Monday, May 25, 2009

KEJOHANAN BOWLING INTER-FIRM TERENGGANU BAR 2009/2010


"Pemenang Bowling Wanita - Pn. Rosnah"




"Pemenang Bowling Lelaki - En. Ahmad Faisal "





"Juara Keseluruhan - Team Tetuan Ayu Hisham & Co"






" Gadis-gadis urusetia"




" Baling, jangan tak baling, jangan masuk longkang udah le"




Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu telah menganjurkan kejohanan Bowling Inter-Firm di Diman SuperBowls pada 23/5/2009 yang lalu. Seramai 24 pasukan telah bertanding dengan diwakili oleh Peguam-peguam dan kakitangan di firma masing-masing.

Tetua Ayu Hisham & Co. telah memenangi kejohanan ini dengan jatuhan pin sebanyak 1639 pin. Pemain Boling terbaik bagi Peguam lelaki adalah Encik Ahmad Faisal bin Yunus dengan kejatuhan pin sebanyak 502 dan Puan Rosnah binti Zakaria mengungguli bagi Peguam Wanita dengan kejatuhan pin sebanyak 487.

Kami berterima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan kejohanan ini dan berharap agar ianya terus mendapat sambutan pada tahun-tahun yang akan datang. Pihak jawatakuasa bercadang untuk menjadikan kejohanan ini sebagai acara tahunan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang-pemenang dan pada mereka yang kurang bernasib baik, cuba lagi di tahun hadapan.


10 PASUKAN FIRMA TERBAIK

(1) ACH TEAM A (AYU HISHAM & CO) PIN 1639

(2) FIREBALL (N M TIONG & CO) PIN 1620

(3) RYP DUNGUN (RUSHDI YUSOP & PARTNERS) PIN 1541

(4) AAR TEAM (ABDULLAH ABD RAHMAN & CO) PIN 1494

(5) RYP KT (RUSHDI YUSOP & PATRNERS) PIN 1458

(6) ZMC (ZAMANI MUHAMMAD & CO) PIN 1417

(7) LA GENIO DECORP (AHMAD SHAHABUDIN & CO) PIN 1347

(8) ABR 515 TEAM (ANUAR BADROL & RAKAN2) PIN 1327

(9) KUCH2 HOTA HAI (ABDUL HARIS & CO) PIN 1322

(10) RHR TEAM (ROSNI HAIDA ROHAYATI & ASSOC) PIN 1290



5 PEMAIN PEGUAM LELAKI TERBAIK

(1) AHMAD FAISAL BIN YUNUS (ROSNI HAIDA ROHAYATI & ASSOC)

(2) OTHMAN BIN BAKAR (ZAMANI MUHAMMAD & CO)

(3) SAIFUL BAHRI BIN HARUN (RUSHDI YUSOP & PARTNERS)

(4) UBAIDILLAH BIN HAJI AWANG (AYU HISHAM & CO)

(5) HISHAM BIN HASHIM (AYU HISHAM & CO)



5 PEMAIN PEGUAM PEREMPUAN TERBAIK

(1) ROSNAH BINTI ZAKARIA (RUSHDI YUSOP & PATRNERS)

(2) GHASIDAH BINTI JUSOH (GHAZALI ISMAIL & CO)

(3) W NAEMAH BINTI W. ABDULLAH (AHMAD SHAHABUDIN & CO)

(4) ATIFAH NAZUAN BINTI RAMLI (ATIFAH NAZUAN & CO)

(5) SARINI BINTI OSMAN (V P NATHAN & CO)



5 PEMAIN KAKITANGAN LELAKI TERBAIK

(1) TN MD. ZULFIRI BIN TN PENGERAN (MOHD SOFIAN & CO)

(2) HUSSIN BIN YUSOF (ABDULLAH ABD RAHMAN & CO)

(3) ABD AZIZ BIN AHMAD (N M TIONG & CO)

(4) ABD HALIM BIN ABD AZIZ (AYU HISHAM & CO)

(5) W MOHD LIRAU BIN W OTHMAN (AMIRRUDDIN & CO)


5 PEMAIN KAKITANGAN PEREMPUAN TERBAIK

(1) EDAWATI BINTI MAT HASSAN (N M TIONG & CO)

(2) NORAZIAN BINTI A. RAHMAN (V P NATHAN & CO.)

(3) ROSMALINA BINTI HASSAN (AHMAD SHAHABUDIN & CO)

(4) CHE KU MANISAH BT CHE KU MAN (AHMAD SHAHABUDDIN & CO)

(5) SHUHAIDA (UBAIDILLAH AZIZ & CO)




{Posting ini dibuat sebelum keruntuhan stadium.... jadi piala pusingan akan dipegang oleh Tetuan Ayu Hisham & Co. sehinggalah tak tahu bila lagi... sob sob sob....}



























MAJLIS PERASMIAN TERENGGANUBAR.BLOGSPOT.COM


Gambar orang kuat majlis pelancaran Terengganu Bar Blogspot. Terima kasih daun keladi, esok-esok nak mintak tolong lagi......


Pengerusi LAC yang "hensem"





Gambar Ahli Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu 2009/2010






Pengerusi merasmikan Terengganubar.blogspot.com


UCAPAN PERASMIAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEGUAM NEGERI TERENGGANU


Assalamualaikum Wrt. Wbt. & Salam Sejahtera,

Buat ahli-ahli Peguam di Terengganu dan pembaca blog ini.

Pertamanya saya ingin melahirkan setinggi penghargan atas usaha jawatankuasa yang terlibat bagi menjayakan blog ini.

Ini merupakan usaha ulung untuk medium perhubungan antara ahli-ahli Peguam di Terengganu ini. Segala berita ahli-ahli, aktiviti-aktiviti jawatankuasa serta hebahan informasi dari Majlis Peguam Malaysia dapat disampaikan dengan cepat ke pengetahuan ahli-ahli.

Ini boleh merapatkan hubungan antara ahli-ahli serta usaha untuk menyelesaikan apa jua permasalahan yang dihadapi agar kebajikan setiap Peguam di Terengganu ini dapat dijaga dengan baik.

Dengan adanya ruang interaktif seperti ini setiap program yang dibuat akan pasti mendapatkan feedback dari ahli-ahli.

Ahli-ahli juga digalakkan agar menyumbangkan idea untuk memajukan blog ini dan menambahbaik program-program bagi tahun-tahun mendatang.

Pusat Bantuan Guaman Negeri Terengganu juga dapat menghebohkan segala program dan perancangan untuk bantuan yang disediakan bagi membantu masyarakat awam. Faedahnya pasti akan dirasai oleh seluruh anggota masyarakat di Terengganu.


Pihak jawatankuasa juga bercadang untuk membincangkan topik-topik semasa di perspektif perundangan agar kita sama-sama dapat mempertingkatkan kesedaran umum atas hak-hak mereka dan proses-proses perundangan yang perlu mereka ketahui.

Akhir kata saya percaya ini adalah langkah pertama untuk semua ahli-ahli Peguam Terengganu di dalam melengkapkan diri dengan ilmu IT dalam menghadapi cabaran abad ke 21. Saya juga mengharapkan bantuan dan sokongan semua ahli-ahli di dalam mempertingkatkan lagi kecanggihan blog kita ini dari masa ke semasa.

Saya dengan lafaz ‘Bismillahirrahmanirahim’ melancarkan blog Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu dan mendoakan agar blog ini akan berjaya untuk selamanya.

Terima Kasih dan Salam Hormat.


Amirrudin bin Abu Bakar
Pengerusi
Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu 2009/2010.

Sunday, May 24, 2009

Blog Launching Ceremony & Called to the Bar

Dear All Members of the Terengganu Bar,



Terengganu Bar would like to welcome all members to the launching ceremony of the Terengganu Bar blogspot. The ceremony will take place on the 27th May 2009 at Bar Room and will start at 10a.m. We hope members will make effort to attend this ceremony and take this opportunity to interact with members. Please bring your laptop or notebook and try our Wifi Zone. Password will be given on that day. Light refreshment will be provided.



On behalf of Messrs Wan Abd Muttalib & Co and Messrs Salina Fazilawati & Co., we would like to invite all members to the Called to the Bar event on the same day at 11a.m at Court 1, Level 9. The Long Call is to officiate their chambering students Wan Syazwana Iwani binti Dato' Wan Muttalib & Cik Fyairos binti Aziz, who have completed their pupillage at the respective firms under the master of Dato' Wan Muttalib bin Wan Embong and Cik Salina bt Jalil.

We at the Terengganu Bar Commitee wish both of them the best of luck in their future either in this legal fraternity or in their chosen field. Refreshments will be held at Dewan Mahkamah and we thank them for their generousity. Thank you.



Salwa Mansor

Terengganu Bar Secretary 2009/2010.

AN EVENING WITH THE USA AMBASSADOR – HIS EXCELLENCY MR JAMES R. KEITH




















The USA Ambassador, Mr James R. Keith was on his official visit to our state on the 19 May 2009. His Excellency was sworn in as ambassador on July 24, 2007. He served numerous tours of duty in Washington working on Asian Affairs and has also served at the US Embassies in Beijing, Jakarta and Seoul. He was also a member of the National Security Council under the President Bush in the early 1990s and President Clinton in the late 1990s. He also studied Mandarin, Chinese, Korean, Malaysian and Indonesian. He is married to the former Jan Carter and have six children.



This was his first visit in Terengganu. He was accompanied by Mr. Jeremy Nathan, the Deputy Political Counselor and Mr Ravindran Manickam, Senior Associate Political Section. The Terengganu Bar Committee was represented by Mr Chairman, Encik Amirruddin bin Abu Bakar, Secretary, Puan Salwa binti Mansor, Tuan Haji A. Zamani bin Mohamad, Tuan Haji Asmadi bin Awang dan Cik Hajjah Faridah binti Yusoff.



He had graciously invited the Terengganu Bar Committee and hosted an informal dinner at Ri-Yaz Heritage Resort & Spa. The evening went well where His Excellency highlighted the current policy of the US administration under the new President, Barack Obama. He also responded to the question raise by the committee with regard to the Palestine-Israel conflict and the USA stand on the Iran nuclear policy. He also queried on the Malaysian current affair politically, economically and socially. We hope His Excellency’s visit to our beloved state shall be memorable and bilateral ties between us will be further strengthened.



Salwa Mansor

Terengganu Bar Secretary 2009/2010.

KUNJUNGAN HORMAT & RAMAH MESRA KE ATAS PEGAWAI DAERAH KUALA TERENGGANU



Kami telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Dato’ Haji Mohd Alim bin Muda yang merupakan Pegawai Daerah Kuala Terengganu pada 23 April 2009 jam 2.30 petang. Perjumpaan tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kompleks Seri Iman. Turut sama di dalam perjumpaan tersebut adalah Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu dan pegawai-pegawai pentadbiran di pejabat tanah.



Antara isu-isu yang dibangkitkan adalah berhubung dengan pendaftaran pindahmilik, gadaian, penyaksian dokumen-dokumen dan lain-lain lagi. Isu utama yang dibangkitkan adalah berhubung dengan permasalahan dengan proses lelongan dimana baki harga lelongan diselesaikan melalui pinjaman bank. Kami berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera agar tidak timbul masalah bagi pihak-pihak yang membeli aset-aset lelongan secara pembiayaan dari institusi kewangan.



Pihak Jawatankuasa Peguam Terengganu juga mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa bersama untuk menyelesaikan permasalahan berbangkit. Pihak Pegawai Daerah bersetuju untuk menimbangkan cadangan tersebut. Akhirnya pihak kami berharap agar pertemuan dan perbincangan seperti ini akan diteruskan di masa hadapan untuk kebaikan bersama.


KUNJUNGAN HORMAT & RAMAH MESRA KE ATAS KETUA POLIS NEGERI TERENGGANU







Ketua Polis Negeri Terengganu, Datuk Mohd Shukri bin Dahlan telah bersetuju untuk menerima kunjungan hormat dari pihak Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.Perjumpaan tersebut telah diadakan di pada 23 April 2009 di IPK Terengganu, Polis Diraja Malaysia.

Perjumpaan tersebut telah dihadiri oleh ketua-ketua jabatan seperti Ketua Jabatan Narkotik, Jenayah Berat, Jenayah Komersial dan lain-lain lagi. Pihak Jawatankuasa telah menimbulkan isu-isu berbangkit seperti kelewatan memproses laporan polis yang mengambil masa begitu lama. Pihak Polis berjanji untuk mengatasi permasalahan yang ditimbulkan oleh pihak Jawatankuasa Peguam.

Disamping itu, pihak Polis juga memaklumkan bahawa sekumpulan pegawai-pegawai pengurusan baru yang berkelayakan akan mula bertugas mulai bulan Jun ini. Pihak polis juga akan mempertimbangkan penubuhan suatu jawatankuasa bersama bagi penyelesaian masalah di peringkat Negeri ataupun melalui Ketua Polis Daerah. Pihak Polis juga bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Terengganu Bar untuk menjayakan aktiviti-aktiviti sukan dan lain-lain lagi. Satu pertandingan boling diantara KPN dan Ketua-ketua Jabatannya bersama dengan Ahli Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu dicadangkan untuk mengeratkan lagi hubungan dua-hala diantara kedua-dua pihak. Kami berharap kerjasama yang dijalinkan ini akan terus berjalan dengan baik hingga ke masa hadapan.

KUNJUNGAN HORMAT & RAMAH MESRA KE ATAS PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN CAWANGAN NEGERI TERENGGANU










Ahli Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu telah membuat kunjungan hormat ke atas Yang Arif Dato’ Haji Sulaiman bin Ismail, Pengerusi Mahkamah Perusahaan, Cawangan Negeri Terengganu Unit 11, 11A & 12, Tingkat 2, Pusat Niaga Paya Keladi, 20100 Kuala Terengganu, Terengganu pada 22 April 2009.

Yang Arif menjelaskan isu-isu berhubung dengan Mahkamah Perusahaan dan berharap agar lebih ramai Peguam-peguam yang beramal di Negeri Terengganu ini akan terlibat di dalam mengendalikan kes-kes di Mahkamah Perusahaan. Beliau berbesar hati menerangkan dengan terperinci proses serta sejarah perundangan di Mahkamah Perusahaan. Sesi soal-jawap telah diadakan dengan baik dan Yang Arif dengan cemerlang memberi penjelasan atas setiap persoalan yang diajukan oleh Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu. Pihak Jawatankuasa mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian dan kerjasama yang diberikan oleh pihak Yang Arif.











TBC FIRST MEETING ON 11 MARCH 2009

The TBC first meeting was held on 11th March 2009. All the committees were assigned to portfolio in order to make it easier for the Terengganu Bar to manage matters pertaining to members at large. The portfolios assigned were as follows:-

  1. En. Amirruddin bin Abu Bakar/Amirruddin & Co(Chairman / Courts Liaison )
  2. Tn. Hj. A. Zamani bin Mohamad /Zamani Mohamad & Co. (Conveyancing)
  3. Tn Hj. Othman bin Bakar /Zamani Mohamad & Co. (Criminal )
  4. En. Anuwar bin Mohd /Norizah Zailani, Anuwar & Co. (LAC Chairman & Library)
  5. Tn. Haji Asmadi bin Awang /Asmadi Azmi & Associates(Conveyancing)
  6. En. Abdul Hadi bin Ahmad @ Mohamed /Hadi Zamani & Associates (Syariah)
  7. En. Wan Ahmad Faiz bin Wan Abdullah /Abdullah Abdul Rahman & Co.
    (Sports & Welfare)
  8. Hajjah Faridah binti Yusoff/Mohd Sofian & Co. (PSDC)
  9. Pn. Rosnah binti Zakaria /Rushdi Yusop & Partners (Civil)
  10. Cik Juna binti Jusoh /Rushdi Yusop & Partners (Special Task)
  11. Cik Atifah Nazuan binti Ramli/Atifah Nazuan & Associates (Special Task)
  12. Tn. Haji Mukhtar bin Abdullah/Zamani Mohamad & Co(Bar representative)
  13. En. Mohd Hayyatuddin bin Muhamad /Ahmad Fairuz & Co.
    (IT / Young Lawyer Representative)
  14. Cik Marina binti Mohammad /Ahmad Shahabuddin & Co.
    (IT / Young Lawyer Representative)
  15. Pn. Salwa binti Mansor /Ahmad Shahabuddin & Co. (Secretary )

TERENGGANU BAR 27TH AGM


The 27th Annual General Meeting of the Terengganu Bar was held on the 25th February 2009 at Dewan Kenanga 1, Permai Inn. The agenda of the meeting inter-alia was to elect The Chairman of the Terengganu Bar 2009/2010 and the committee members to form the Terengganu Bar Committee for the year 2009/2010. Several issues were raised by members especially with regard to expenditure of the bar and the new committee was advised to spent wisely. The followings were the lawyers elected to represent the Terengganu Bar 2009/2010.


En. Amirruddin bin Abu Bakar
Amirruddin & Co

Tn. Hj. A. Zamani bin Mohamad
Zamani Mohamad & Co.

Tn Hj. Othman bin Bakar
Zamani Mohamad & Co.

En. Anuwar bin Mohd
Norizah Zailani, Anuwar & Co.


Tn. Haji Asmadi bin Awang
Asmadi Azmi & Associates


En. Abdul Hadi bin Ahmad @ Mohamed
Hadi Zamani & Associates


En. Wan Ahmad Faiz bin Wan Abdullah
Abdullah Abdul Rahman & Co.


Cik Hajjah Faridah binti Yusoff
Mohd Sofian & Co.

Pn. Rosnah binti Zakaria
Rushdi Yusop & Partners


Cik Juna binti Jusoh
Rushdi Yusop & Partners


Cik Atifah Nazuan binti Ramli
Atifah Nazuan & Associates


Tn. Haji Mukhtar bin Abdullah
Zamani Mohamad & Co.


En. Mohd Hayyatuddin bin Muhamad
Ahmad Fairuz & Co.


Cik Marina binti Mohammad
Ahmad Shahabuddin & Co.


Pn. Salwa binti Mansor
Ahmad Shahabuddin & Co.


An annual dinner was held at Permai Inn Poolside for members and our invited guests. We were very honoured where Yang Arif Judicial Commissioner Tuan Ahmad Zaidi bin Ibrahim join us for the dinner. The other courts officer, who were also present were Tuan M. Bakri bin Ab. Majid, Tuan Mohd Azhar bin Othman and Tuan Mohd Sabri bin Ismail.


Our senior members of Terengganu Bar such Mr Lee Leng Guan, Mr Abdul Rahman and Dato' Wee Cheng Huat also graced the occasion. It was such a joy to see such senior and young lawyers mingle with each other. We hope that everyone enjoyed the dinner and have a great time.