Sunday, May 24, 2009

KUNJUNGAN HORMAT & RAMAH MESRA KE ATAS KETUA POLIS NEGERI TERENGGANU







Ketua Polis Negeri Terengganu, Datuk Mohd Shukri bin Dahlan telah bersetuju untuk menerima kunjungan hormat dari pihak Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.Perjumpaan tersebut telah diadakan di pada 23 April 2009 di IPK Terengganu, Polis Diraja Malaysia.

Perjumpaan tersebut telah dihadiri oleh ketua-ketua jabatan seperti Ketua Jabatan Narkotik, Jenayah Berat, Jenayah Komersial dan lain-lain lagi. Pihak Jawatankuasa telah menimbulkan isu-isu berbangkit seperti kelewatan memproses laporan polis yang mengambil masa begitu lama. Pihak Polis berjanji untuk mengatasi permasalahan yang ditimbulkan oleh pihak Jawatankuasa Peguam.

Disamping itu, pihak Polis juga memaklumkan bahawa sekumpulan pegawai-pegawai pengurusan baru yang berkelayakan akan mula bertugas mulai bulan Jun ini. Pihak polis juga akan mempertimbangkan penubuhan suatu jawatankuasa bersama bagi penyelesaian masalah di peringkat Negeri ataupun melalui Ketua Polis Daerah. Pihak Polis juga bersedia untuk bekerjasama dengan pihak Terengganu Bar untuk menjayakan aktiviti-aktiviti sukan dan lain-lain lagi. Satu pertandingan boling diantara KPN dan Ketua-ketua Jabatannya bersama dengan Ahli Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu dicadangkan untuk mengeratkan lagi hubungan dua-hala diantara kedua-dua pihak. Kami berharap kerjasama yang dijalinkan ini akan terus berjalan dengan baik hingga ke masa hadapan.

No comments: