Saturday, January 23, 2010

CORET CORET BERITA MAHKAMAH

Salam sejahtera,



Pada 27hb Oktober 2009 yang lalu, salah seorang kakitangan mahkamah yang paling lama berkhidmat di mahkamah Terengganu telah bersara. Beliau En Abdul Jalil bin Abdullah, pembantu tadbir undang-undang yang telah memulakan kerjaya pada bulan Julai 1969, ketika kebanyakkan peguam Terengganu hari ini masih belum dilahirkan. Beliau telah menamatkan perkhidmatan beliau pada bulan oktober yang lepas. Beliau yang juga mesra dikenali sebagai Pok Nong di kalangan generasi muda telah banyak membantu para peguam di dalam menyelesaikan masalah dihadapi berkaitan urusan mahkamah.

Pihak Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu mengucapkan ribuan terma kasih atas jasa serta bantuan dan pertolongan yang telah diberikan oleh En Jalil sepanjang beliau berkhidmat di mahkamah Terengganu. Kami juga mendoakan selamat maju jaya atas segala aktiviti yang dirancang selepas bersara. Semoga Allah senantiasa merahmati dan memelihara kesihatan serta kebahagiaan beliau sehingga akhir hayat.






(Encik Jalil di hari-hari terakhir beliau, dimeja kegemarannya masih setia menjalankan tugas)






(Pihak Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu dengan berbesar hati menghadiahkan cenderamata untuk En Abdul Jalil bin Abdullah atas sumbangan beliau hampir 40 tahun berkhidmat di Mahkamah Negeri Terengganu, Terima Kasih Sekali lagi)

1 comment:

Din Hogan Melbourne said...

salam,

kpd Bro.Jalil, terima kasih diatas segala bantuan yg telah diberikan. ada masa, panjang umur kita jumpa..minum2.sesiapa ada no hp jalil sila fwrdkn.