Saturday, May 29, 2010

(APRIL) PERJUMPAAN DENGAN KETUA POLIS TERENGGANU

Pada 19hb April 2010 suatu kunjungan hormat telah diadakan ke atas Ketua Polis Negeri Terengganu, YDH DCP Dato' Mohd Shukri bin Dahlan. Jam 2.30 petang telah ditetapkan untuk kunjungan tersebut, Jawatankuasa Peguam Terengganu telah mengadakan perbincangan yang turut oleh ketua ketua jabatan serta ketua ketua polis daerah. Pelbagai persoalan telah dibangkitkan termasuk kelewatan menerima laporan polis, sketch plan & key gambar2 dan sebagainya. Usaha usaha akan dilakukan untuk mengatasi masalah yang telah dibangkitkan. Mesyuarat berakhir jam 4 petang. YDH Dato' KP amat perihatin akan masalah yang dibangkitkan serta sudi menghulurkan segala kerjasama yang diperlukan.



Perjumpaan mesra antara jawatankuasa Peguam Terengganu dan YDH Dato' KP Trg di IPK Terengganu....


Turut serta ketua ketua Polis Daerah Negeri Terengganu.....


Persoalan persoalan dijelaskan dengan terang oleh kepimpinan IPK Negeri Terengganu......dikiri YDH Dato' KP, Supt Tuan Baharuddin Hj Ahmad Timbalan ketua SB IPK Trg...


Kelihatan ketua polis Daerah termasuk ketua polis Dungun Tuan Dahlan bin Mohd Noor serta ketua ketua jabatan termasuk pengurusan Puan Norhani binti shariff.......

Chairman menyampaikan cenderahati kepada YDH Dato' Shukri atas kesudian beliau menerima kunjung hormat Jawatankuasa Peguam Terengganu......

Acara penyampaian cenderahati...dirakam dari sudut berbeza....


Selepas bermesyuarat, Dato' sudi menjemput peguam peguam termasuk wanita untuk menguji bakat di lapang sasar bidong dalam acara latihan menembak....

Terimakasih atas kerjasama Tuan Azmi.... yang sudi mengaturkan kehadiran peguam peguam ke acara latihan menembak di lapang sasar bidong....

No comments: