Wednesday, March 31, 2010

Farewell Lunch Bersama Tuan Hakim Sesyen 3 & Sesyen 4

Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri Farewell Lunch Bersama Tuan Mohd Azhar Bin Othman dan Tuan Mohamad Khalid Bin Hj Ab. Karim pada 18hb April, 2010 (Ahad) jam 12.30 tengahari di Bbeteng di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man....(menu akan dimaklumkan kemudian)

Sila daftar nama berserta bayaran RM15.00 di LAC kepada Rose/Munirah sebelum/selewatnya pada 14hb April, 2010.

Monday, March 15, 2010

Sumbangan Artikel

Pihak Terengganu Bar mengalu ngalukan sumbangan artikel untuk dimuatkan di dalam blog ini.
Artikel mestilah disediakan di dalam softcopy dan diserahkan kepada Puan Ros di LAC kita.Kemudian pihak kami akan meneliti sepintas lalu artikel tersebut sebelum dipublish.

Artikel yang disumbangkan tidak semestinya berunsur akademik semata-mata.Cerita,pengalaman,ulasan,humor,pandangan yang bernas boleh dimuatkan. Anda jangan malu malu atau segan kerana blog ini adalah hakmilik kita.

Semoga sumbangan artikel dari ahli-ahli akan merancakkan lagi blog kita.

Hayat Muhamad

Monday, March 8, 2010

STIKER MAHKAMAH 2010

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA,



KENDERAAN KENDERAAN PEGUAM YANG INGIN DI LETAK DI DALAM PERKARANGAN MAHKAMAH HENDAKLAH MEMPUNYAI STIKER PARKING. STIKER BAGI TAHUN 2010 TELAH DI KELUARKAN DAN BOLEH DI BELI DI TINGKAT SATU. SILA BERJUMPA DENGAN EN. MUSA, BAGI KERETA BERHARGA RM 40 SEKEPING. MULAI 3HB MAC INI KENDERAAN TANPA STIKER TIDAK AKAN DIBENARKAN MASUK.




PERLU DIBERI MAKLUMAN WALAUPUN DENGAN STIKER TEMPAT PARKING ADALAH TERHAD OLEH ITU IA TIDAK MENJAMIN SEMUA KENDERAAN PEGUAM DENGAN STIKER BOLEH PARKING DI DALAM KAWASAN MAHKAMAH.







CONTOH STIKER 043 DAN 064


POLISI ADALAH SESIAPA YANG HADIR AWAL DIA AKAN MENDAPAT TEMPAT PARKING. UNTUK MENGELAKKAN SALAH FAHAM SESIAPA YANG BERMINAT SILA AMBIL STIKER SECEPAT MUNGKIN.










SEKIAN HARAP MAKLUM.

Saturday, February 27, 2010

SENARAI AKTIVITI-AKTIVITI SESI 2010/11 (CADANGAN)

SALAM SEJAHTERA,




HASIL DARI MESYUARAT PERTAMA COMMITEE PADA 22HB FEB 2010 DI PEJABAT CHAIRMAN TELAH DIPUTUS SENARAI SERTA PENGELOLA YANG AKAN MENGETUAI SETIAP PROGRAM YANG DIRANCANG. MEMBERS DIMINTA MEMBERI FEEDBACK DALAM MENJAYAKAN PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.




1. FAMILY DAY : PENGELOLA JUNA



Dirancang diadakan pada bulan Jun/Julai

Tempat belum dimuktamadkan. Sila beri cadangan....






2. PUSAT BANTUAN GUAMAN (LAC) : PENGELOLA EN. ZAMRI




Program mesra rakyat (dalam masa terdekat bersama kerajaan negeri)

Program penerangan (tempat umum, giant, astaka, mydin, 3 kali setahun)

Program khidmat masyarakat (tempat pendalaman, tarikh ditentukan kemudian)






3. MAJLIS BERBUKA PUASA : PENGELOLA EN. MAT SHAM, HJ MANG & EN. AZIZ




Tradisi berbuka posa akan dikekalkan dimana pakar-pakar masak lelaki Terengganu bar akan menunjukkan skil masing-masing. Bertempat di Ofis Chairman, semua dijemput hadir dan sumbangan tenaga memasak bersama-sama diperlukan. (Tarikh bulan ramadan)




4. MAJLIS JAMUAN HARI RAYA : EN. ZAMRI/CIK JUNA



Acara tahunan antara LAC dan Bar commitee akan diteruskan. Cadangan untuk mengadakan di dewan mahkamah akan dipertimbangkan. Jika dibuat di dewan mungkin kita akan memohon sedikit bantuan juadah hari raya dari firma firma yang sudi menghulur bantuan demi memeriahkan lagi acara kita. (Bulan syawal)




5. MAJLIS HARI RAYA KORBAN : EN. UBAI





Tahun ni Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu bersedia menerima tempahan korban dari ahli-ahli. Kami merancang dengan sokongan ahli-ahli untuk mengadakan acara korban serta memasak daging tersebut di tempat penyembelihan di Bukit Payong secara gotong royong. Tempat luas boleh memuatkan 50 kenderaan. Semua ini bergantung pada respon ahli-ahli. (Tarikh Raya gerban)





6. KELAS KOMPUTER : EN. HAYAT & TENAGA PENGAJAR




Pihak Jawatankuasa akan meneruskan program pendidikan komputer dan internet bagi manfaat ahli-ahli. Kami merancang untuk mengada 3 kali kelas ni bagi sesi 2010/11. Kami berharap dan merayu semua ahli-ahli terutama yang veteran marilah menyertai kelas ini. Sasaran kita menjelang 2012 semua peguam Terengganu celik IT, ada email, facebook, ym dan boleh berkomunikasi di alam cyber.






7. SUKAN ANTARA PEGUAM : EN. FAIZ/EN. AZRAII/CIK ROHAYATI




Oleh kerana sambutan menggalakkan pertandingan bowling tahun lepas, maka commitee tahun ini bercadang meneruskan acara pertandingan sebegini tahun ini. Notis berkenaan masa, tarikh dan tempat akan diberitahu kelak. Sekiranya ada acara lain ingin dipertandingkan sila cadangkan pada pengelola untuk pertimbangan commitee.





8. TREASURE HUNT : EN. MAT SHAM/EN. SUKERI




Terdapat cadangan untuk mengadakan suatu konvoi kenderaan ahli-ahli menyertai Treasure hunt di tahun lepas tetapi kerana kesuntukan masa ia belum dapat dilaksanakan. Kita akan cuba menjayakan tahun ini dan cadangan awal ke Cameron Highland. Tarikh akan dimuktamad kemudian setelah menerima pandangan ahli-ahli.




9. OUTING (PERKHEMAHAN) : EN. MAT SHAM/EN. FAIZ/EN. AZRAII/CIK ROHAYATI




Terdapat cadangan untuk merapatkan hubungan ahli-ahli terutama yang baru dan lama melalui perkhemahan ringkas, mungkin separuh hari di sekayu atau aktiviti bebas dan barbeque di pantai batu buruk dsbnya. Ini akan diadakan secara berterusan jika mendapat sambutan semua lapisan ahli. (Tarikh sepanjang tahun)




10. TRIP KE KENYIR : EN. FAIZ




Ini merupakan acara tahunan Terengganu bar, biasa diadakan pada mac atau april. Sila beri maklum balas.






11. MENCANDAT SOTONG : EN. UBAI/EN MAT SHAM




Acara ini merupakan acara popular di Negeri Terengganu, tetapi difahamkan masih ramai ahli yang belum merasai pengalaman bercanddat. Maka tahun ini commitee bercadang menyewa sebuah bot untuk aktiviti ini, yang belum mencuba ambil la peluang. (Tarikh bulan mencandat sotong mei-august)




12. TRIP KE BANGKOK : EN. MAT SHAM/EN HAIDI




Atas permintaan ramai, pihak commitee boleh menganjurkan trip ke Bangkok untuk acara bebas di sana tertakluk syarat ramai ahli yang mendaftar untuk menyertainya kelak. Harap maklum. (Tarikh tertakluk pada persetujuan ramai)




13. AKTIVITI MINGGUAN DAN BULANAN : PENGELOLA




KELAB MENEMBAK : EN. HADI


Aktiviti ini sepatut dimulakan tahunan lepas oleh Chairman tetapi kesibukan masa, akibatnya ia tertangguh tetapi En. Hadi telah bersetuju untuk meneruskan usaha bekerjasama dengan persatuan menembak Terengganu untuk membolehkan ia dijalankan. Sila mendaftar jika berminat.

KELAB BERENANG WANITA : CIK JUNA



Aktiviti ini dikendalikan oleh cik juna. Sila hubungi beliau




KELAB GOLF : EN. HADI


TEAM FUTSAL : EN. FAIZ


TEAM BADMINTON : EN. AZRAII






14. AKTIVITI BAR ROOM : CIK ROHAYATI




Tahun ni Bar room kita akan dilengkapi dengan TV LCD, oleh itu jika ada ahli-ahli ingin menanyangkan dokumentari ilmiah adalah amat-amat dialu-alukan. Sila hubungi Cik Rohayati dan jika ingin menambah judul buku di library kita sila beritahu pada beliau.



15. PENGISIAN BLOG DAN FACEBOOK : CIK NURUL WAHEEDA




Commitee tahun ini akan mewujudkan satu sidang redaksi yang diketuai oleh Cik wahida. Kami memohon agar ahli-ahli dapat menyumbangkan artikel, gambar-gambar aktiviti bar, maklumat yang berfaedah serta bersama-sama memeriahkan Terengganu bar blog dan FB. Hubungi Cik Wahida dan sidang pengarang beliau untuk maklumat lebih terperinci.





16. SEMINAR / BENGKEL : PN. ROSNAH



Tahun ini akan berlaku pelbagai perubahan dalan undang-undang negara yang pasti akan menjejaskan sektor perundangan. Baik Criminal procedure code atau civil procedure mahupun industri insuran yang mungkin ditiadakan perkhidmatan peguam. So commitee bercadang memberi seberapa banyak penerangan kepada ahli-ahli agar menyiapkan ahli menghadapi cabaran terbaru.


KESEMUA RANCANGAN PROGRAM DIATAS ADALAH CADANGAN, IA TERTAKLUK PADA BUDGET, KESESUAIAN MASA DAN SAMBUTAN AHLI-AHLI SENDIRI. SILA BERI MAKLUM BALAS SEBELUM 10 HB Mac 2010 MELALUI BLOG DAN FB. MESYUARAT KEDUA COMMITEE PADA 10HB Mac AKAN MEMBINCANG SECARA MENDALAM SEGALA KERTAS KERJA DAN RESPON MEMBERS. BUDGET AKAN DILULUSKAN DAN SUB COMMITEE AKAN DITUBUHKAN.






SEKIAN HARAP MAKLUM

Thursday, February 25, 2010

MAJLIS MAKAN MALAM TERENGGANU BAR

Selamat sejahtera,



Pihak Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke 28 dan meraikan Yang Arif Dato' Abdul Rahim Bin Uda Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang baru.




Kesemua ahli-ahli Terengganu bar telah dijemput hadir. Turut hadir pada malam tersebut ialah Y.B Penasihat Undang-undang Negeri Terengganu, Ketua Unit Pendakwaan Negeri Terengganu, Tuan M. Khalid, Hakim mahkamah Sesyen Kuala Terengganu dan Tuan Azman, Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Terengganu. Seramai 80 orang telah hadir di Majlis tersebut. Majlis bermula dengan kehadiran para peguam jam 8 malam menunggu beramai-ramai menyambut Y.A Dato' dan isteri yang hadir tepat jam 8.30 malam. Kesemua ahli-ahli peguam Terengganu telah mengiringi Y.A Dato' ke tingkat 12 Puncak Gamelan, Hotel Primula tempat berlangsungnya Majlis Makan Malam tersebut.



Chairman Terengganu bar telah memulakan acara dengan mengalu-alukan kehadiran para peguam disamping mengucapkan penghargaan bagi ahli jawatankuasa peguam sesi 2009/10 yang lepas dan tahniah bagi jawatankuasa peguam sesi 2010/11 yang baru dilantik. Seterusnya Chairman telah menjemput Y.A Dato' untuk memberi sepatah dua kata. Yang Arif Dato' Abdul Rahim telah sudi menyampaikan ucapan dan menyatakan kegembiraanya dapat berkhidmat di Negeri Terengganu. Jamuan dihidangkan dan majlis bermula. Majlis telah berakhir jam 11.00 malam. Kesemua pihak berasa amat gembira dan berharap majlis mesra sebegini dapat diteruskan di masa-masa akan datang dalam merapatkan hubungan antara mahkamah, peguam, pendakwa raya dan pejabat penasihat undang-undang negeri.






Para peguam menunggu ketibaan Y.A Dato', dari kiri berwarna biru bersilau En. Aziz Muda, duduk Chairman, Hj Mang , Pn Rosnah dan S/U Pn. Salwa.




Waktu menunggu diisi dengan melihat facebook oleh wan zack melalui iphonenya, syed ahmad melalui blackberrynya, nuar dengan baju baru silk Thai yang baru di beli di Pattaya serta anuar memandang ke pintu kot-kot Y.A dah tiba.





Hj Haris dapat meluangkan masa untuk majlis makan malam ni, disamping chairman, aziz dan s/u salwa.






Mat sham dan nizam menyimpan tangan dalam poket err bukan ape kesemua jari penuh cincin batu yang baru dibeli disempadan Thai-Myanmar, disebelah yusriman dan isteri norizan.




Gambar kenangan dari kanan, state rep hj mukhtar, Tuan Khalid, chairman, Y.A Dato', State legal adviser dan K.U.P Negeri Terengganu.




Y.A Dato' Abdul Rahim bin Uda, Hakim Mahkamah Tinggi Negeri Terengganu sedang menyampaikan ucapan beliau.




Jeritan paling kuat pernah didengar 'YEEESAAANGG' dari table group muda, mentang-mentang hari raya cina dan makan malam menu chinese, huuh nasib baik chairman tiada penyakit jantung kalau tak gerenti kena antar hospital malam tu....he he he






Semua tersenyum bukan ape dok reti nok cocoh dengan chop stick....




Makan jangan dok makan, azrul sentiasa tak lepas dengan piece nya, apa maksudnya, nok kawin dua ke atau nok makan dengan shiela berdua ?????




Group muda digambar, mat ya, azraii, azran, hadi, zamri, faiz, anuar,wan zack, faisal dan jailani. Laju sungguh puak ni letak je ikan tinggal pale je.....




Group berhati muda, nizam, matsham, saipudin, ubai, nuar, mang mb, sukeri msm, haidi chai dee, fariz dan yusriman, biar lambat slow- slow tapi bise, semua peguam court of appeal, kalau nok challenge no harapan la...




Chairman mengucapkan jutaan terimakasih pada Y.A Dato' Abdul Rahim bin Uda atas kesudian beliau untuk hadir ke Majlis Makan Malam Terengganu Bar. Dari kanan, En. Mat Yusoff, En. Mukhtar, Y.A Dato', Chairman dan En. Asmadi.




Sekian, untuk makluman gambar-gambar sepenuhnya AGM dan Dinner akan dimuat turun ke dalam Face book terengganu bar sedikit masa lagi.