Saturday, May 29, 2010

(APRIL)MAJLIS PENGHARGAAN BUAT TUAN KHALID DAN TUAN AZHAR

Pada 18hb April 2010, Suatu majlis makan tengahari 'farewell' telah diadakan di Taman Tamadun Islam untuk 2 hakim mahkamah sesyen Kuala Terengganu iaitu Tuan Azhar yang berpindah ke Taiping dan Tuan Khalid yang akan berpindah ke Georgetown Pulau Pinang. Sambutan amat menggalakkan hampir kebanyakkan peguam litigasi Negeri Terengganu hadir memberi penghargaan. Ucapan kedua dua hakim menghargai kerjasama peguam Terengganu dalam melicin perjalanan proses perundangan. Majlis berakhir jam 2.15 petang dengan acara penyampaian cenderahati dan ucapan terimakasih atas dedikasi kedua dua hakim tersebut oleh Chairman.










Peguam bersedia menunggu dengan sabar kedua dua hakim yang bakal berpindah..











Senior members Trgbar yang hadir..En Mat yusuff, Dato' Zamani, En Aziz muda dan En Syukri...









Kehadiran kedua-dua hakim disambut oleh members Trgbar....







Tersenyum ria kedua dua hakim mengharukan melihat sebegitu ramai members Trgbar yang hadir....






Seperti biasa En Mat yusuff menunjukkan penumbuknyer sambil berkata jangan sesiapa menguduh loyar2 ganu sampai tersenyum disetujui oleh seme yang ada....



Mr Teo terkejut ingat Hj Madi telepon menteri ingin halang transfer...err rupa call wife dia dok balik makang tengahari....nok makang dengan saing2



Acara makan yang merupakan tradisi kegemaran Trgbar Members dimulai dengan gumbira oleh seme pihak....






Zubir dan zamri setia menunggu giliran biar lambat asal bulih banyok....




Meja power...Hj Mang, sukeri, Hj puding, Hj haris, Syed, Fazru piece, faisal,serta saipul berselera makang...






Group wanita, hanya fatin berpiece yang lain nampok makanang yerr...




Ucapan 'wada' perpisahan dari Tuan Khalid....ingatkan iman dan amal yang baik perlu diteruskan....seronok bertugas di Teranung....




Tuan Azhar terharu untuk tinggalkan negeri tanah tumpah...apakan kata service terpaksa....




Seme terkedu.....sedih melepaskan hakim hakim yang mementingkan keadilan dan bukan semata-mata KPI ....tekun mendengar ucapan....






Chairman menyampaikan cenderahati buat Tuan Khalid sambil diperhatikan oleh Sukeri





Tuan Azhar gembira menerima cenderahati dari Trgbar yang disampaikan oleh Chairman





Bergambar kenangan beramai ramai.....peguam Terengganu.....tersohor mudah kire mudah base....sentiasa ria





Peguam wanita juga tak ketinggalan untuk bergambar....kenangan last a life times....




Bukan jer hakim malah Chairman juga menjadi mangsa untuk diambil gambar beramai ramai.... terasa macho....




Err bukan wanita aje sibuk bergambor.....group lelaki juga terjangkit .....seronok gambor beramai....lihat la betapa erat hubungan antara setiap ahli......

No comments: