Monday, May 25, 2009

KEJOHANAN BOWLING INTER-FIRM TERENGGANU BAR 2009/2010


"Pemenang Bowling Wanita - Pn. Rosnah"




"Pemenang Bowling Lelaki - En. Ahmad Faisal "





"Juara Keseluruhan - Team Tetuan Ayu Hisham & Co"






" Gadis-gadis urusetia"




" Baling, jangan tak baling, jangan masuk longkang udah le"




Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu telah menganjurkan kejohanan Bowling Inter-Firm di Diman SuperBowls pada 23/5/2009 yang lalu. Seramai 24 pasukan telah bertanding dengan diwakili oleh Peguam-peguam dan kakitangan di firma masing-masing.

Tetua Ayu Hisham & Co. telah memenangi kejohanan ini dengan jatuhan pin sebanyak 1639 pin. Pemain Boling terbaik bagi Peguam lelaki adalah Encik Ahmad Faisal bin Yunus dengan kejatuhan pin sebanyak 502 dan Puan Rosnah binti Zakaria mengungguli bagi Peguam Wanita dengan kejatuhan pin sebanyak 487.

Kami berterima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan kejohanan ini dan berharap agar ianya terus mendapat sambutan pada tahun-tahun yang akan datang. Pihak jawatakuasa bercadang untuk menjadikan kejohanan ini sebagai acara tahunan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang-pemenang dan pada mereka yang kurang bernasib baik, cuba lagi di tahun hadapan.


10 PASUKAN FIRMA TERBAIK

(1) ACH TEAM A (AYU HISHAM & CO) PIN 1639

(2) FIREBALL (N M TIONG & CO) PIN 1620

(3) RYP DUNGUN (RUSHDI YUSOP & PARTNERS) PIN 1541

(4) AAR TEAM (ABDULLAH ABD RAHMAN & CO) PIN 1494

(5) RYP KT (RUSHDI YUSOP & PATRNERS) PIN 1458

(6) ZMC (ZAMANI MUHAMMAD & CO) PIN 1417

(7) LA GENIO DECORP (AHMAD SHAHABUDIN & CO) PIN 1347

(8) ABR 515 TEAM (ANUAR BADROL & RAKAN2) PIN 1327

(9) KUCH2 HOTA HAI (ABDUL HARIS & CO) PIN 1322

(10) RHR TEAM (ROSNI HAIDA ROHAYATI & ASSOC) PIN 1290



5 PEMAIN PEGUAM LELAKI TERBAIK

(1) AHMAD FAISAL BIN YUNUS (ROSNI HAIDA ROHAYATI & ASSOC)

(2) OTHMAN BIN BAKAR (ZAMANI MUHAMMAD & CO)

(3) SAIFUL BAHRI BIN HARUN (RUSHDI YUSOP & PARTNERS)

(4) UBAIDILLAH BIN HAJI AWANG (AYU HISHAM & CO)

(5) HISHAM BIN HASHIM (AYU HISHAM & CO)



5 PEMAIN PEGUAM PEREMPUAN TERBAIK

(1) ROSNAH BINTI ZAKARIA (RUSHDI YUSOP & PATRNERS)

(2) GHASIDAH BINTI JUSOH (GHAZALI ISMAIL & CO)

(3) W NAEMAH BINTI W. ABDULLAH (AHMAD SHAHABUDIN & CO)

(4) ATIFAH NAZUAN BINTI RAMLI (ATIFAH NAZUAN & CO)

(5) SARINI BINTI OSMAN (V P NATHAN & CO)



5 PEMAIN KAKITANGAN LELAKI TERBAIK

(1) TN MD. ZULFIRI BIN TN PENGERAN (MOHD SOFIAN & CO)

(2) HUSSIN BIN YUSOF (ABDULLAH ABD RAHMAN & CO)

(3) ABD AZIZ BIN AHMAD (N M TIONG & CO)

(4) ABD HALIM BIN ABD AZIZ (AYU HISHAM & CO)

(5) W MOHD LIRAU BIN W OTHMAN (AMIRRUDDIN & CO)


5 PEMAIN KAKITANGAN PEREMPUAN TERBAIK

(1) EDAWATI BINTI MAT HASSAN (N M TIONG & CO)

(2) NORAZIAN BINTI A. RAHMAN (V P NATHAN & CO.)

(3) ROSMALINA BINTI HASSAN (AHMAD SHAHABUDIN & CO)

(4) CHE KU MANISAH BT CHE KU MAN (AHMAD SHAHABUDDIN & CO)

(5) SHUHAIDA (UBAIDILLAH AZIZ & CO)




{Posting ini dibuat sebelum keruntuhan stadium.... jadi piala pusingan akan dipegang oleh Tetuan Ayu Hisham & Co. sehinggalah tak tahu bila lagi... sob sob sob....}



























MAJLIS PERASMIAN TERENGGANUBAR.BLOGSPOT.COM


Gambar orang kuat majlis pelancaran Terengganu Bar Blogspot. Terima kasih daun keladi, esok-esok nak mintak tolong lagi......


Pengerusi LAC yang "hensem"





Gambar Ahli Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu 2009/2010






Pengerusi merasmikan Terengganubar.blogspot.com


UCAPAN PERASMIAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEGUAM NEGERI TERENGGANU


Assalamualaikum Wrt. Wbt. & Salam Sejahtera,

Buat ahli-ahli Peguam di Terengganu dan pembaca blog ini.

Pertamanya saya ingin melahirkan setinggi penghargan atas usaha jawatankuasa yang terlibat bagi menjayakan blog ini.

Ini merupakan usaha ulung untuk medium perhubungan antara ahli-ahli Peguam di Terengganu ini. Segala berita ahli-ahli, aktiviti-aktiviti jawatankuasa serta hebahan informasi dari Majlis Peguam Malaysia dapat disampaikan dengan cepat ke pengetahuan ahli-ahli.

Ini boleh merapatkan hubungan antara ahli-ahli serta usaha untuk menyelesaikan apa jua permasalahan yang dihadapi agar kebajikan setiap Peguam di Terengganu ini dapat dijaga dengan baik.

Dengan adanya ruang interaktif seperti ini setiap program yang dibuat akan pasti mendapatkan feedback dari ahli-ahli.

Ahli-ahli juga digalakkan agar menyumbangkan idea untuk memajukan blog ini dan menambahbaik program-program bagi tahun-tahun mendatang.

Pusat Bantuan Guaman Negeri Terengganu juga dapat menghebohkan segala program dan perancangan untuk bantuan yang disediakan bagi membantu masyarakat awam. Faedahnya pasti akan dirasai oleh seluruh anggota masyarakat di Terengganu.


Pihak jawatankuasa juga bercadang untuk membincangkan topik-topik semasa di perspektif perundangan agar kita sama-sama dapat mempertingkatkan kesedaran umum atas hak-hak mereka dan proses-proses perundangan yang perlu mereka ketahui.

Akhir kata saya percaya ini adalah langkah pertama untuk semua ahli-ahli Peguam Terengganu di dalam melengkapkan diri dengan ilmu IT dalam menghadapi cabaran abad ke 21. Saya juga mengharapkan bantuan dan sokongan semua ahli-ahli di dalam mempertingkatkan lagi kecanggihan blog kita ini dari masa ke semasa.

Saya dengan lafaz ‘Bismillahirrahmanirahim’ melancarkan blog Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu dan mendoakan agar blog ini akan berjaya untuk selamanya.

Terima Kasih dan Salam Hormat.


Amirrudin bin Abu Bakar
Pengerusi
Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu 2009/2010.

Sunday, May 24, 2009

Blog Launching Ceremony & Called to the Bar

Dear All Members of the Terengganu Bar,



Terengganu Bar would like to welcome all members to the launching ceremony of the Terengganu Bar blogspot. The ceremony will take place on the 27th May 2009 at Bar Room and will start at 10a.m. We hope members will make effort to attend this ceremony and take this opportunity to interact with members. Please bring your laptop or notebook and try our Wifi Zone. Password will be given on that day. Light refreshment will be provided.



On behalf of Messrs Wan Abd Muttalib & Co and Messrs Salina Fazilawati & Co., we would like to invite all members to the Called to the Bar event on the same day at 11a.m at Court 1, Level 9. The Long Call is to officiate their chambering students Wan Syazwana Iwani binti Dato' Wan Muttalib & Cik Fyairos binti Aziz, who have completed their pupillage at the respective firms under the master of Dato' Wan Muttalib bin Wan Embong and Cik Salina bt Jalil.

We at the Terengganu Bar Commitee wish both of them the best of luck in their future either in this legal fraternity or in their chosen field. Refreshments will be held at Dewan Mahkamah and we thank them for their generousity. Thank you.



Salwa Mansor

Terengganu Bar Secretary 2009/2010.

AN EVENING WITH THE USA AMBASSADOR – HIS EXCELLENCY MR JAMES R. KEITH




















The USA Ambassador, Mr James R. Keith was on his official visit to our state on the 19 May 2009. His Excellency was sworn in as ambassador on July 24, 2007. He served numerous tours of duty in Washington working on Asian Affairs and has also served at the US Embassies in Beijing, Jakarta and Seoul. He was also a member of the National Security Council under the President Bush in the early 1990s and President Clinton in the late 1990s. He also studied Mandarin, Chinese, Korean, Malaysian and Indonesian. He is married to the former Jan Carter and have six children.



This was his first visit in Terengganu. He was accompanied by Mr. Jeremy Nathan, the Deputy Political Counselor and Mr Ravindran Manickam, Senior Associate Political Section. The Terengganu Bar Committee was represented by Mr Chairman, Encik Amirruddin bin Abu Bakar, Secretary, Puan Salwa binti Mansor, Tuan Haji A. Zamani bin Mohamad, Tuan Haji Asmadi bin Awang dan Cik Hajjah Faridah binti Yusoff.



He had graciously invited the Terengganu Bar Committee and hosted an informal dinner at Ri-Yaz Heritage Resort & Spa. The evening went well where His Excellency highlighted the current policy of the US administration under the new President, Barack Obama. He also responded to the question raise by the committee with regard to the Palestine-Israel conflict and the USA stand on the Iran nuclear policy. He also queried on the Malaysian current affair politically, economically and socially. We hope His Excellency’s visit to our beloved state shall be memorable and bilateral ties between us will be further strengthened.



Salwa Mansor

Terengganu Bar Secretary 2009/2010.

KUNJUNGAN HORMAT & RAMAH MESRA KE ATAS PEGAWAI DAERAH KUALA TERENGGANU



Kami telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Dato’ Haji Mohd Alim bin Muda yang merupakan Pegawai Daerah Kuala Terengganu pada 23 April 2009 jam 2.30 petang. Perjumpaan tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kompleks Seri Iman. Turut sama di dalam perjumpaan tersebut adalah Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu dan pegawai-pegawai pentadbiran di pejabat tanah.



Antara isu-isu yang dibangkitkan adalah berhubung dengan pendaftaran pindahmilik, gadaian, penyaksian dokumen-dokumen dan lain-lain lagi. Isu utama yang dibangkitkan adalah berhubung dengan permasalahan dengan proses lelongan dimana baki harga lelongan diselesaikan melalui pinjaman bank. Kami berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera agar tidak timbul masalah bagi pihak-pihak yang membeli aset-aset lelongan secara pembiayaan dari institusi kewangan.



Pihak Jawatankuasa Peguam Terengganu juga mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa bersama untuk menyelesaikan permasalahan berbangkit. Pihak Pegawai Daerah bersetuju untuk menimbangkan cadangan tersebut. Akhirnya pihak kami berharap agar pertemuan dan perbincangan seperti ini akan diteruskan di masa hadapan untuk kebaikan bersama.