Thursday, February 25, 2010

MAJLIS MAKAN MALAM TERENGGANU BAR

Selamat sejahtera,



Pihak Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke 28 dan meraikan Yang Arif Dato' Abdul Rahim Bin Uda Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang baru.




Kesemua ahli-ahli Terengganu bar telah dijemput hadir. Turut hadir pada malam tersebut ialah Y.B Penasihat Undang-undang Negeri Terengganu, Ketua Unit Pendakwaan Negeri Terengganu, Tuan M. Khalid, Hakim mahkamah Sesyen Kuala Terengganu dan Tuan Azman, Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Terengganu. Seramai 80 orang telah hadir di Majlis tersebut. Majlis bermula dengan kehadiran para peguam jam 8 malam menunggu beramai-ramai menyambut Y.A Dato' dan isteri yang hadir tepat jam 8.30 malam. Kesemua ahli-ahli peguam Terengganu telah mengiringi Y.A Dato' ke tingkat 12 Puncak Gamelan, Hotel Primula tempat berlangsungnya Majlis Makan Malam tersebut.



Chairman Terengganu bar telah memulakan acara dengan mengalu-alukan kehadiran para peguam disamping mengucapkan penghargaan bagi ahli jawatankuasa peguam sesi 2009/10 yang lepas dan tahniah bagi jawatankuasa peguam sesi 2010/11 yang baru dilantik. Seterusnya Chairman telah menjemput Y.A Dato' untuk memberi sepatah dua kata. Yang Arif Dato' Abdul Rahim telah sudi menyampaikan ucapan dan menyatakan kegembiraanya dapat berkhidmat di Negeri Terengganu. Jamuan dihidangkan dan majlis bermula. Majlis telah berakhir jam 11.00 malam. Kesemua pihak berasa amat gembira dan berharap majlis mesra sebegini dapat diteruskan di masa-masa akan datang dalam merapatkan hubungan antara mahkamah, peguam, pendakwa raya dan pejabat penasihat undang-undang negeri.






Para peguam menunggu ketibaan Y.A Dato', dari kiri berwarna biru bersilau En. Aziz Muda, duduk Chairman, Hj Mang , Pn Rosnah dan S/U Pn. Salwa.




Waktu menunggu diisi dengan melihat facebook oleh wan zack melalui iphonenya, syed ahmad melalui blackberrynya, nuar dengan baju baru silk Thai yang baru di beli di Pattaya serta anuar memandang ke pintu kot-kot Y.A dah tiba.





Hj Haris dapat meluangkan masa untuk majlis makan malam ni, disamping chairman, aziz dan s/u salwa.






Mat sham dan nizam menyimpan tangan dalam poket err bukan ape kesemua jari penuh cincin batu yang baru dibeli disempadan Thai-Myanmar, disebelah yusriman dan isteri norizan.




Gambar kenangan dari kanan, state rep hj mukhtar, Tuan Khalid, chairman, Y.A Dato', State legal adviser dan K.U.P Negeri Terengganu.




Y.A Dato' Abdul Rahim bin Uda, Hakim Mahkamah Tinggi Negeri Terengganu sedang menyampaikan ucapan beliau.




Jeritan paling kuat pernah didengar 'YEEESAAANGG' dari table group muda, mentang-mentang hari raya cina dan makan malam menu chinese, huuh nasib baik chairman tiada penyakit jantung kalau tak gerenti kena antar hospital malam tu....he he he






Semua tersenyum bukan ape dok reti nok cocoh dengan chop stick....




Makan jangan dok makan, azrul sentiasa tak lepas dengan piece nya, apa maksudnya, nok kawin dua ke atau nok makan dengan shiela berdua ?????




Group muda digambar, mat ya, azraii, azran, hadi, zamri, faiz, anuar,wan zack, faisal dan jailani. Laju sungguh puak ni letak je ikan tinggal pale je.....




Group berhati muda, nizam, matsham, saipudin, ubai, nuar, mang mb, sukeri msm, haidi chai dee, fariz dan yusriman, biar lambat slow- slow tapi bise, semua peguam court of appeal, kalau nok challenge no harapan la...




Chairman mengucapkan jutaan terimakasih pada Y.A Dato' Abdul Rahim bin Uda atas kesudian beliau untuk hadir ke Majlis Makan Malam Terengganu Bar. Dari kanan, En. Mat Yusoff, En. Mukhtar, Y.A Dato', Chairman dan En. Asmadi.




Sekian, untuk makluman gambar-gambar sepenuhnya AGM dan Dinner akan dimuat turun ke dalam Face book terengganu bar sedikit masa lagi.

No comments: