Saturday, February 27, 2010

SENARAI AKTIVITI-AKTIVITI SESI 2010/11 (CADANGAN)

SALAM SEJAHTERA,




HASIL DARI MESYUARAT PERTAMA COMMITEE PADA 22HB FEB 2010 DI PEJABAT CHAIRMAN TELAH DIPUTUS SENARAI SERTA PENGELOLA YANG AKAN MENGETUAI SETIAP PROGRAM YANG DIRANCANG. MEMBERS DIMINTA MEMBERI FEEDBACK DALAM MENJAYAKAN PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.




1. FAMILY DAY : PENGELOLA JUNA



Dirancang diadakan pada bulan Jun/Julai

Tempat belum dimuktamadkan. Sila beri cadangan....






2. PUSAT BANTUAN GUAMAN (LAC) : PENGELOLA EN. ZAMRI




Program mesra rakyat (dalam masa terdekat bersama kerajaan negeri)

Program penerangan (tempat umum, giant, astaka, mydin, 3 kali setahun)

Program khidmat masyarakat (tempat pendalaman, tarikh ditentukan kemudian)






3. MAJLIS BERBUKA PUASA : PENGELOLA EN. MAT SHAM, HJ MANG & EN. AZIZ




Tradisi berbuka posa akan dikekalkan dimana pakar-pakar masak lelaki Terengganu bar akan menunjukkan skil masing-masing. Bertempat di Ofis Chairman, semua dijemput hadir dan sumbangan tenaga memasak bersama-sama diperlukan. (Tarikh bulan ramadan)




4. MAJLIS JAMUAN HARI RAYA : EN. ZAMRI/CIK JUNA



Acara tahunan antara LAC dan Bar commitee akan diteruskan. Cadangan untuk mengadakan di dewan mahkamah akan dipertimbangkan. Jika dibuat di dewan mungkin kita akan memohon sedikit bantuan juadah hari raya dari firma firma yang sudi menghulur bantuan demi memeriahkan lagi acara kita. (Bulan syawal)




5. MAJLIS HARI RAYA KORBAN : EN. UBAI





Tahun ni Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu bersedia menerima tempahan korban dari ahli-ahli. Kami merancang dengan sokongan ahli-ahli untuk mengadakan acara korban serta memasak daging tersebut di tempat penyembelihan di Bukit Payong secara gotong royong. Tempat luas boleh memuatkan 50 kenderaan. Semua ini bergantung pada respon ahli-ahli. (Tarikh Raya gerban)





6. KELAS KOMPUTER : EN. HAYAT & TENAGA PENGAJAR




Pihak Jawatankuasa akan meneruskan program pendidikan komputer dan internet bagi manfaat ahli-ahli. Kami merancang untuk mengada 3 kali kelas ni bagi sesi 2010/11. Kami berharap dan merayu semua ahli-ahli terutama yang veteran marilah menyertai kelas ini. Sasaran kita menjelang 2012 semua peguam Terengganu celik IT, ada email, facebook, ym dan boleh berkomunikasi di alam cyber.






7. SUKAN ANTARA PEGUAM : EN. FAIZ/EN. AZRAII/CIK ROHAYATI




Oleh kerana sambutan menggalakkan pertandingan bowling tahun lepas, maka commitee tahun ini bercadang meneruskan acara pertandingan sebegini tahun ini. Notis berkenaan masa, tarikh dan tempat akan diberitahu kelak. Sekiranya ada acara lain ingin dipertandingkan sila cadangkan pada pengelola untuk pertimbangan commitee.





8. TREASURE HUNT : EN. MAT SHAM/EN. SUKERI




Terdapat cadangan untuk mengadakan suatu konvoi kenderaan ahli-ahli menyertai Treasure hunt di tahun lepas tetapi kerana kesuntukan masa ia belum dapat dilaksanakan. Kita akan cuba menjayakan tahun ini dan cadangan awal ke Cameron Highland. Tarikh akan dimuktamad kemudian setelah menerima pandangan ahli-ahli.




9. OUTING (PERKHEMAHAN) : EN. MAT SHAM/EN. FAIZ/EN. AZRAII/CIK ROHAYATI




Terdapat cadangan untuk merapatkan hubungan ahli-ahli terutama yang baru dan lama melalui perkhemahan ringkas, mungkin separuh hari di sekayu atau aktiviti bebas dan barbeque di pantai batu buruk dsbnya. Ini akan diadakan secara berterusan jika mendapat sambutan semua lapisan ahli. (Tarikh sepanjang tahun)




10. TRIP KE KENYIR : EN. FAIZ




Ini merupakan acara tahunan Terengganu bar, biasa diadakan pada mac atau april. Sila beri maklum balas.






11. MENCANDAT SOTONG : EN. UBAI/EN MAT SHAM




Acara ini merupakan acara popular di Negeri Terengganu, tetapi difahamkan masih ramai ahli yang belum merasai pengalaman bercanddat. Maka tahun ini commitee bercadang menyewa sebuah bot untuk aktiviti ini, yang belum mencuba ambil la peluang. (Tarikh bulan mencandat sotong mei-august)




12. TRIP KE BANGKOK : EN. MAT SHAM/EN HAIDI




Atas permintaan ramai, pihak commitee boleh menganjurkan trip ke Bangkok untuk acara bebas di sana tertakluk syarat ramai ahli yang mendaftar untuk menyertainya kelak. Harap maklum. (Tarikh tertakluk pada persetujuan ramai)




13. AKTIVITI MINGGUAN DAN BULANAN : PENGELOLA




KELAB MENEMBAK : EN. HADI


Aktiviti ini sepatut dimulakan tahunan lepas oleh Chairman tetapi kesibukan masa, akibatnya ia tertangguh tetapi En. Hadi telah bersetuju untuk meneruskan usaha bekerjasama dengan persatuan menembak Terengganu untuk membolehkan ia dijalankan. Sila mendaftar jika berminat.

KELAB BERENANG WANITA : CIK JUNA



Aktiviti ini dikendalikan oleh cik juna. Sila hubungi beliau




KELAB GOLF : EN. HADI


TEAM FUTSAL : EN. FAIZ


TEAM BADMINTON : EN. AZRAII






14. AKTIVITI BAR ROOM : CIK ROHAYATI




Tahun ni Bar room kita akan dilengkapi dengan TV LCD, oleh itu jika ada ahli-ahli ingin menanyangkan dokumentari ilmiah adalah amat-amat dialu-alukan. Sila hubungi Cik Rohayati dan jika ingin menambah judul buku di library kita sila beritahu pada beliau.



15. PENGISIAN BLOG DAN FACEBOOK : CIK NURUL WAHEEDA




Commitee tahun ini akan mewujudkan satu sidang redaksi yang diketuai oleh Cik wahida. Kami memohon agar ahli-ahli dapat menyumbangkan artikel, gambar-gambar aktiviti bar, maklumat yang berfaedah serta bersama-sama memeriahkan Terengganu bar blog dan FB. Hubungi Cik Wahida dan sidang pengarang beliau untuk maklumat lebih terperinci.





16. SEMINAR / BENGKEL : PN. ROSNAH



Tahun ini akan berlaku pelbagai perubahan dalan undang-undang negara yang pasti akan menjejaskan sektor perundangan. Baik Criminal procedure code atau civil procedure mahupun industri insuran yang mungkin ditiadakan perkhidmatan peguam. So commitee bercadang memberi seberapa banyak penerangan kepada ahli-ahli agar menyiapkan ahli menghadapi cabaran terbaru.


KESEMUA RANCANGAN PROGRAM DIATAS ADALAH CADANGAN, IA TERTAKLUK PADA BUDGET, KESESUAIAN MASA DAN SAMBUTAN AHLI-AHLI SENDIRI. SILA BERI MAKLUM BALAS SEBELUM 10 HB Mac 2010 MELALUI BLOG DAN FB. MESYUARAT KEDUA COMMITEE PADA 10HB Mac AKAN MEMBINCANG SECARA MENDALAM SEGALA KERTAS KERJA DAN RESPON MEMBERS. BUDGET AKAN DILULUSKAN DAN SUB COMMITEE AKAN DITUBUHKAN.






SEKIAN HARAP MAKLUM

4 comments:

MB said...

chairman, sape sungguh sangat nak gi bangkok tu.ada kenan 'puyin' sane ke

amir4364 said...

Sek sek pompuan nok gi shopping kat sana cemburu kot tgok hok laki gi baru-baru ni, kite tengok ramai ke dok nok gi baru decide.

Anonymous said...

kalu nak gi jangang gi loni, puak baju merah duk protest mahkamah pasal natang Thaksin. Gi lah bulang-bulang akhir tahun cuti sekolah baru clear bos.tapi nak gi gak, gi lah Chiang mai ko chiang rai ko, lagi clear. tapi kalu kita prihatin, gi lah melawat org islam Patani, anak2 yatim dan rumah2 kebajikan sana.

Anonymous said...

salam, nak tanya kalu nak post artikel dibuat sendiri tapi berkaitan dengan law, boleh tak ? ada sensorship ke ? atau apa-apa cerita berkaitan guano?