Gambar orang kuat majlis pelancaran Terengganu Bar Blogspot. Terima kasih daun keladi, esok-esok nak mintak tolong lagi......
Pengerusi LAC yang "hensem"
Gambar Ahli Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu 2009/2010
Pengerusi merasmikan Terengganubar.blogspot.com
UCAPAN PERASMIAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEGUAM NEGERI TERENGGANU

Assalamualaikum Wrt. Wbt. & Salam Sejahtera,
Buat ahli-ahli Peguam di Terengganu dan pembaca blog ini.
Pertamanya saya ingin melahirkan setinggi penghargan atas usaha jawatankuasa yang terlibat bagi menjayakan blog ini.
Ini merupakan usaha ulung untuk medium perhubungan antara ahli-ahli Peguam di Terengganu ini. Segala berita ahli-ahli, aktiviti-aktiviti jawatankuasa serta hebahan informasi dari Majlis Peguam Malaysia dapat disampaikan dengan cepat ke pengetahuan ahli-ahli.
Ini boleh merapatkan hubungan antara ahli-ahli serta usaha untuk menyelesaikan apa jua permasalahan yang dihadapi agar kebajikan setiap Peguam di Terengganu ini dapat dijaga dengan baik.
Dengan adanya ruang interaktif seperti ini setiap program yang dibuat akan pasti mendapatkan feedback dari ahli-ahli.
Ahli-ahli juga digalakkan agar menyumbangkan idea untuk memajukan blog ini dan menambahbaik program-program bagi tahun-tahun mendatang.
Pusat Bantuan Guaman Negeri Terengganu juga dapat menghebohkan segala program dan perancangan untuk bantuan yang disediakan bagi membantu masyarakat awam. Faedahnya pasti akan dirasai oleh seluruh anggota masyarakat di Terengganu.

Pihak jawatankuasa juga bercadang untuk membincangkan topik-topik semasa di perspektif perundangan agar kita sama-sama dapat mempertingkatkan kesedaran umum atas hak-hak mereka dan proses-proses perundangan yang perlu mereka ketahui.
Akhir kata saya percaya ini adalah langkah pertama untuk semua ahli-ahli Peguam Terengganu di dalam melengkapkan diri dengan ilmu IT dalam menghadapi cabaran abad ke 21. Saya juga mengharapkan bantuan dan sokongan semua ahli-ahli di dalam mempertingkatkan lagi kecanggihan blog kita ini dari masa ke semasa.
Saya dengan lafaz ‘Bismillahirrahmanirahim’ melancarkan blog Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu dan mendoakan agar blog ini akan berjaya untuk selamanya.
Terima Kasih dan Salam Hormat.
Amirrudin bin Abu Bakar
Pengerusi
Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu 2009/2010.

No comments:
Post a Comment