Wednesday, February 24, 2010

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TERENGGANU BAR KE 28

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,







Pada 17hb Februari 2010, bertempat di Dewan Teater, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu telah berlangsung mesyuarat Agung Tahunan ke 28 Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu. Majlis sepatutnya bermula jam 3.00 petang telah dimulakan jam 3.40 petang apabila 60 orang ahli-ahli telah hadir. Korum yang perlu dipenuhi hanya 13 orang tetapi sambutan menggalakkan apabila jam 3.10 petang lagi korum telah dipenuhi. 2 ahli pertama yang hadir ialah Dato' Victor Isaac dan Tuan Haji Zamani Mohamad. Ketiga-tiga pelatih dalam kamar telah hadir awal membantu Setiausaha yang bekerja keras untuk menjayakan serta memastikan semua berjalan dengan lancar. Ahli-ahli telah mendaftar dengan selesa dan teratur lancar.


Mesyuarat bermula jam 3.40 petang dengan pengerusi majlis merangkap Chairman mengalu-alukan ahli-ahli yang hadir serta memulakan mesyuarat dengan membentangkan laporan minit mesyuarat yang lalu dan laporan kewangan (audited report) sesi 2009/10. Terdapat lebihan kewangan akibat polisi belanja berhemat commitee 2009/10 yang mana ahli-ahli memohon agar budget dapat dibelanja dengan lebih bermanfaat tahun ni agar program-program lebih banyak dapat dilaksanakan. Permintaan juga dibuat untuk khairat kematian ahli-ahli dapat dibuat menggunakan budget Terengganu Bar yang mana ini akan di buat oleh Commitee yang baru. Kedua-dua Laporan telah dilulus oleh mesyuarat.




Pemilihan untuk jawatan Chairman, Setiausaha dan wakil Bar telah dimenangi tanpa bertanding oleh En Amirruddin Abu Bakar, Pn Salwa Mansor dan Tn Hj Mukhtar Abdullah. Bagi jawatan Commitee terdapat pertandingan hebat di pemilihan tahun ini. Hampir 1/3 dari yang hadir iaitu 20 telah dicalonkan 3 menolak dan 17 telah bertanding untuk 10 kekosongan yang ada. Walaubagaimanapun pemilihan lebih bersifat kekeluargaan dengan kemesraan antara ahli-ahli. Pengundian dijalankan secara sulit melalui kertas undi dan mengambil sedikit masa kerana calon-calon yang ramai. Akhirnya jam 5 Petang, Chairman telah mengumumkan ahli-ahli yang terpilih
untuk memikul tanggungjawab sebagai commitee 2010/11 Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu. Mesyuarat telah di tangguhkan serta ahli-ahli dijemput untuk jamuan ringan di Foyer library. Chairman juga mengingatkan ahli-ahli agar mengambil poket kalendar yang disediakan serta menjemput ahli untuk hadir ke Dinner di Primula (puncak gemilang) diwaktu malam nanti.





Tenaga kerja pelatih dalam kamar diketuai S/U Pn Salwa Mansor, bersedia dengan penuh semangat untuk mengendalikan mesyuarat agung tahunan kali ini.




Ahli-ahli mendaftar, Hayat dan Nadia tersenyum ria, Ubai mengeluarkan kad library untuk mendaftar dan lebih mengejutkan Nuar mengeluarkan pasport Indonesia, bila ditanya bila tukar kerakyatan ooopps sori terambik pasport maid dia....




Kesemua teruja untuk mengundi, dari kiri amelina, zubir, jailani dan hakmawati.




Terlalu gumbira, rosnah dengan gaya artis popular, mukhtar senyum kerana menang tanpa bertanding, marina dan S/u yang dipaksa sebulat suara oleh mesyuarat untuk kekal jadi S/U.




Sukeri msm mengetuai daftar diikuti norizan, norizai, sarini, waheeda dan fatin. Semua sepakat menjalankan tanggungjawab sebagai ahli.




Semua sedang membaca laporan minit dan audit bersedia untuk menyoal pengerusi dan setiausaha. Di ketuai anuwar, matsan, sukri (TGS), Sukri, ubai, hadi,azran, zubir, zamri, mat ya dan yusriman




Group veteran Terengganu bar yang makin menguncup dan mengecil dalam gambar, sukeri, saipudin, hj zamani, othman, mukhtar dan syed ahmad.





Sebelum pemilihan bermula, group wanita sibuk berkempen di saat-saat akhir, semua sangat teruja untuk jadi commitee bukan ape sebab dengar committee plan nak ke Bangkok gi shopping....



Chairman dok berceramah pasal ahli-ahli perlu sertai semua program, membaca blog Terengganu bar untuk maklumat terkini dan perlu ada facebook link dengan facebook Terengganu bar, boringnya ahli-ahli mendengar.........




Berbual menunggu keputusan pemilihan, sukeri msm berkempen untuk adakan kelab berbasikal lasak, hj mang mb menunjukkan betapa selesanya duduk di dalam van sewaktu ke bangkok baru-baru ni, slogan terbaru, gi shopping bangkok lagi bohh....




BERDEBAR-DEBAR err tapi bukan pasal pemilihan, faisal menunggu kelahiran sunshinenya, sukri (ts) terbayang duduk di shangrila china, sukri bila nok tukor kereta baru, ubai berape ekor member nok gerban tahung nii, zubir nok beli set golf baru, jailani tak moh pikior, nuar bincang dengan soleh untuk acara peribadi bile di ostolia kelak, boleh katakan pelbagai perancangan ada dalam pemikiran member Terengganu bar.....wah hebat-hebat belake





Corespondance Terengganu bar di Australia, sallehudin 'Hogan' harun balik ke tanah air semata-mata kerana AGM tahun ni. Membawa kamera untuk gambor dakwanya untuk dilaporkan kepada ABC (Australia Broadcasting Corporation), wah canggih canggih sementara haidi masih termenung merancang untuk ke Thailand bagi trip ke dua.






Tenang menunggu, rohayati rilek menunggu dengan hasnayati, sementara zurina berkata pada aida errr pemilihan puteri umno dok ambil masa lama gini, ramai sungguh tanding.




Waktu makan selepas AGM semua ceria, makanan best suasana santai.





Huhh jelitawan Terengganu bar, inila bakal-bakal barisan kepimpinan Terengganu bar di masa hadapan. Bak kata hayat, aauum auum.....




Zamri bos baru lac, zubir bakal ganti tiger wood yang pencen, azran bakal driver di australia, mat ya yang ada al quran the miracle.... but why why shifu hayat makan seseorang kat belakang nung... err tahung rima kena ganas sikit shifuu.....




Group ke australia berbincang lepas agm, soleh memberi penerangan serta risalah terkini macam wakil travel agent pulak, beliau akan berbincang dengan victoria bar dan victoria supreme court berkenaan lawatan sambil belajar Terengganu bar ini agar program dapat diselaraskan dengan pihak-pihak di australia.




Peserta membaca risalah terkini, Solah terangkan bulan mei musim sejuk jangan ada yang pakai T shirt atau selipar keluar rumah dah karang bekukan....




Saipul wakil setia dari dungun hadir sentiasa waktu agm, dinner serta family day. Anuar cool lepas makan terasa dapat alas perut....lega.




Generasi baru pakar-pakar IT Terengganu bar, semua expert bermain pet society err wani berbisik kat juna bagi la dia gift boleh main same-same...




Dua sahabat geng 'old skool', hj mang mb serta chairman.... lega nampok muka chairman habis AGM, eerrrr selesai satu perkara lepas ni time buat kerja pulok haaaa....



SENARAI NAMA DAN PORTFOLIO AHLI JAWATANKUASA PEGUAM NEGERI TERENGGANU SESI 2010/11. MESYUARAT PERTAMA PADA 22HB FEB 2010 TUGASAN TELAH DIBAHAGIKAN SEPERTI BERIKUT :



CHAIRMAN : EN. AMIRRUDDIN BIN ABU BAKAR (COURT LIAISON)

SETIAUSAHA : PN. SALWA BINTI MANSOR

WAKIL MAJLIS PEGUAM : EN. MUKHTAR BIN ABDULLAH (SYARIAH)


AJK-AJK :


1. EN. UBAIDILLAH BIN DATO' HJ AWANG (CIVIL)

2. EN. ZAMRI BIN MD JAIL (LAC)

3. EN. ASMADI BIN HJ AWANG (CONVEYANCING)

4. EN. ABDUL HADI BIN AHMAD @ MOHAMED (CONVEYANCING)

5. EN. HISHAM BIN HASHIM (CRIMINAL)

6. EN. WAN FAIZ BIN WAN ABDULLAH (SPORT & RECREATION)

7. EN. AZRAII BIN MAT YUSOFF (SPORT & RECREATION)

8. PN. ROSNAH BINTI ZAKARIA (PSDC)

9. CIK JUNA BINTI JUSOH (SPECIAL TASK)

10. CIK ROHAYATI BINTI SIDIK (SYARIAH/BAR ROOM & LIBRARY)


YOUNG LAWYER :


EN. HAYYATUDDIN BIN MUHAMAD (IT : KOMPUTER & INTERNET EDUCATION)

CIK NURUL WAHIDA BINTI WAHID (IT : HEAD EDITOR TERENGGANU BAR)


Sekian, harap maklum.

No comments: