Pihak Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Makan Malam sempena Mesyuarat Agung Tahunan ke 28 dan meraikan Yang Arif Dato' Abdul Rahim Bin Uda Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang baru.
Kesemua ahli-ahli Terengganu bar telah dijemput hadir. Turut hadir pada malam tersebut ialah Y.B Penasihat Undang-undang Negeri Terengganu, Ketua Unit Pendakwaan Negeri Terengganu, Tuan M. Khalid, Hakim mahkamah Sesyen Kuala Terengganu dan Tuan Azman, Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Terengganu. Seramai 80 orang telah hadir di Majlis tersebut. Majlis bermula dengan kehadiran para peguam jam 8 malam menunggu beramai-ramai menyambut Y.A Dato' dan isteri yang hadir tepat jam 8.30 malam. Kesemua ahli-ahli peguam Terengganu telah mengiringi Y.A Dato' ke tingkat 12 Puncak Gamelan, Hotel Primula tempat berlangsungnya Majlis Makan Malam tersebut.
Chairman Terengganu bar telah memulakan acara dengan mengalu-alukan kehadiran para peguam disamping mengucapkan penghargaan bagi ahli jawatankuasa peguam sesi 2009/10 yang lepas dan tahniah bagi jawatankuasa peguam sesi 2010/11 yang baru dilantik. Seterusnya Chairman telah menjemput Y.A Dato' untuk memberi sepatah dua kata. Yang Arif Dato' Abdul Rahim telah sudi menyampaikan ucapan dan menyatakan kegembiraanya dapat berkhidmat di Negeri Terengganu. Jamuan dihidangkan dan majlis bermula. Majlis telah berakhir jam 11.00 malam. Kesemua pihak berasa amat gembira dan berharap majlis mesra sebegini dapat diteruskan di masa-masa akan datang dalam merapatkan hubungan antara mahkamah, peguam, pendakwa raya dan pejabat penasihat undang-undang negeri.
Sekian, untuk makluman gambar-gambar sepenuhnya AGM dan Dinner akan dimuat turun ke dalam Face book terengganu bar sedikit masa lagi.







