Monday, August 3, 2009

KURSUS KEMAHIRAN KOMPUTER UNTUK PEGUAM TERENGGANU

En. Mat Yusop sedang berbincang dengan Bill Gates berkenaan cara-cara betul membuka e-mail sambil diperhatikan oleh Chairman, Cik Atifah dan Shifu En. Hayat.



Kesemua peserta tekun mendengar penerangan dari En. Mat Yusop yang telah expert berkenaan sistem komputer.



Kesemua peserta amat berterimakasih atas pengajaran serta bantuan dari En. Hayat, staff serta Ros dan Munirah.


Salam,

Jawatankuasa peguam Negeri Terengganu telah menganjurkan suatu kursus melatih kemahiran menggunakan komputer kepada ahli-ahlinya pada 17 Jun 2009 yang lepas. Waktu latihan bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.

Tenaga pengajar terdiri dapada En Hayat serta kakitangannya dan dibantu oleh kakitangan Pusat bantuan guaman iaitu Ros dan Munirah. Terdapat lima peguam yang belajar dan menunggu hingga ke akhir. Peguam-peguam lain yang celek IT seperti En Saifudin telah balik awal. Peguam yang tinggal Pn Norizai, Pn Napisah, Pn Salina, En Mat Yusop dan En Amirruddin.

Setiap peserta telah berjaya membuat E-mail sendiri, serta berjaya memahami sistem e-mail, internet, laman web dan asas komputer terkini. Pemasangan WIFI di bilik Bar Room telah berjaya dimanfaat sepenuhnya dengan semua pihak berjaya connect dengan sistem WIFI tersebut. Peserta juga telah belajar untuk connect dan ini memudahkan mereka berbuat demikian di tempat-tempat lain yang ada WIFI di Terengganu ini kelak.

Kursus peringkat kedua telah dirancang yang mana menurut En Hayat pengerusi IT jawatankuasa Terengganubar akan memfokuskan penggunaan Yahoo Messenger atau skype bagi membolehkan ahli-ahli menghubungi "chat" antara satu sama lain menggunakan webcam. Ini amat menjimatkan kerana berapa jauhpun jarak ahli tetapi kos penggunaan amat rendah.

Oleh itu Pihak Jawatankuasa AMAT-AMAT berharap agar penyertaan yang menggalakkan dari ahli untuk kursus yang akan datang serta penglibatan ahli-ahli dalam BLOG KITA. Beri la sumbangan artikel, matlumat terkini atau sekurang-kurangnya komen-komen bernas bagi setiap aktiviti kita. Meriahkan la BLOG KITA kerana ia milik kita bersama.

Wartawan tak rasmi. (maaf atas lewat melapor)

3 comments:

Anonymous said...

bagus2,,,ada kemajuan.

MB said...

HAYAT TURUN BANYAK SANGAT ILMU KE MAT USOP.HINGGAKAN LA NIE BILA SEBUT JE PASAL KOMPUTER MAT USOP TERUS MINTA DIRI.INSAALLAH SAYA AKAN SERTAI KURSUS FASA KEDUA.KALI PERTAMA TAK SEMPAT SEBAB PERGI MELANCONG

pokmatsarang said...

WAH HEBAT CANGGIH LOYAR TENGGANU, PATUT LA PRESIDENG OBAMA SURUH DUTA AMERIKA JUMPA LOYAR TENGGANU, RUPE PAKAR IT BILL GATES KAWANG BAIK EN MAT USOP, DALAM SENYAP RUPENYA BERISI, PENUH DIDADA. KALAU GINI GAMOKNYA, KEHEBATANG LOYAR TENGGANU DOK DANG UJUNG TAHUNG TUTUP SIBERJAYA, DOK LEH CARI MAKANG BILL GATES. HUUUUU.......