Tuesday, February 16, 2010

FUTSAL TERENGGANU BAR MENGEGARKAN

Salam Sejahtera,

Bertempat di Uitm chendering, pada 4hb Februari yang lepas, pasukan Futsal Terengganu Bar telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Uitm. Terengganu Bar Team telah menunjukkan kecemerlangan bermain walaupun keputusan rasmi tidak diketahui akibat kekhilafan teknikal. Perlawanan bermula jam 5.30 dan tamat jam 6.45 petang. Kedua-dua belah pihak telah menunjukkan skil permainan yang menakjubkan seperti pemain peringkat negeri. Setelah tamat permainan pemain-pemain telah dijamu dengan mee dan mihun goreng yang ditaja oleh Hjh Faridah. Perlawanan perlawanan sebegini akan diteruskan di masa-masa akan datang bagi memantapkan lagi pasukan Terengganu Bar.



Penyokong-penyokong Terengganu Bar terdiri dari pelbagai peringkat umur dari yang kecil hingga besar, tak kira lelaki atau wanita semuanya peminat pasukan Futsal Terengganu Bar.



Pemain Terengganu Bar dari kiri, mat ya, sukri, azran, ubai, faiz dan zamri semuanya bergaya sambil menarik nafas bukan apa takut nampak boroi....



Mat sham dengan gayanya yang tersendiri, beliau mengaku sudah terlewat ke gelanggang futsal tetapi berjanji akan menyumbangkan seberapa banyak gol yang mungkin.




Pemain-pemain menunjukkan skil masing-masing




Ubai menunjukkan otot-otot betisnya sementara faisal sedang memakai sarung tangan ajaib yang didakwanya pasti tiang golnya dok bocor...

Badrol sedang menunjukkan skil dengan mengelecek 15 pemain uitm malangnya beliau "terlupa" untuk menjaringkan gol he he he...



Pemain Terengganu Bar begitu berstamina (err walaupun nampak pancit) masing-masing tak sabar-sabar untuk masuk gelanggang untuk bermain....




Hjh Faridah sedang mendukung baby, terima kasih sponsor mee dan meehon, terima kasih daun keladi lain kali beri la lagi....



Penjaga gol Uitm sentiasa menerima asakan pemain Terengganu Bar yang hebat-hebat belaka




Hj Mang selaku pengurus pasukan memulakan upacara menjamu selera diikuti dengan bergaya oleh pemain lain.





Nizam mengurut kaki sementara yang lain menjamu selera, err nampok sukri tengah gigit cermin matanya err lapor ke ??





Inila kehebatan sebenar Terengganu Bar, Faiz dan Azran menunjukkan sape boleh isi mee paling penuh dalam pinggan. Setelah penat bermain baru terasa lapar.

No comments: