Sunday, May 24, 2009

KUNJUNGAN HORMAT & RAMAH MESRA KE ATAS PEGAWAI DAERAH KUALA TERENGGANU



Kami telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Dato’ Haji Mohd Alim bin Muda yang merupakan Pegawai Daerah Kuala Terengganu pada 23 April 2009 jam 2.30 petang. Perjumpaan tersebut telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kompleks Seri Iman. Turut sama di dalam perjumpaan tersebut adalah Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu dan pegawai-pegawai pentadbiran di pejabat tanah.



Antara isu-isu yang dibangkitkan adalah berhubung dengan pendaftaran pindahmilik, gadaian, penyaksian dokumen-dokumen dan lain-lain lagi. Isu utama yang dibangkitkan adalah berhubung dengan permasalahan dengan proses lelongan dimana baki harga lelongan diselesaikan melalui pinjaman bank. Kami berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera agar tidak timbul masalah bagi pihak-pihak yang membeli aset-aset lelongan secara pembiayaan dari institusi kewangan.



Pihak Jawatankuasa Peguam Terengganu juga mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa bersama untuk menyelesaikan permasalahan berbangkit. Pihak Pegawai Daerah bersetuju untuk menimbangkan cadangan tersebut. Akhirnya pihak kami berharap agar pertemuan dan perbincangan seperti ini akan diteruskan di masa hadapan untuk kebaikan bersama.


No comments: