu antara
brothers of Judges...


Selepas menyelesaikan tugasan... majlis penyerahan cenderahati....di gambar Dekan FUHA dan En Zabidi..
Gambar penuh sila rujuk FB Trgbar kita...


Makan tengahari selepas habis saringan peringkat pertama... berselera masing masing...lega dah tunai tanggungjawab....


Makanan dan lauk sedap ditempah istimewa oleh Tuan Dekan... digambar Badrol, Che Dah, Hj Mang...


Sesi petang dimulai dengan taklimat oleh En Belteshazzar kepada 3 hakim final diperhatikan oleh Dekan.. dan Puan S/U yang hadir sama..


Dif Utama mengambil tempat dari kiri Dekan En Fuad, Y.bhg Dato' Wan Mutalib, YA Dato' Yazid, Chairman dan En Badrol...


Perbincangan akhir sebelum pemberian hadiah... tenang diluar dewan... err berdebar bergelora di dalam dewan...



kelihatan Y.bhg Dato' Wan Mutalib bersedia dengan komen ketua juri....



Chairman selaku penganjur bersama menyerahkan sijil penyertaan pada wakil IPTA yang hadir kelihatan wakil UITM...




Hakim hakim finalis menerima cenderahati masing masing....



YA Dato' Mohd Yazid bin Mustafa menyampaikan ucapan serta mengumumkan pemenang pertandingan...





Pemenang Utama peserta dari Universiti Utara Malaysia huuh Tersenyum sampai telinga...cukup teruja dan Gumbira... bakal ke US nii..

Tempat kedua... Universiti tersohor Universiti Malaya... bagus doh cuma better luck next time....ok

Pada 19hb Februari 2011 yang lalu, Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin dengan kerjasama Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu telah menganjurkan suatu pertandingan iaitu Tan Sri Harun M. Hashim National Client Consultation Competition 2011. Bertempat di Bangunan Akademik bagi pusingan saringan dan Dewan Syarahan Utama bagi Pusingan Akhir, kedua-duanya di dalam kampus UniSza. Majlis bermula jam 8 pagi hingga 12.30tengahari bagi pusingan saringan dan jam 3 hingga 5.30 bagi pusingan akhir.
Pertandingan ini telah disertai oleh semua universiti tempatan yang mengadakan kursus perundangan antaranya iaitu UM, UKM, UITM, UUM, UNISZA,UIA dan USIM. Pertandingan peringkat nasional ini diadakan setiap tahun dan tahun ini Unisza telah terpilih. Penaung Program Dekan FUHA En Mohd Fuad bin Husaini, Pengarah En. Belteshazzar in Abdul Rashid serta Pengelola En. Mohd Badrol bin Awang. Kerjasama Jawatankuasa Peguam Terengganu telah diminta untuk menjemput ahli-ahli menjadi Hakim bagi Pertandingan ini.

Ahli bersetuju menjadi Hakim :-

1. Tuan Haji Asmadi bin Awang

2. Tuan Haji Othman bin Bakar

3. Puan Hajjah Faridah binti Yusoff

4. En. Anuwar bin Mohd

5. Tuan Haji Mukhtar bin Abdullah

6. Tuan Haji Saiffuddin bin Othman

7. En. Mazlan bin Md. Zin

8. En Mohd Zabidi bin Yusoff

9. En Aziz bin Muda

10. En Abdul Hadi bin Ahmad

11. Puan Rosnah binti Zakaria

12. Cik Ghasidah binti Jusoh

13. En. Wan Mohd Haidi bin Wan Jusoh

14. En Abdullah bin Muhammad

15. En Ahmad Faisal bin Yunus

16. Cik Norhayati binti Mat Shah

17. Cik Rohayati bin Sidik

18. Cik Hasnayati binti Hj Yaacob

19. Cik Juna binti Jusoh

20. Puan Amalina binti Abdul Ghani

21. En Yasin Aminuddin bin Anuar

Hakim Menanti :-

1. Puan Salwa Mansor

2. En. Syed Ahmad Shahabudin bin Syed Nong Mohamad

3. En Mohd Hisham bin Hashim

Pertandingan akhir telah diadili oleh :-

1. Y.A Dato' Mohd Yazid bin Mustafa (Hakim Mahkamah Tinggi Negeri Terengganu)

2. Y.Bhg Dato' Wan Abdul Mutalib bin Embong (Peguam Kanan Negeri Terengganu)

3. En Amirruddin bin Abu Bakar (Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu)

Kesemua peserta mengalami 2 saringan peringkat awal disebelah pagi serta 2 pasukan ke peringkat akhir diwaktu petang. Pertandingan ini telah dimenangi oleh peserta dari Universiti Utara Malaysia mengatasi peserta dari Universiti Malaya. Pemenang akan mewakili Malaysia ke Louis M Brown International Client Counseling Competition di University of Nevada, Las Vegas, Amerika Syarikat.

Majlis berakhir dengan upacara penyampaian hadiah serta komen oleh pengadil Y.A Dato' Yazid dan Y.bhg Dato' Wan Mutalib. Ribuan terima kasih diucapkan atas segala bantuan serta sokongan oleh semua peguam Negeri Terengganu yang membantu menjayakan program UniSza ini