Tuesday, February 16, 2010

MESYUARAT TERAKHIR JAWATANKUASA PEGUAM TERENGGANU SESI 2009/10

Salam Sejahtera,

Mesyuarat terakhir Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu sesi 2009/10 telah berlangsung di bar room pada 4hb. Februari 2010. Kesemua yang hadir berada dalam keadaan gumbira dan santai. Ini kerana meeting di adakan sebelum dan disambung selepas makan besar di dewan, hari tersebut juga kebetulan ada majlis "call to the bar" sdr Hazri dari Tetuan Zamani Mohamad.

Agenda hari tersebut menentukan semakan akhir untuk akaun 2009/10 serta aturcara mesyuarat agung tahunan yang bakal diadakan pada 17hb. Feb. 2010. Kesemua Committee begitu bertenaga mencurah bakti secara sukarela sepanjang tahun untuk aktiviti Terengganu Bar.


Sekalung penghargaan untuk semua Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu bagi sesi 2009/10 yang telah berkhidmat dengan cemerlang. Dan terimakasih buat semua ahli-ahli peguam Negeri Terengganu serta pihak-pihak yang menolong menjayakan setiap program yang dilaksanakan oleh Terengganu Bar. Semuga aktiviti-aktiviti di masa-masa datang akan mendapat sokongan, bantuan dan penyertaan dari semua pihak agar lebih berjaya.


Jawatankuasa sedang bermesyuarat, dari kiri En. Hadi, Cik Juna, Hjh Faridah serta S/U Pn Salwa.




Dari kanan, Tn Hj Zamani termenung panjang memikirkan cara-cara untuk meningkatkan prestasi Terengganu Bar, Hj Man mb sedang mengkaji dengan teliti akaun Terengganu Bar, setiap sen perlu dikira katanya serta S/U Pn Salwa memastikan setiap laporan AGM nanti tepat dan jitu.



Dari kanan, En Anuwar (Bos LAC), Cik Marina serta kapten sukan Mr Faiz sedang menyumbangkan idea.



Chairman Terengganu Bar 2009/10, berserta Committee sedang berbincang buat kali penghabisan sebelum pemilihan baru pada 17hb Feb 2010 kelak.


Gambar Senior Member Terengganu Bar berbincang :-

Tuan Hj Zamani serta jemputan khas En. Mat Yusuf sedang menyinsing lengan untuk berhujah.



En. Mat Yusuf mencadangkan agar Peguam Terengganu belajar main golf, Hj Zamani mendengar dengan tekun.




Karisma dan ketokohan kedua-dua tokoh teserlah apabila kedua-dua bersetuju agar tahun ni Terengganu Bar menganjurkan lebih banyak aktiviti riadah, baik kelab berbasikal, badminton, futsal, menyelam, menembak, berenang, berkuda dan pelbagai lagi agar peguam Terengganu senantiasa sihat dan cergas.




Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, En. Mat Yusuf menceritakan pada anakandanya Azraii, ketika di zaman kegemilangannya senarai Top Ten badminton Terengganu Bar kini sebelah mate dia dok pandang, anytime dia boleh challenge, whoo hidup Bohh...

Semoga di doakan aktiviti bagi sesi 2010/11 akan bertambah ceria dan meriah. TQ

No comments: