Monday, December 21, 2009

LAPORAN KLINIK KESEDARAN UNDANG-UNDANG DAN KHIDMAT NASIHAT DI TAMAN PERMINT JAYA CHENDERING

Pada 19hb Disember 2009, bertempat di Pusat Kegiatan Belia 4B Taman Permint Jaya Chendering, Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam Terengganu dengan kerjasama Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu telah mengadakan Klinik Kesedaran Undang-undang dan Khidmat Nasihat kepada semua penduduk di sekitar Taman Permint Jaya. Program tersebut adalah sebahagian daripada Klinik Projek tahunan LAC.


" Sesi pendaftaran kehadiran"
Tujuan program ini di adakan adalah untuk memberikan khidmat nasihat guaman secara percuma kepada penduduk setempat khasnya dan penduduk berhampiran Taman Permint Jaya khasnya.Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk dan juga peguam-peguam dengan kehadiran lebih kurang 100 orang.

" Ucapan penerangan tentang LAC oleh Pengerusi Pusat Bantuan Guaman"


Majlis tersebut dimulakan pada pukul 9.30 pagi dengan ucapan alu-aluan dan pengenalan tentang Pusat Bantuan Guaman oleh Pengerusi Pusat Bantuan dan Pengerusi Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu. Selepas ucapan pengenalan tentang LAC, ketibaan Yang Berbahagia Dato' Wan Ahmad Farid Bin Dato' Haji Wan Salleh selaku perasmi majlis tiba pada jam 10.30 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat seterusnya ucapan dari Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Kampung iaitu Tuan Hj. Hairun Bin Yasar. Majlis tersebut diteruskan dengan ucapan Pengerusi Pusat Bantuan Guaman iaitu En. Anuwar Bin Mohd dan seterusnya ucapan dan perasmian majlis dari YB. Dato' Wan Ahmad Farid Bin Dato' Hj. Wan Salleh iaitu Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Terengganu.



"Ucapan dan perasmian majlis oleh YB. Dato' Wan Ahmad Farid"

"Dif-Dif Kehormat"
Selesai majlis perasmian, kaunter-kaunter pertanyaan dibuka kepada semua hadirin yang mempunyai masalah atau pertanyaan berkaitan undang-undang. Sebanyak 4 kaunter dibuka iaitu, Syariah, Sivil, Jenayah dan Umum. Kebanyakan masalah yang diajukan berkisar tentang masalah pembahagian harta pusaka dan hibah, cara pengambilan anak angkat, saman, proses penceraian, hak jagaan anak, kemalangan jalanraya, penangkapan dan ikat jamin, jual beli tanah, cara untuk melantik peguam dan lain-lain lagi. Penduduk yang hadir juga dapat mengetahui perbezaan Pusat Bantuan Guaman dengan Biro Bantuan Guaman melalui penerangan yang diberikan oleh Pengerusi LAC. Mereka menganggap kedua-dua badan tersebut adalah sama.

"Kaunter pertanyaan & khidmat nasihat dibuka"

Program ini dapat memberikan kesedaran undang-undang kepada penduduk sekitar selain dapat mengeratkan hubungan di antara penduduk kampung dengan peguam-peguam. Di samping itu, ianya dapat mewujudkan lebih ramai peguam-peguam sukarela yang dapat memberikan khidmat nasihat secara percuma. Kami berharap program seperti ini dapat diterus pada masa akan datang dengan kehadiran lebih ramai Peguam sukarela dan Pelatih Dalam Kamar memberikan khidmat sosial kepada masyarakat.

"Pelatih Dalam Kamar di kaunter pendaftaran"



"Loyar-loyar Kabir"
" Peguam-peguam bergambar bersama JKKK Taman Permint Jaya Chendering"
Sekian, terima kasih.

4 comments:

TH44 said...

Sapa wak jahat ni. Ade ke Wan Farid dia letak "YB". Jangan ggitu boh. Kene bbetul smula.

Anyhow tahniah kepada TRG BAR. Semoga terus memberi khidmat.

Anonymous said...

TU 4364 SAID,

Lac terkhilaf kot, Y.B tu tertinggal Y.BHG. yang berbahagia, hg tinggal agok ambe, TAPI ORANG POLITIK NI MEMANG BAHAGIA SUNGGUH KALAU DAPAT MIKROPONG 2-3 JAM DOK PER GAMOKNYE HE HEHE... DOK CAYE TANYA MANG BAKOR...

Anonymous said...

sape2 yang kenal peguam yang boleh dijadikan sebagai peguam bela di trg x sila hubungi saya mohd khalid di 0129461050

Anonymous said...

salam
ade sesapa tau no tel trgbar?
@ sesapa yang tau peguam bela? (bg bela kes kena nayer dengan polis)
sila hubungi saya dgn segera
asri 0175066762