Saturday, January 23, 2010

KURSUS LANJUTAN KOMPUTER BAHAGIAN 2

ASSALAMUALAIKUM SERTA SALAM SEJAHTERA,



Bertempat di Bar room pada 20hb Januari 2010, Pihak Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu telah mengadakan kursus lanjutan komputer bahagian kedua. Peserta telah diajar selok belok menggunakan facebook, demontrasi penggunaan yahoo messenger serta email attachment.


Setiap peserta telah membawa note book sendiri serta mengambil inisiatif membawa telepon bimbit canggih masing-masing. Mereka telah mengakses facebook FB menggunakan telepon masing-masing. Kursus bermula jam 3 petang tamat jam 6 petang.


Para peserta sangat berpuas hati dalam dapat memahami sesi soal jawab yang dikemukakan. Tenaga pengajar terdiri dari Shifu Hayat serta rakan. Peserta juga dijamu dengan pizza yang disediakan khusus untuk kursus ini. Para peserta memohon untuk diadakan lagi kursus komputer ini di masa akan datang. Pihak jawatankuasa akur dan pasti mengadakan lagi di masa masa akan datang jika keadaan mengizinkan. Ingin dirakamkan setinggi penghargaan buat En Sallehudin Harun yang berada di Melbourne Australia atas kesudian bervideo conference menggunakan Yahoo Messenger dengan para peserta yang berada di bar room serta menunjukan kawasan rumahnya.






Gambar-gambar di bawah menceritakan kegembiraan para peserta yang mengikuti kursus komputer tersebut :-







(Mat sham begitu teruja menyoal pelbagai soalan, sementara pudin berkata kawe mari nok rase pizza je bohh)







(En mang ketika sedang bervideo conference menggunakan YM dengan En Soleh mengayakan dengan tangan cara beliau bakal naik kapalterbang MAS first class bulan mei ni ke Melbourne Australia)




(Mat ya sedang mencari pizza kegemarannya, sedang matsham meminta Hayat menanyakan pada Alex ferguson MU melalui internet mengapa team futsalnya senantiasa dok rok cepat pancit.. he he)




(Dua jejaka idaman Terengganu Bar sedang berbincang perkara terpenting di dunia iaitu bagaimana ingin nmemberi makan kura-kura dalam pet society melalui handphone)




(Ketika para peserta sedang khusyuk mendengar penerangan hayat, pudin sibuk skodeng kotak pizza, kata pudin, pizza ada 5 kotak berlainan rasa mesti test seme bohh...)




(Hayat pening kepala, makin kuat dia mengajar makin kuat Nuar disebelahnya menggunyah pizza,,,,, nyam nyam nyam)





(Semua faisal, nuar, chairman serta mat ya berusaha memujuk salina (saly) serta rakan baiknya napisah (pipy) untuk membuat facebook tapi gagal mereka enggan)





(En mang mb tertido akibat kekenyangan makan pizza serta senang hati kerana berjaya masuk gambar melalui telepon bimbitnya ke facebook. Para peserta lain juga merayu dengan berkata jika makan pizza kursus hari hari pun dok pe........)


Rayuan Jawatankuasa, jika ada program mari la kita sertai beramai-ramai, program kita, hok kite dan untuk kite.

1 comment:

Din Hogan Melbourne said...

salam semua,

memandangkan kelas no.1 berjaya, maka kalau ada rezeki saya sedia berhubung dgn geng2 d bar room dgn menggunakan skype pula ketika kelas no.2. skype amat popular d Australia, malah d US. hayat..minta ajar geng2 kita mcmana guna skype. TQ..tengah kepanasan d sini..extreme summer