Wednesday, November 25, 2009

SEKADAR BERKONGSI PENGALAMAN DARI MELBOURNE

Salam kepada semua rakan-rakan sahabat di Malaysia.

Alhamdulillah, setakat terkini nampaknya cuaca masih lagi terkawal, taklah panas sangat...cuma mencecah 33 degree celcius. Banyak aktiviti dijalankan oleh majlis perbandaran disini untuk penduduk setempat, umpamanya pesta, ekspo,klinik sukan, dan lain-lain secara percuma.


Apabila musim panas tiba kerajaan akan menawarkan penukaran kepala shower baru secara percuma untuk semua penduduk bagi menjimatkan penggunaan air. Pemasangan peralatan untuk mengurangkan kepanasan dalam rumah secara percuma bernilai AU1600 juga diberikan percuma kepada setiap rumah. Penukaran mentol lampu yang menjimatkan letrik juga diberikan secara percuma. Saya menukar 22 mentol lampu yang bernilai lebihkurang AU200.


Untuk pelajar Universiti, akhbar dijual pada harga AU30 untuk setahun langganan termasuk penghantaran percuma ke pintu rumah pada hari sabtu dan ahad. Penganggur dan semua warga tua 65 tahun keatas diberikan elaun AU900 sebulan. Pembeli rumah kali pertama diberikan AU20,000 untuk menampung sebahagian kos pembelian.Disini banyak kebajikan/ perkhidmatan percuma dari kerajaan dapat kami nikmati. Apatah lagi kalau warganegara Australia sendiri.


Minggu lepas saya membeli sebuah kereta. Amat memeranjatkan, proses menukar nama pemilik hanya memakan masa tidak sampai 5 minit. saya hanya perlu mengemukakan paspot dan resit belian.segala urusan fotostat dilakukakn percuma oleh Vicroad(JPJ lah tu). Kalaulah di malaysia sistem yang efisyen sebegitu dapat dilaksanakan tentu rakyat akan menghargainya. Begitu juga perkhidmatan di jabatan kerajaan atau swasta, sangat efisyen, penuh dengan senyuman dan mengambil masa yang pendek.Jadi, kepada rakan-rakan disana, pastikan anda melawat Melbourne ya..saya sedia membantu semampunya disini.


Tapi Malaysia tetap dihatiku...salam dari Melbourne.


Coretan: Sallehudin H.

1 comment:

Terengganu Bar said...

KAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT
KAJANG SAYA MENGKUANG LAYU
BILA TERINGAT GENG GENG SETEMPAT
MAKAN NASI DAGANG RASE TAK LALU

HU HU HU.... SEDIHH.. RINDUU...