Monday, July 12, 2010

Klinik Kesedaran Undang-Undang Pusat Bantuan Guaman Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu di Kampung Tengah, Kijal

Pada 25.06.2010, Pusat Bantuan Guaman, Jawatankuasa Peguam Negri Terengganu, dengan kerjasama JKKK Kampung Tengah, telah menganjurkan satu program yang dikenali sebagai Klinik Kesedaran Undang-Undang bertempat di Kampung Tengah, Kijal, Kemaman.

Tujuan utama klinik tersebut ialah untuk memberi penerangan berkenaan dengan kewujudan Pusat Bantuan Guaman yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Peguam Negeri terengganu yang menawarkan khidmat guaman secara percuma kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Program tersebut turut disertai oleh 2 orang wakil dari Pejabat Parol Daerah Kemaman untuk memberi penerangan tentang fungsi-fungsi Pejabat Parol.



Sebahagian daripada peguam-peguam dari negeri Terengganu memberikan nasihat guaman semasa sesi khidmat nasihat percuma.



Penduduk setempat yang hadir untuk mendengar penerangan dan mendapat khidmat nasihat .



Pengerusi Pusat Bantuan Guaman, Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu memberikan sepatah dua kata.



Sesi khidmat nasihat. dari kiri ke kanan... Puan Ros, Cik Rohayati dan Cik Fathin.

Menikmati juadah yang disediakan oleh pihak JKKK. dari kiri.. ncik Saifuddin dan Encik Amiruddin (Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu)













Panorama Kampung Tengah, Kijal




Add Image