Monday, February 21, 2011

(FEB) HARUN HASHIM CONSULTATION COMPETITION 2011

Gambar gambar Pertandingan Consultation di UniSza.



Breakfast untuk para hakim sebelum memulakan tugas....untuk tenaga



Kerajinan S/U Trgbar terserlah..... baru sampai dari KL tu, semua bersemangat membantu..



Hakim wanita teliti dan berpengalaman...


Hakim menanti syed, baju kot ready dalam kete, Hj tar, bidi, faisal ready, yasin baru balik dari Indonesia sudi menjadi hakim...err tengah study tu


Err gayer ada doh tuu untuk jadi YAA hakim mahkamah persekutuan... besor badge JUDGE tuu...


Sebijik ger hakim Mahkamah persekutuan bersidang....dari kanan, En Anuwar, En Aziz, En Haidi,dan Hj Mang...




Kumpulan hakim sedang mentelaah persoalan yang diterima... fasiliti FUHA UniSza cukup canggih...


Haji saifudin mengeluar air mata terharu melihat kerjasama hakim-hakim TrgBar...tekun dan berdedikasi... terlihat faisal dan chief hadi...


Bergambar kenangan .... terlihat kesatuan dan persefahaman jitu antara
brothers of Judges...


Selepas menyelesaikan tugasan... majlis penyerahan cenderahati....di gambar Dekan FUHA dan En Zabidi..
Gambar penuh sila rujuk FB Trgbar kita...


Makan tengahari selepas habis saringan peringkat pertama... berselera masing masing...lega dah tunai tanggungjawab....


Makanan dan lauk sedap ditempah istimewa oleh Tuan Dekan... digambar Badrol, Che Dah, Hj Mang...


Sesi petang dimulai dengan taklimat oleh En Belteshazzar kepada 3 hakim final diperhatikan oleh Dekan.. dan Puan S/U yang hadir sama..


Dif Utama mengambil tempat dari kiri Dekan En Fuad, Y.bhg Dato' Wan Mutalib, YA Dato' Yazid, Chairman dan En Badrol...


Perbincangan akhir sebelum pemberian hadiah... tenang diluar dewan... err berdebar bergelora di dalam dewan...



kelihatan Y.bhg Dato' Wan Mutalib bersedia dengan komen ketua juri....



Chairman selaku penganjur bersama menyerahkan sijil penyertaan pada wakil IPTA yang hadir kelihatan wakil UITM...




Hakim hakim finalis menerima cenderahati masing masing....



YA Dato' Mohd Yazid bin Mustafa menyampaikan ucapan serta mengumumkan pemenang pertandingan...





Pemenang Utama peserta dari Universiti Utara Malaysia huuh Tersenyum sampai telinga...cukup teruja dan Gumbira... bakal ke US nii..

Tempat kedua... Universiti tersohor Universiti Malaya... bagus doh cuma better luck next time....ok

Pada 19hb Februari 2011 yang lalu, Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Sultan Zainal Abidin dengan kerjasama Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu telah menganjurkan suatu pertandingan iaitu Tan Sri Harun M. Hashim National Client Consultation Competition 2011. Bertempat di Bangunan Akademik bagi pusingan saringan dan Dewan Syarahan Utama bagi Pusingan Akhir, kedua-duanya di dalam kampus UniSza. Majlis bermula jam 8 pagi hingga 12.30tengahari bagi pusingan saringan dan jam 3 hingga 5.30 bagi pusingan akhir.
Pertandingan ini telah disertai oleh semua universiti tempatan yang mengadakan kursus perundangan antaranya iaitu UM, UKM, UITM, UUM, UNISZA,UIA dan USIM. Pertandingan peringkat nasional ini diadakan setiap tahun dan tahun ini Unisza telah terpilih. Penaung Program Dekan FUHA En Mohd Fuad bin Husaini, Pengarah En. Belteshazzar in Abdul Rashid serta Pengelola En. Mohd Badrol bin Awang. Kerjasama Jawatankuasa Peguam Terengganu telah diminta untuk menjemput ahli-ahli menjadi Hakim bagi Pertandingan ini.

Ahli bersetuju menjadi Hakim :-

1. Tuan Haji Asmadi bin Awang

2. Tuan Haji Othman bin Bakar

3. Puan Hajjah Faridah binti Yusoff

4. En. Anuwar bin Mohd

5. Tuan Haji Mukhtar bin Abdullah

6. Tuan Haji Saiffuddin bin Othman

7. En. Mazlan bin Md. Zin

8. En Mohd Zabidi bin Yusoff

9. En Aziz bin Muda

10. En Abdul Hadi bin Ahmad

11. Puan Rosnah binti Zakaria

12. Cik Ghasidah binti Jusoh

13. En. Wan Mohd Haidi bin Wan Jusoh

14. En Abdullah bin Muhammad

15. En Ahmad Faisal bin Yunus

16. Cik Norhayati binti Mat Shah

17. Cik Rohayati bin Sidik

18. Cik Hasnayati binti Hj Yaacob

19. Cik Juna binti Jusoh

20. Puan Amalina binti Abdul Ghani

21. En Yasin Aminuddin bin Anuar

Hakim Menanti :-

1. Puan Salwa Mansor

2. En. Syed Ahmad Shahabudin bin Syed Nong Mohamad

3. En Mohd Hisham bin Hashim

Pertandingan akhir telah diadili oleh :-

1. Y.A Dato' Mohd Yazid bin Mustafa (Hakim Mahkamah Tinggi Negeri Terengganu)

2. Y.Bhg Dato' Wan Abdul Mutalib bin Embong (Peguam Kanan Negeri Terengganu)

3. En Amirruddin bin Abu Bakar (Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu)

Kesemua peserta mengalami 2 saringan peringkat awal disebelah pagi serta 2 pasukan ke peringkat akhir diwaktu petang. Pertandingan ini telah dimenangi oleh peserta dari Universiti Utara Malaysia mengatasi peserta dari Universiti Malaya. Pemenang akan mewakili Malaysia ke Louis M Brown International Client Counseling Competition di University of Nevada, Las Vegas, Amerika Syarikat.

Majlis berakhir dengan upacara penyampaian hadiah serta komen oleh pengadil Y.A Dato' Yazid dan Y.bhg Dato' Wan Mutalib. Ribuan terima kasih diucapkan atas segala bantuan serta sokongan oleh semua peguam Negeri Terengganu yang membantu menjayakan program UniSza ini

No comments: