Pihak Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu telah diundang oleh PSDC (Professional Services Development Corporation) sebuah badan yang ditubuhkan dibawah kementerian kewangan diperbadankan dan kini dibawah seliaan kementerian kerjaraya untuk menyertai seminar bagi pembukaan pasaran perkhidmatan sektor professional dan bentuk-bentuk bantuan dan sokongan yang diberikan oleh kerajaan.
Seramai 40 orang peserta yang mendaftar dan dari jumlah tersebut 23 peserta adalah ahli peguam Negeri Terengganu. Ini merupakan jumlah majoriti dan mendapat pujian dari pihak penganjur seminar. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan yang menyokong penganjuran program ini.
Seminar ini telah berlansung di Andaman Ballroom, tingkat 19, Felda Residence, Kuala Terengganu. Bermula dari jam 8.30 pagi sehingga jam 1.30 tengahari. Kita juga dapat berbangga kerana peserta pertama seminar ialah En Anuar mohd yang tiba tepat jam 8.15 pagi. Ini tidak menghairankan kerana En Anuar dan rakan-rakan peguam Terengganu memang terkenal dengan ketepatan kehadiran bagi setiap program yang dianjurkan oleh pihak jawatankuasa.
Moderator bagi sesi seminar ialah En Su Lim ahli jawatankuasa Malaysia Institute of Accountant MIA cawangan Terengganu. Ucaptama telah diberikan oleh Ir. Ahmad Asri bin Abdul Hamid, President PSDC. Beliau telah memberi penekanan tentang hasrat kerajaan untuk membuka pasaran perkhidmatan Malaysia dan keperluan golongan professional Malaysia bersedia apabila pasaran itu dibuka kelak.
PSDC ditubuh khas untuk tujuan ini bagi memberi kesedaran, maklumat serta bantuan yang dapat membantu golongan professional dalam menghadapi situasi yang mencabar ini kelak.
Seterusnya wakil dari MIDA (Malaysian Industrial Development Authority) Ms Joy Grace Rayappan menerangkan bantuan dari MIDA iaitu Services Sector Capacity Development Fund (SSCDF). Ia berbentuk grant bantuan kewangan yang tidak perlu dibayar balik sejumlah rm 50 juta. Sejumlah rm 500,000 boleh dipohon untuk apa-apa program bertujuan meningkat kemahiran professional dalam menghadapi proses liberasasi ini. Malangnya tiada permohonan diterima dari Terengganu. Chairmen ada bertanya samada MIDA ada peruntukan jika Terengganu Bar ingin membuat lawatan sambil belajar berkenaan sistem perundangan di Melbourne, Victoria, Australia. Tetapi Ms Joy menyatakan tiada.
Sesi sebelum minum pagi ditutup oleh wakil MITI En Shukrie Bin Mohamah Daud, Director of Services Development Division, Ministry of International Trade & Industry. Beliau menerangkan rancangan liberasasi kerajaan iaitu kini 27 sektor, menjelang 2012 lebih luas dan menjelang 2015 seluruh ASEAN akan dibuka. Kerajaan komited meneruskan meneruskan proses ini demi menarik pelaburan asing dari luar. Kerajaan beranggapan kita perlu buka pasaran kita demi mengekalkan daya saing negara.
Selepas sesi minum pagi, seminar diteruskan oleh En Shahrin bin Abdullah dari MIDF. Beliau menerangkan pinjaman-pinjaman yang diberikan oleh MIDF.
Wakil SMIDEC Negeri Terengganu En Farid bin Awang menerangkan pelbagai program dan insentif yang diberikan oleh kerajaan Negeri Terengganu untuk usahawan kecil dan sederhana di Terengganu.
Akhir sekali wakil SME Bank, En Zaymy bin ahyar (pengurus cawangan Terengganu), menerangkan bentuk-bentuk pinjaman yang disediakan serta proses permohonan yang perlu dilakukan.
Sesi soal jawab diadakan selepas itu yang mana peserta telah bertanya kemusykilan mereka. Seminar diakhiri dengan pemberian cenderahati pada para speaker. Kesemua peserta telah dijemput makan tengahari.
Sesi soal jawab diadakan selepas itu yang mana peserta telah bertanya kemusykilan mereka. Seminar diakhiri dengan pemberian cenderahati pada para speaker. Kesemua peserta telah dijemput makan tengahari.
Akhirnya, setiap peserta diberikan sijil penyertaan. Sesiapa yang belum mendapat akan dikirim melalui pos, sekiranya ada masalah harap dapat berhubung dengan Jawatankuasa.
Sekian.
No comments:
Post a Comment