Sunday, February 27, 2011

MAJLIS PERLANCARAN YAYASAN BANTUAN GUAMAN KEBANGSAAN (YBGK)

Pada 25hb februari 2011, jam 9.00pagi bertempat di Dewan B, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) telah diadakam Majlis Pelancaran Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) merupakan sebuah syarikat khairat yang didaftar pada 25 januari 2011 bertujuan membiayai kos bantuan dan nasihat guaman serta perkhidmatan peguam swasta untuk mereka yang memerlukan perwakilan guaman dalam prosiding jenayah. Semua kes tangkapan melibatkan mana-mana agensi kerajaan baik polis, sprm, kastam, mahupun jenayah syarie akan dibantu oleh YBGK.

Bagi prosiding jenayah terdapat test akan digunakan iaitu mereka yang berpendapatan rm25,000 setahun kebawah yang layak. Maklumat lengkap boleh didapati di bar room/pusat bantuan guaman Trgbar atau boleh melayari http://www.ybgk.org.my/ atau tel. 0389251022/0389254025 faks 0389262062 serta email : webmaster@ybgk.org.my. YBGK Trgbar buat sementara akan berpusat di LAC kita di tingkat 5 Mahkamah Terengganu.

Semua Peguam yang telah mengisi borang untuk menjadi sukarelawan YBGK (melebihi 50 orang baru baru ni) akan menjalani kursus ringkas sehari dijangka pada 2hb April 2011 (Sabtu) tempat belum ditetapkan lagi bagi mendapatkan kad kuasa YBGK. Semuga usaha murni peguam Terengganu untuk membantu masyarakat di rahmati Allah dan berjaya.



Chairman hadir seawal 8.15 pagi untuk majlis pelancaran... ngantuk AGM semalam tak abis lagi


Chairman dan HJ Tar sehati sejiwa.... menunggu ketibaan YAB PM....





Tiada tempat khusus untuk ahli Majlis Peguam ... so duduk la hok belakang skali terlihat Aaron, Hj Tar, Dato Rama dan Tony Woon..



Ketibaan YAB PM diiring Dato' Seri Nazri serta VVIP...




Majlis dimulakan dengan Lagu Negara Ku.... tegak dan Bangga dengan Negara Ku... aman makmur dan bersatu..




Ucapan dimulakan oleh Dato' Seri Nazri De facto Minister of Law...





Ucapan YAB Dato Sri Najib Perdana Menteri merasmikan Pelancaran Majlis YBGK..


Clip President Barcouncil Mr Ragunath Kesavan menerangkan usaha Bar selama ini membantu masyarakat..


Majlis menandatangi persefahaman antara Y.Bhg A.G dengan YDH IGP.. disaksikan PM, YAA CJ, Presiden Bar, dan Nazri



PM bersalaman dengan tetamu yang hadir, terlihat YB Nazri serta Baju kuning Tan Sri Jins Shamsudin



YAB PM bersalaman dengan ahli Majlis Peguam, Aaron lepas tu Chairman dan Hj Tar. Chairman ngaku silap terlupa tanya PM.. err Dato Sri budget 2010 takdok lebih2 ker... holo holo la sket kat Trgbar....


YAA CJ diiringi pembantu dan Presiden Bar lalu dihadapan Chairman...


Majlis selesai, tugasan berakhir... bermulalah Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.. Peguam Peguam Terengganu sedia membantu..... InsyaAllah

No comments: