Saturday, May 29, 2010

(APRIL) PERJUMPAAN DENGAN KETUA HAKIM MAHKAMAH SYARIAH TERENGGANU

Kunjungan hormat Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu diteruskan dengan lawatan hormat ke atas YA Ketua Hakim Syarie Terengganu, Dato' Ismail bin Yahya pada 21hb April 2010 jam 2.30 petang di Mahkamah Syariah Terengganu. Pelbagai isu dibincangkan dan penerangan termasuk rancangan YA untuk menerbitkan jurnal bagi Negeri Terengganu yang khas. Terdapat bilik khas untuk peguam syarie yang lengkap dengan komputer boleh digunakan. Malah pihak Chairman ada menyatakan rancangan jangkapanjang untuk mewujudkan satu unit pusat bantuan guaman di Mahkamah Syariah Terengganu. Semoga semua pihak dapat membantu menjayakan perjalanan proses perundangan Islam di Terengganu.

Pihak Jawatankuasa berkumpul menunggu kesemua ahli hadir untuk kunjungan hormat....

Mendengar dengan khusyuk dan teliti penerangan oleh YA Dato' Ismail...


Chairman beserta Hj Mukhtar mencatit fakta fakta penting untuk dihebah pada peguam peguam yang lain........

YA Dato' Ismail memberi penerangan menyeluruh dan jitu permasalahan yang dibangkitkan serta visi visi beliau untuk Mahkamah Syariah Terengganu........

Penyampaian cenderahati oleh Jawatankuasa peguam Negeri Terengganu

Bergambar kenangan bersama YA Dato' Ismail, Ketua Hakim Syarie Terengganu.........


Acara sampingan...terima kasih atas kesudian menjamu....jawatankuasa yang hadir...

No comments: