Tuesday, August 14, 2012

PEKELILING KETUA PENDAFTAR BIL. 4 TAHUN 2012: PELAKSANAAN PENGHAKIMAN (SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN)

Salinan Pekeliling tersebut boleh dilihat dengan cut & paste address di bawah:

http://www.scribd.com/doc/102827743?secret_password=1b5t8zv6gallslq66lbm



PEKELILING KETUA PENDAFTAR BIL. 4 TAHUN 2012
PELAKSANAAN PENGHAKIMAN
(SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bagi meningkatkan sistem penyampaian Mahkamah, bahagian pelaksanaan di Mahkamah juga memainkan peranan penting dalam membantu memastikan kelicinan pentadbiran terutamanya memastikan pelaksanaan penghakiman dijalankan. Terdapat isu-isu berbangkit yang menyebabkan proses pelaksanaan tidak dapat dijalankan secara berkesan terutamanya pelaksanaan yang melibatkan Saman Penghutang Penghakiman.

3. Beberapa masalah yang timbul berkaitan Pelaksanaan Saman Penghutang Penghakiman antara lainnya adalah sepertimana di bawah:

(i) Kekerapan penetapan tarikh sebutan kerana kegagalan penyerahan Saman Penghutang Penghakiman;

(ii) Jarak masa di antara satu tarikh sebutan dengan tarikh sebutan yang berikutnya;

(iii) Tiada tarikh sebutan ditetapkan walaupun waran tangkap telah dikeluarkan;

(iv) Kekerapan penetapan tarikh sebutan sementara menunggu Waran Tangkap dilaksanakan (executed); dan

(v) Kekerapan Notis Penghakiman difailkan di mahkamah walaupun keputusan pertama telah dibuat oleh Mahkamah.

4. Bagi mengatasi masalah ini dan untuk tujuan keseragaman, mahkamah hendaklah mengambilkira perkara-perkara di bawah:

(i) Menetapkan tarikh sebutan sebanyak tiga (3) kali sahaja sebelum saman tersebut dibatalkan atas alasan saman tidak dapat diserahkan;

(ii) Tempoh masa di antara satu tarikh sebutan dengan tarikh sebutan yang lain untuk keadaan (i) di atas adalah tidak melebihi (1) satu bulan melainkan terdapat alasan munasabah yang boleh dipertimbangkan;

(iii) Bagi kes-kes yang mana waran tangkap dipohon, mahkamah hendaklah menggunakan budibicara yang sewajarnya untuk menetapkan tarikh sebutan yang munasabah untuk memantau pelaksanaan waran tangkap;

(iv) Bagi kes-kes yang mana terdapat permohonan untuk lanjutan tempoh masa waran tangkap, Mahkamah hanya membenarkan permohonan tersebut jika terdapat alasan yang munasabah.

(v) Fail pelaksanaan dianggap tutup setelah keputusan pertama dibuat dan bicara Notis Penghakiman yang difailkan selepas keputusan pertama dibuat dan tidak perlu dimasukkan kedalam senarai Aging List bulanan yang dihantar ke Unit Statistik sebagai kes yang masih tunggak dan belum diselesaikan.

Arahan Amalan ini adalah berkuat kuasa mulai 10 Ogos 2012.

No comments: