Saturday, May 29, 2010

(APRIL)PERJUMPAAN DENGAN YB PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI TERENGGANU

Pada 13 april 2010, siri kunjungan hormat telah diadakan oleh jawatankuasa peguam negeri Terengganu di mulai dengan perjumpaan di tingkat 14 bersama Penasihat Undang-undang Negeri Terengganu iaitu Y.B Noorbahri bin Baharuddin. Pertemuan dengan beliau telah disertai oleh ketua unit pendakwaan Negeri Terengganu Tuan Mohamad Jazamuddin bin Haji Ahmad Nawawi. Pelbagai perkara kepentingan bersama telah dibincangkan terutama prosedur rayuan pindaan pertuduhan. Kedua dua pihak bersetuju untuk lebih kerap mengadakan perjumpaan berbincang agar kelancaran proses keadilan di Terengganu berjalan dengan lebih sempurna.

Cenderahati disampaikan oleh Chairman bagi pihak Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu kepada YB Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu..

Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu bergambar kenangan dengan YB State LA....

No comments: