Tuesday, August 14, 2012

PEKELILING KETUA PENDAFTAR BIL. 3 TAHUN 2012 : PELAKSANAAN PENGHAKIMAN (WRIT PENYITAAN DAN PENJUALAN)

Salinan Pekeliling tersebut boleh dilihat dengan cut & paste address di bawah:

http://www.scribd.com/doc/102791110?secret_password=2cml9udc8ff4k1kamuw2



PEKELILING KETUA PENDAFTAR BIL. 3 TAHUN 2012
PELAKSANAAN PENGHAKIMAN
(WRIT PENYITAAN DAN PENJUALAN)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bagi meningkatkan sistem penyampaian Mahkamah, bahagian pelaksanaan di Mahkamah juga memainkan peranan penting dalam membantu memastikan kelicinan pentadbiran terutamanya memastikan pelaksanaan penghakiman dijalankan. Terdapat isu-isu berbangkit yang menyebabkan proses pelaksanaan tidak dapat dijalankan secara berkesan terutamanya pelaksanaan yang melibatkan Writ Penyitaan dan Penjualan.

3. Di dalam melaksanakan Writ Penyitaan dan Penjualan, telah dikenal pasti beberapa masalah yang mengganggu proses pelaksanaan tersebut iaitu antaranya ialah:

(i) pemiutang penghakiman gagal membayar deposit yang ditetapkan mengikut Pekeliling Ketua Pendaftar No 2 Tahun 2005; dan

(ii) pemiutang penghakiman atau wakilnya gagal hadir pada tarikh pelaksanaan yang ditetapkan.

(iii) Kegagalan untuk mendapatkan pengawal keselamatan.

4. Merujuk kepada perkara 3(i) dan (ii) di atas, mahkamah hendaklah mengeluarkan satu Notis seperti di Lampiran A1 dan A2 masing-masing bagi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah untuk memaklumkan kepada pemiutang penghakiman untuk membayar deposit yang telah ditetapkan selewat-lewatnya dua (2) minggu sebelum tarikh pelaksanaa pertama yang ditetapkan oleh Mahkamah. Di dalam Notis tersebut juga dimaklumkan bahawa pemiutang penghakiman atau wakilnya perlu hadir pada tarikh dan masa yang ditetapkan untuk pelaksanaan.

5. Bagi perkara 3(iii) di atas dan dengan merujuk perkara 3.4 Pekeliling Ketua Pendaftar No 2 Tahun 2005; pelantikan pengawal keselamatan juga boleh dikecualikan dengan kebenaran mahkamah atas alasan yang munasabah.

6. Kegagalan pemiutang penghakiman untuk membayar deposit atau kegagalan pemiutang penghakiman atau wakilnya untuk hadir pada masa yang ditetapkan untuk pelaksanaan akan menyebabkan Writ Penyitaan dan Penjualan dibatalkan.

Arahan Amalan ini adalah berkuat kuasa mulai 10 Ogos 2012.

No comments: