Monday, January 24, 2011

(DECEMBER) MAJLIS FAREWELL Y.A DATO' RAHIM UDA DAN TUAN ZULKIFLY

Pada 21 Disember 2010 yang lalu bertempat di dewan Utama tingkat 3, Hotel Tanjung Vista, kuala Terengganu telah diadakan Majlis Makan tengahari perpisahan untuk Y.A Dato' Abdul Rahim Uda hakim mahkamah Negeri Terengganu serta Pengarah Mahkamah Terengganu Tuan Che Mohamad Zulkifly.
Y.A Dato' Rahim telah bertukar ke mahkamah Tinggi Shah Alam serta Tuan Zulkifly telah bertukar ke Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur. Kekosongan mereka ini telah diisi oleh Y.A Dato' Mohd Yazid serta Pengarah baru Tuan Zainal.
Majlis makan tengahari ini telah bermula pada jam 1 tengahari serta berakhir jam 2.30 petang.
Sambutan amat mengalakkan dari peguam-peguam Terengganu hampir 80 peguam yang hadir meraikan majlis ini. Terima kasih.


AJK penyambut tetamu dari kiri Saipul, Rohayati, Syed serta Chairman err setia menunggu....

Ketibaan Y.A Dato' Rahim tepat jam 1 tengahari, menggambarkan kehebatan beliau yang menghargai masa...

Peguam peguam yang menunggu di pintu dewan, terlihat En Mat Yusuff menyingsing lengan baju bersedia menghadapi apa cabaran..

Huzir bersalaman dengan Y.A diperhatikan oleh senior Lawyer Dato' Wan Muttalib, Dato' Zamani, Haji Mang serta En. Nuar....
Setia menunggu, err azuha sedondon tudung dengan ros...

Persatuan senior Women loyer Trg, dari kanan Che Dah, Comi, Tipah serta Eja...

Terlalu Tekun mendengar ucapan Y.A Dato' serta ucapan Tuan Zul.....err azran sampai dok sedor letak jari kat mulut ...

Tersenyum belaka puok2 comel ni....bak per dok tau.. sementara wahida tunjuk isyarat 2 jari...err maksud nok makan 2 pinggan tuu...

Group belakang sok mo...ternganga mat sang dengor ucapan terharu serta ikhlas dari kedua dua hakim... dalam tu dang lagi ber sms ajis dan saipul tanya offer nok settle kes..... KPI beb..

Juna bergaya ayu posing bergambar..seme khusyuk mendengar ucapan yang dibuat...

Y.A Dato' Abdul Rahim bin Uda menyampaikan ucapan penuh ikhlas serta kegembiraan ketika berkhidmat di Terengganu....

Tuan Pengarah Tuan Zul memuji peguam-peguam Terengganu 'mudah kire' serta berasa bertuah dapat berkhidmat di Negerinya sendiri setelah lama berkhidmat di negeri orang...

Keakraban hubungan TrgBar dengan Y.A Dato' terserlah...begitu ceria kedua dua pihak...

Cenderahati dari peguam-peguam Trg Bar, terharu serta bangga Tuan Zul atas penghargaan ini...

Tetamu Utama ditemani makan oleh Dato' wan Mutalib, Dato' Zamani serta Dato Isaac...

Acara yang ditunggu tunggu.... jamuan makan huhh pelbagai jenis lauk pauk disediakan....

Sambil makan sempat melobi, Rohayati nak trgbar ke New Zeland, Samila nak ke Afrika Selatan sementara Sarini merancang nak ke Russia...

Group Lelaki Macho....senior tetapi bukan veteran...menemani Tuan M makan termasuk wakil Negeri 9 Mr Dass disebelah Mr Teo....

Menyenggeng kekenyangan, dari kanan Zabidi, haidi, Haris serta pakar baca doa Trgbar Zubir....

Gambar kenang kenangan semua peguam lelaki Trg Bar bersama Y.A Dato' Rahim serta Tuan Zul....

Gambar bersama Peguam Wanita, pendaftar Mahkamah serta Tetamu khas majlis...





Gambar panoramic sweep '3D' oleh kamera ajaib Chairman...

Salam perpisahan antara Y.A Dato' dengan semua peguam Terengganu yang hadir ... kelihatan Dato' Wan Mutalib, saipul serta anuwar...


Gambar kenangan dari kiri shukri, asmadi, Tuan Zul, Chairman, Tuan M serta syukri alphard....

No comments: