Wednesday, August 26, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA,


PIHAK JAWATANKUASA PEGUAM NEGERI TERENGGANU MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL MUBARAK. BULAN YANG MULIA SERTA DAPAT MENJALANI IBADAH BERPUASA DENGAN PENUH KEIMANAN DAN RASA TAWADDUK.



SEMPENA BULAN YANG MULIA INI DAN DI ATAS PERMINTAAN RAMAI, PIHAK JAWATANKUASA AKAN MENGANJURKAN MAJLIS BERBUKA PUASA UNTUK AHLI-AHLI PEGUAM NEGERI TERENGGANU. BUTIR-BUTIR ADALAH SEPERTI TERTERA DI BAWAH:-



TARIKH : 31 OGOS 2009 (ISNIN)

WAKTU : JAM 5.00 HINGGA 8.00 MALAM

TEMPAT: PEJABAT AMIRRUDDIN & CO

JEMPUTAN : AHLI PEGUAM NEGERI TERENGGANU





(PEJABAT TETUAN AMIRRUDDIN & CO TERLETAK DI JALAN PANTAI BATU BURUK BERDEKATAN DENGAN RUMAH HAKIM MAHKAMAH TINGGI, SERTA BERSEBELAHAN DENGAN PERUMAHAN BANK NEGARA. RUMAH BERWARNA KUNING BERATAP BIRU SERTA TERTERA NAMA AMIRRUDDIN DI PAGAR. HARAP INI MEMUDAHKAN AHLI-AHLI MENCARI)




MENU UTAMA BERBUKA PUASA INI IALAH DAGING BAKOR (BARBEQUE), OLEH ITU PIHAK KAMI BERBANGGA ATAS KESUDIAN PAKAR MEMBAKOR MENGETUAI PROGRAM INI IAITU HAJI MAN BAKOR. OLEH KERANA KONSEP LAYAN DIRI BAGI MAJLIS BERBUKA KALI INI MAKA PIHAK PENGANJUR BERHARAP AHLI-AHLI DATANG AWAL DAN MEMBANTU SAMA-SAMA MENYEDIAKAN JUADAH BERBUKA. INI AKAN MEWUJUDKAN KEMESRAAN DAN KEAKRABAN ANTARA PEGUAM-PEGUAM.



(CHEF TERSOHOR HAJI MAN BAKOR, KELAZATAN MASAKANNYA MENGALAHKAN CHEF WAN, RASAI LA KEENAKAN DAGING BAKORNYA PASTI TERTIDO SEPERTI BUDAK DIDALAM GAMBAR INI)



PIHAK PENGANJUR JUGA AMAT MENGALU-ALUKAN JIKA AHLI-AHLI INGIN MEMBAWA JUADAH TAMBAHAN UNTUK DIKONGSI BERSAMA RAKAN-RAKAN AHLI.



AHLI-AHLI JUGA DIHARAPKAN DAPAT MENGESAHKAN KEHADIRAN MELALUI SETIAUSAHA, E-MAIL ATAU KOMEN DI LAMAN BLOG INI. INI BAGI MEMUDAHKAN ANGGARAN MAKANAN AGAR TIDAK MEMBAZIR.


AKHIRKATA, PENGANJUR BERHARAP HADIR LA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN PROGRAM ANJURAN KITA UNTUK KITA.




SEKIAN, JUMPA DI HARI MERDEKA MERDEKA MERDEKA !!!!!

Tuesday, August 25, 2009

SEMINAR ON LIBERALIZATION AND GOVERMENT SUPPORT FOR MALAYSIAN PROFESSIONAL SERVICES SECTOR

SALAM SEJAHTERA,



Pihak Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu telah diundang oleh PSDC (Professional Services Development Corporation) sebuah badan yang ditubuhkan dibawah kementerian kewangan diperbadankan dan kini dibawah seliaan kementerian kerjaraya untuk menyertai seminar bagi pembukaan pasaran perkhidmatan sektor professional dan bentuk-bentuk bantuan dan sokongan yang diberikan oleh kerajaan.




Seramai 40 orang peserta yang mendaftar dan dari jumlah tersebut 23 peserta adalah ahli peguam Negeri Terengganu. Ini merupakan jumlah majoriti dan mendapat pujian dari pihak penganjur seminar. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan yang menyokong penganjuran program ini.






(Haji Man begitu teruja menjawab soalan-soalan peserta berkenaan rancangan Firma beliau yang ingin membuka cawangan di luar negara err iaitu di Pulau Karimun INDONESIA. Sambil diperhatikan dari kanan Pn Norizan, En Yusriman, Chairmen, En Anuar dan Cik Juna.)






Seminar ini telah berlansung di Andaman Ballroom, tingkat 19, Felda Residence, Kuala Terengganu. Bermula dari jam 8.30 pagi sehingga jam 1.30 tengahari. Kita juga dapat berbangga kerana peserta pertama seminar ialah En Anuar mohd yang tiba tepat jam 8.15 pagi. Ini tidak menghairankan kerana En Anuar dan rakan-rakan peguam Terengganu memang terkenal dengan ketepatan kehadiran bagi setiap program yang dianjurkan oleh pihak jawatankuasa.






(En Syed Ahmad, Pn Munirah serta peserta-peserta lain sedang sibuk membincangkan rancangan masing-masing untuk meperkembangkan perkhidmatan mereka ke luar negara terutama ke Uzbeskistan, Kazakstan, Tukmenistan, Tajikistan, Hindustan dan goheadgostan)




Moderator bagi sesi seminar ialah En Su Lim ahli jawatankuasa Malaysia Institute of Accountant MIA cawangan Terengganu. Ucaptama telah diberikan oleh Ir. Ahmad Asri bin Abdul Hamid, President PSDC. Beliau telah memberi penekanan tentang hasrat kerajaan untuk membuka pasaran perkhidmatan Malaysia dan keperluan golongan professional Malaysia bersedia apabila pasaran itu dibuka kelak.


PSDC ditubuh khas untuk tujuan ini bagi memberi kesedaran, maklumat serta bantuan yang dapat membantu golongan professional dalam menghadapi situasi yang mencabar ini kelak.





(Senyuman manis jelitawan-jelitawan Terengganu Bar, antaranya setiausaha Pn Salwa, Cik Juna, Cik Marina, wakil Sofian & Co. Menurut sumber yang tak mahu dikenali, kehadiran jelitawan-jelitawan dari Terengganu Bar ini la yang menceriakan suasana seminar ini)





Seterusnya wakil dari MIDA (Malaysian Industrial Development Authority) Ms Joy Grace Rayappan menerangkan bantuan dari MIDA iaitu Services Sector Capacity Development Fund (SSCDF). Ia berbentuk grant bantuan kewangan yang tidak perlu dibayar balik sejumlah rm 50 juta. Sejumlah rm 500,000 boleh dipohon untuk apa-apa program bertujuan meningkat kemahiran professional dalam menghadapi proses liberasasi ini. Malangnya tiada permohonan diterima dari Terengganu. Chairmen ada bertanya samada MIDA ada peruntukan jika Terengganu Bar ingin membuat lawatan sambil belajar berkenaan sistem perundangan di Melbourne, Victoria, Australia. Tetapi Ms Joy menyatakan tiada.





Sesi sebelum minum pagi ditutup oleh wakil MITI En Shukrie Bin Mohamah Daud, Director of Services Development Division, Ministry of International Trade & Industry. Beliau menerangkan rancangan liberasasi kerajaan iaitu kini 27 sektor, menjelang 2012 lebih luas dan menjelang 2015 seluruh ASEAN akan dibuka. Kerajaan komited meneruskan meneruskan proses ini demi menarik pelaburan asing dari luar. Kerajaan beranggapan kita perlu buka pasaran kita demi mengekalkan daya saing negara.





(Chairmen terlalu khusyuk mendengar taklimat penceramah-penceramah sehingga gagal membuka mata, disebelah beliau Mr Dass pengurus PSDC dan En Anuar dibelakang)

Selepas sesi minum pagi, seminar diteruskan oleh En Shahrin bin Abdullah dari MIDF. Beliau menerangkan pinjaman-pinjaman yang diberikan oleh MIDF.


Wakil SMIDEC Negeri Terengganu En Farid bin Awang menerangkan pelbagai program dan insentif yang diberikan oleh kerajaan Negeri Terengganu untuk usahawan kecil dan sederhana di Terengganu.


Akhir sekali wakil SME Bank, En Zaymy bin ahyar (pengurus cawangan Terengganu), menerangkan bentuk-bentuk pinjaman yang disediakan serta proses permohonan yang perlu dilakukan.

Sesi soal jawab diadakan selepas itu yang mana peserta telah bertanya kemusykilan mereka. Seminar diakhiri dengan pemberian cenderahati pada para speaker. Kesemua peserta telah dijemput makan tengahari.


(Sebagai langkah alternatif sekiranya peguam-peguam Terengganu gagal dalam menghadapi persaingan firma luar negara, Haji Man bersetuju mengajar lagu Bengawan Solo, untuk mana-mana peguam yang ingin menukar profesion ke bidang nyanyian. Gambar terbaru band "Jie Mang And The Gang"


Akhirnya, setiap peserta diberikan sijil penyertaan. Sesiapa yang belum mendapat akan dikirim melalui pos, sekiranya ada masalah harap dapat berhubung dengan Jawatankuasa.


Sekian.




FUTSAL GAME: LAWYER -V- COURT

Balingan maut daripada Faiz Van Der Sar
Amboi!!! putihnya gigi





Seksinya!! Auwww














Laporan Perlawanan Persahabatan Futsal antara Mahkamah dan Peguam.

Objektif:

Merapatkan hubungan antara para peguam dan pihak Mahkamah serta dapat menyihatkan badan dan menghilangkan rasa stress & tension.


Tarikh : 10/8/2009 : Jam 10 malam
Venue : Futsal didepan Shell Pulau Kambing.


Peguam yang telah menyarung jersi kebangsaan Peguam Terengganu adalah seperti berikut

1. En. Faiz Van Der sar
2. En Faisal Reina
3. En Sukri Messi
4. En Nik Mohd Radhia Drogba
5. En Azran Cannavaro
6. En Zamri Tevez
7. En Ubaidillah Milla
8. En Badrol Batistuta
9. En Zanizam Zidane
10. En Aziz Benzema


Ulasan Perlawanan dari ESPN Channel:-


Pasukan Trg Bar yang diketuai oleh Faiz telah berjaya mengikat Team Mahkamah yang diketuai oleh Tuan Azhar dengan 13-13. Kalu En Azran tidak menjaringkan gol sendiri sudah tentu Trg Bar telah mencapai kemenangan mutlak.


Skuad banyak dibantu oleh kelicikan Sukri Messi dan jaringan Bicycle Kick Nik Radhia Drogba. Dan kekebalan kecemerlangan Penjaga Gol yang menjaga gawang.


Disediakan oleh Wan Ahmad Faiz bin Wan Abdullah
(Komiti Sukan & kebajikan)

Thursday, August 6, 2009

UPDATE: 13/8/2009 - FELDA RESIDENCE - SEMINAR ON LIBERALIZATION & GOVERMENT SUPPORT FOR MALAYSIAN PROFESSIONAL SERVICES PROVIDERS

Please be informed that the organizer of the seminar has updated us with the followings information:-


Date: 13 August 2009
Day: Thursday
Venue: Andaman Ballroom- 19th Floor - Felda Residence
Time: 8.30 a.m. to 2 p.m. (Coffee break & Lunch will be provided)


For members who are interested, please confirm your registration either thru:-

1) Secretary Terengganu Bar
2) Legal Aid Centre
3) This Blog


You may also fax or email the registration form direct to the organizing committee i.e. Professional Services Development Corporation (PSDC). The itenary of the program & the registration form has been email to all of the members.


Since places are very limited, members are urge to confirm their attendance soonest possible. Dateline for registration is on Tuesday 11/8/2009. Kindly take this opportunity to enrich ourselves with the current situation in the professional services sector.


Thank you.

Salwa Mansor
Secretary Terengganu Bar 2009/2010

UCAPAN TAKZIAH BUAT PUAN COMI DAN TUAN MOHD NOOR SEKELUARGA

SALAM,

KESEMUA AHLI-AHLI JAWATANKUASA PEGUAM NEGERI TERENGGANU MENGUCAPKAN TAKZIAH ATAS PEMERGIAN IBUNDA TERSAYANG PN COMI DAN ISTERI TERCINTA TUAN MOHD NOOR (BEKAS HAKIM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU) PADA JAM 8.30 PAGI KELMARIN 5 OGOS 2009 DI HOSPITAL KUALA TERENGGANU.

PIHAK JAWATANKUASA BERKESEMPATAN MENZIARAH SERTA SOLAT JENAZAH JAM 10.30 PAGI KELMARIN. KAMI BERHARAP PUAN COMI SERTA TUAN MOHD NOOR SEKELUARGA TENANG MENGHADAPI DUGAAN DAN KETENTUAN ILAHI INI. KAMI JUGA MENDOAKAN AGAR ROH ALLAHYARHAMAH DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG YANG BERIMAN. AMIN YA ALLAH.


PENGERUSI

JAWATANKUASA PEGUAM TERENGGANU

Wednesday, August 5, 2009

SEMINAR LIBERASASI DAN SOKONGAN KERAJAAN UNTUK SEKTOR PERKHIDMATAN PROFESSIONAL MALAYSIA

SALAM,



PSDC (Professional services development corporation) di bawah kementerian kerjaraya akan menganjurkan suatu seminar bertajuk liberasasi dan sokongan kerajaan untuk sektor perkhidmatan bertempat di Kuala Terengganu (tempat belum ditetapkan lagi) pada 13 OGOS 2009. Bermula pada 8.30 pagi hingga waktu tengahari (seminar setengah hari).



SEMINAR INI TERBUKA UNTUK SEMUA PEGUAM DAN IA AKAN DI ADAKAN SECARA PERCUMA. MAKAN TENGAHARI SERTA MINUM PAGI DISEDIAKAN.



LATARBELAKANG FAKTA :-



Kerajaan Malaysia bercadang untuk membuka sektor perkhidmatan professional untuk firma-firma luar menawarkan perkhidmatan mereka di Malaysia. Kerajaan telah mengumumkan liberasasi 27 sektor. Sektor guaman juga akan terlibat dalam proses liberasasi. Menjelang 2012 pembukaan akan dilaksanakan. Kini 5 firma guaman asing akan mula dibenarkan menawar perkhidmatan mereka terutama di sektor kewangan Islam Sukuk. Pasaran ASEAN akan dibuka menjelang 2015. Samada kita bersetuju atau tidak proses ini akan berjalan. Oleh itu adalah sangat wajar semua Peguam-peguam di Negeri Terengganu ini hadir untuk mendapat maklumat terkini dan pemahaman sepenuhnya berkenaan isu ini.



Senarai lengkap program akan diedarkan minggu hadapan setelah di muktamadkan antara Jawatankuasa dan pihak penganjur.



Disamping tujuan kita untuk mendapat maklumat berkenaan proses liberasasi ini, pihak penganjur juga akan hadir bersama agensi kerajaan yang lain menawarkan insentif-insentif untuk Pihak kita mendapatkan bantuan baik dari segi teknikal atau kewangan. Saya di fahamkan Kerajaan menyediakan fund sejumlah RM 100 juta iaitu RM50 juta melalui grant MIDA dan soft loan RM 50 juta melalui MIDF. Pihak Peguam di Terengganu boleh menggunakan dana ini bagi tujuan mempertingkatkan keupayaan kita dalam menghadapi cabaran dari luar.



Adalah amat penting untuk kita semua memahami cabaran yang bakal kita hadapi kelak. Ini kerana apabila diimplementasi kelak TIADA polisi untuk undur kebelakang lagi. Kita harus BERSAING dengan firma gergasi dari luar negara.



Pihak jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu merayu agar ahli-ahli mengambil peluang keemasan ini untuk hadir ke Seminar tersebut. Persiapkanlah diri kita menjelang pembukaan pasaran sektor professional Malaysia.



DIHARAP PEGUAM-PEGUAM TERENGGANU DAPAT MENDAFTARKAN DIRI UNTUK HADIR KE SEMINAR TERSEBUT PADA 13 OGOS 2009 (KHAMIS) DARI JAM 8.30 PAGI HINGGA 1.30 PETANG. SILA BERITAHU KEHADIRAN MELALUI :-



1. SETIAUSAHA PN SALWA MANSOR.



2. LETAK NAMA DI LAC MELALUI PN ROS @ PN MUNIRAH



3. MENULIS NAMA ANDA MELALUI KOMEN DALAM BLOG INI



PIHAK KAMI JUGA AKAN E-MAIL SERTA PENGANJUR AKAN MENGHUBUNGI TUAN PUAN MELALUI TELEPON DAN FAX.



HADIR LA BERAMAI-RAMAI UNTUK FAEDAH KITA BERSAMA.



Pengerusi

Jawatankuasa Peguam Terengganu.

Monday, August 3, 2009

KURSUS KEMAHIRAN KOMPUTER UNTUK PEGUAM TERENGGANU

En. Mat Yusop sedang berbincang dengan Bill Gates berkenaan cara-cara betul membuka e-mail sambil diperhatikan oleh Chairman, Cik Atifah dan Shifu En. Hayat.



Kesemua peserta tekun mendengar penerangan dari En. Mat Yusop yang telah expert berkenaan sistem komputer.



Kesemua peserta amat berterimakasih atas pengajaran serta bantuan dari En. Hayat, staff serta Ros dan Munirah.


Salam,

Jawatankuasa peguam Negeri Terengganu telah menganjurkan suatu kursus melatih kemahiran menggunakan komputer kepada ahli-ahlinya pada 17 Jun 2009 yang lepas. Waktu latihan bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.

Tenaga pengajar terdiri dapada En Hayat serta kakitangannya dan dibantu oleh kakitangan Pusat bantuan guaman iaitu Ros dan Munirah. Terdapat lima peguam yang belajar dan menunggu hingga ke akhir. Peguam-peguam lain yang celek IT seperti En Saifudin telah balik awal. Peguam yang tinggal Pn Norizai, Pn Napisah, Pn Salina, En Mat Yusop dan En Amirruddin.

Setiap peserta telah berjaya membuat E-mail sendiri, serta berjaya memahami sistem e-mail, internet, laman web dan asas komputer terkini. Pemasangan WIFI di bilik Bar Room telah berjaya dimanfaat sepenuhnya dengan semua pihak berjaya connect dengan sistem WIFI tersebut. Peserta juga telah belajar untuk connect dan ini memudahkan mereka berbuat demikian di tempat-tempat lain yang ada WIFI di Terengganu ini kelak.

Kursus peringkat kedua telah dirancang yang mana menurut En Hayat pengerusi IT jawatankuasa Terengganubar akan memfokuskan penggunaan Yahoo Messenger atau skype bagi membolehkan ahli-ahli menghubungi "chat" antara satu sama lain menggunakan webcam. Ini amat menjimatkan kerana berapa jauhpun jarak ahli tetapi kos penggunaan amat rendah.

Oleh itu Pihak Jawatankuasa AMAT-AMAT berharap agar penyertaan yang menggalakkan dari ahli untuk kursus yang akan datang serta penglibatan ahli-ahli dalam BLOG KITA. Beri la sumbangan artikel, matlumat terkini atau sekurang-kurangnya komen-komen bernas bagi setiap aktiviti kita. Meriahkan la BLOG KITA kerana ia milik kita bersama.

Wartawan tak rasmi. (maaf atas lewat melapor)