Sunday, February 27, 2011

MESYUARAT AGUNG JAWATANKUASA PEGUAM TERENGGANU KE 29

Mesyuarat Agung ke29 Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu telah
berlansung pada 24hb Februari 2011 bertempat di Sumai Suite, Hotel and Apartment. Mesyuarat bermula jam 3 petang setelah korum mencapai lebih 40 orang (korum hanya 14 diperlukan). Chairman telah memanggil mesyuarat dan memulakan dengan mengucapkan terimakasih atas semua yang sudi hadir. Beliau juga mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan bolasepak Trgbar yang berjaya menjadi juara keseluruhan Malaysian Bar. Terimakasih tidak terhingga juga diucapkan atas semua pihak yang menyumbangkan masa, tenaga serta derma untuk menjayakan aktiviti Trgbar.

Mesyuarat bermula dengan pengesahan minit mesyuarat yang lalu serta akaun kewangan Trgbar. Pemilihan Chairman dibuat sebulat suara, 10 committee members telah dicalonkan dan dipilih, pemilihan barisan pelapis sdr Hayat dan Hazri, serta wakil Trgbar Hj Mukhtar. S/U Trgbar masih kekal disandang oleh Pn Salwa Mansor. (Senarai penuh jawatan kuasa ada digambar akhir).
Terdapat 2 usul dibincangkan iaitu semua bersetuju untuk menjadikan Pusat Bantuan Guaman sebagai sektariat baru Trgbar. Ini bakal memudahkan segala pengurusan dan pentadbiran Trgbar di bawah satu tempat. Kedua usul Fariz Halim agar pemindahan bilik lelongan, ini bakal dibincangkan dengan pihak mahkamah. Akhir sekali Chairman telah menerangkan YBGK (yayasan bantuan guaman kebangsaan), serta merayu agar peguam peguam Terengganu agar mengisi borang serta menyertai panel peguam YBGK. Majlis berakhir jam 5 petang dengan pihak Chairman mengucapkan terima kasih serta menangguhkan majlis sine dine.



Chairman dan S/U... setia menunggu Trgbar members..




Pelatih dalam kamar... menjadi tenaga kerja membantu menjayakan majlis pendaftaran..






Tektik bijok... ahli ahli dijamu lunch makan sebelum meeting bermula ...





Bila members kekenyangan.... seme happy... tiada soalan serta usul dilulus secepat kilat....


ubai,nuar,aziz serta juna serious mendengar amaran mat sang.... kalau makang mehun ger tahun lepas kita guling chairman plok...



S/U pening paler dengor khutbah Chairman perlunya trgbar bersatu bantu jayakan program...




Amat bangga Dato' Zamani dan Dato' mokhtar setia hadir dalam AGM setiap tahun





Semua tersenyum ria bila Chairman umum akan adakan jamuan 40 lauk untuk AGM tahun depan... canggih umpan





sambil makan sambil bermesyuarat.... santai tetapi seronok... no stress...





terlihat Fariz senyum bila usulnya lulus, sukeri ngantuk kekenyangan... sementara yat tertido doh ker... seme gumbira dengan semangat kekeluargaan






bakper serius ngat muka Chairman tuu.... ger rima.. laa tgoh makang ayam goreng....




meeting doh abis sesi bergambor plok.... Chairman bersama sahabat... epul, mang serta syed gambor oleh camera sony nex 5 oleh pro zuhal nakhoda...



Hj Tar duduk di kerusi Chairman sambil mengumumkan akan bertanding Chairman tahun depan.... he he he




masing masing mengambil tempat untuk sesi bergambar... meeting habis jam 5 lebih dan jam 7 malam gambar cmtee ada di web bar council



gambar CERIA cmtee... seme senyum manis tapi tak leh challenge senyum TERMANIS oleh EN. MAZLAN...



Menawan dan cuun sungguh tenaga kerja muda yang membantu AGM kali ni .... tima kasih..




Meeting rasmi doh abis nii meeting dok rasmi termasuk gossip... ngate... ngutuk... bile la nok guling chairmeng nii..




Jam 6.15 petang tak boh balek ker... siang tengok rosnah tuu mate dok leh buke.... s/u baru mula makan hok laing sembanggg....




Senarai rasmi Trgbar Committee 2011/12 err macam biase jer... hok tu ler boring... kena panggil group mubarak jugok nii... he he

No comments: