Pada 18hb April 2010, selepas jamuan tengahari 'farewell' Tuan Azhar dan Tuan Khalid telah diadakan suatu kunjungan hormat jam 3.00 petang ke atas pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Terengganu iaitu Dato' Haji Osman bin Muda. Pelbagai persoalan ahli telah dibangkitkan dan dibincangkan. Termasuk cadangan menaikkan cukai dan fee fee tertentu. Suatu kajian diminta diadakan sebelum sesuatu keputusan diambil. Pandangan jawatankuasa juga diambil kira. Mesyuarat berlansung selama hampir 2 jam dan berakhir jam 5 petang. Cadangan ahli untuk kita lebih kerap berbincang dengan PTG ataupun pejabat tanah untuk apa jua kemusykilan yang wujud akan diteruskan di masa masa akan datang.
No comments:
Post a Comment