Tuesday, January 19, 2010

OPENING OF THE LEGAL YEAR 2010





OPENING OF THE LEGAL YEAR 2010

16 JANUARY 2010 (SATURDAY)



VENUE : DEWAN PERDANA
PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTER (PICC)
PUTRAJAYA



8.00 am . KETIBAAN DAN PERBARISAN TETAMU TERMASUK Y.A HAKIM-HAKIM MAHKAMAH TINGGI, RAYUAN DAN PERSEKUTUAN. (GAMBAR DIBAWAH)




(Pemandangan yang sangat menakjubkan setelah hampir 30 tahun tiada upacara seumpama ini, kini jubah menarik menjadi perhatian. Yang Arif -Yang Arif tertib beratur untuk memulakan perarakan masuk ke dewan)




(Wakil Majlis Peguam turut dengan robes uniform dari kanan Chairman Terengganu, Chairman penang Mureli dan Vice President Lim Chee Wee )



(Ucapan ketiga-tiga pihak, Bar Council, Attorney General serta the bench, kesemua komponen penting menentukan sistem keadilan di Malaysia berjalan lancar)



9.15-11.30am




Ucapan oleh Yg. Bhg. Mr Ragunath Kesavan
President Malaysian Bar


Ucapan oleh Yg. Bhg Tan Sri Abdul Gani Patail
Peguam Negara Malaysia


Ucapan oleh YAA Tun Dato' Seri Zaki Bin Tun Azmi
Ketua Hakim Negara Malaysia




Ucaptama oleh YA Bhg. Tun Abdul Hamid Bin Haji Mohamad





(Dewan PICC sungguh cantik, modern dan canggih. Dewan sebeginila patut dibuat dan diadakan mesyuarat agung AGM Terengganu bar tahun ini)



(Jemputan-jemputan begitu teruja mendengar ucapan2 yang dibuat)




(Wakil peguam, dari pahang Hon dan chairmannya Pani, sebelah Chairman Johor Mohan juga belakang Chairman Kedah/perlis Ahmad Taufik semua teruja untuk mendengar CJ berucap mengenai KPI)




(Maaf Gambar kurang memuaskan, waktu CJ Y.A.A Tun Zaki diiringi oleh Tan Sri Alaudin CJ Mahkamah Rayuan lalu di hadapan Chairman ketika ingin keluar Dewan waktu penutup hari tersebut)



(Familiar Faces, Y.A pesuruhjaya kehakiman Dato' Zamani A Rahim dan disebelah
kanannya Y.A Tuan Zainal Azman bin Ab Aziz. Di doakan Confirm secepat mungkin)


11.40am Jamuan ringan setelah penutupan majlis.



(Wakil Terengganu, Chairman menunggu sehingga habis di waktu tengahari menyaksikan
proses pembukaan tahun perundangan yang pertama dalam tempoh hampir 3 dekad, di negara lain seperti Singapore, Hong Kong, Nigeria serta U.K ia biasa di adakan setiap tahun, malah berarak beramai-ramai. Semuga perhubungan yang erat ini antara tiga cabang perundangan akan melahirkan pemahaman perlunya antara satu sama lain, bagai aur dengan tebing tidaklah hanya yang atas memandang ke bawah). Amin

PERJUMPAAN DENGAN YANG ARIF DATO" ABDUL RAHIM BIN UDA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Pada 7hb Januari 2010 yang lalu, bertempat di bilik mesyuarat di tingkat 6, komplek mahkamah telah berlangsung suatu perjumpaan mesra antara Yang Arif Dato" Abdul Rahim bin Uda dengan Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu. Yang Arif Dato" baru bertukar dari Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bertukar ke Terengganu menggantikan Yang Arif Tuan Ahmad Zaidi bin Ibrahim yang bertukar menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baru, Kelantan.



Yang Arif telah sudi meluangkan masa untuk bertemu dan berbincang secara informal dengan ahli-ahli jawatankuasa peguam Negeri Terengganu berkenaan isu-isu semasa. Beliau menekankan beberapa perkara antaranya hasrat beliau ingin memulakan waktu sebutan atau bicara bermula jam 9.00 pagi. Beliau berharap agar peguam-peguam Terengganu dapat menghadirkan diri awal agar prosiding dapat dimulakan pada jam 9 dan jika terdapat apa-apa permasalahan maka boleh lah diberitau pada juru bahasa.







(Y.A Dato" Abdul Rahim bin Uda sedang menerangkan pandangan beliau sambil diperhati oleh Tuan M Bakri, Hakim mahkamah Sesyen, Penolong Pendaftar dan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu)



Beliau juga menekankan agar peguam-peguam di Negeri Terengganu dapat bekerjasama dan menfailkan saman, penghujahan serta dokumen yang perlu secara bijaksana, tepat dan jitu. Ini agar memudahkan proses perbicaraan dan keputusan dijalankan.





(Wakil peguam Terengganu dari kanan, Haji Mukhtar, Pn Salwa, Haji Othman, Haji Asmadi, Haji Zamani dan Chairman err Cik Juna sedang ambil gambar ni)



Chairman ada membangkitkan persoalan penangguhan kes yang hangat diperkatakan sekarang, Y.A Dato" menjelaskan beliau tiada masalah untuk membenarkan dengan syarat ada alasan yang baik serta penangguhan diminta awal. Beliau juga menyarankan agar pihak yang memohon penangguhan itu mendapatkan pengesahan bertulis dari pihak peguam yang satu lagi. Chairman juga menerangkan bahawa 90% peguam di Negeri Terengganu ini merupakan firma-firma kecil terdiri dari seorang atau 2-3 peguam oleh itu kadang-kala memerlukan kes dijalankan separuh bicara. misalnya jika perlu memanggil doktor pakar, mungkin perlu satu hari untuk saksi-saksi formal dan sehari untuk doktor tersebut. Y.A bersetuju boleh dijalankan part heard jika keadaan memerlukan. (Ini juga selaras dengan arahan Y.A.A Tun Zaki ketua Hakim Negara yang membenarkan part heard bagi kes-kes kod 53 dan 73).





(Gambar kenangan Y.A dengan Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu)



Akhirnya, Y.A menyataan keterbukaanya untuk membincangkan pelbagai permasalahan yang timbul agar proses keadilan di Negeri Terengganu dapat berjalan dengan lancar dan bermanfaat pada semua pihak. Pintu bilik beliau sentiasa terbuka untuk peguam terengganu.


Jawatankuasa peguam Negeri Terengganu amat berterima kasih serta bersyukur atas keikhlasan serta keterbukaan Y.A Dato" Abdul Rahim dan mendoakan kejayaan beliau menjalankan tugas dengan cemerlang di Negeri Terengganu Darul Iman.



Friday, January 8, 2010

KURSUS LANJUTAN KOMPUTER BAHAGIAN 2

SALAM SEJAHTERA,


MERUJUK PERKARA DI ATAS, PIHAK JAWATANKUASA PEGUAM NEGERI TERENGGANU AKAN MENGANJURKAN SUATU KURSUS LANJUTAN KOMPUTER MELIBATKAN AHLI-AHLI YANG BERMINAT.

KURSUS AKAN MEMBERI PENEKANAN TAMBAHAN :-

1. YAHOO MESSENGER
2. AKAUN FACEBOOK
3. E-MAIL (ATTACHMENT)
4. MUAT TURUN

TEMPAT : BILIK BAR
MASA : JAM 3.00 PETANG
TARIKH : MASA TERDEKAT
KEPERLUAN : SETIAP AHLI DIWAJIBKAN MEMBAWA LAPTOP MASING2 TELAH PENUH DICHARGE.

AHLI YANG BERMINAT SILA DAFTARKAN NAMA, DI BAR ROOM, DI RUANG KOMEN BLOG INI. JAMUAN RINGAN AKAN DISEDIAKAN.

SEKIAN HARAP MAKLUM.

Thursday, January 7, 2010

MAJLIS MERAIKAN Y.A TUAN AHMAD ZAIDI BIN IBRAHIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 22hb Disember 2009, bertempat di Riyaz, Pulau Duyung, Kuala Terengganu, pihak Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu telah mengadakan suatu jamuan makan tengahari (steam bot) bersama Yang Arif Tuan Ahmad Zaidi bin Ibrahim. Majlis di adakan sempena perpindahan Yang Arif menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baru bermula pada 1hb januari 2010 yang lalu. Yang Arif sebelum ini pernah menjadi hakim mahkamah sesyen Kuala Terengganu sebelum berpindah ke Johor. Beliau kemudiannya telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan seterusnya dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi di Kota Baru, Kelantan.

Majlis jamuan ini bermula jam 1 tengahari juga turut disertai oleh Pengarah Mahkamah Terengganu Tuan Che Zulkifli, Tuan M. Bakri dan Tuan Khalid. Majlis berakhir jam 2.30 petang di mana seluruh Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu yang mewakili seluruh ahli peguam untuk Negeri Terengganu mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan kerjaya Yang Arif Tuan Ahmad Zaidi bin Ibrahim terus cemerlang di masa-masa akan datang. AMIN


(Para tetamu sedang sibuk mengambil tempat masing-masing, sementara En. Asmadi mengambil tugas menarik kerusi untuk tetamu. Di hujung Tuan M. Bakri khusyuk mengkaji menu makanan untuk tengahari tu)


(Para tetamu sedang berbincang soal perundangan negara, Tuan Haji Zamani menerangkan sejarah mahkamah Terengganu sambil ahli-ahli lain mendengar dengan teruja)


(Chairman menyerahkan cenderamata kepada Yang Arif Tuan Ahmad Zaidi atas sumbangan dan jasa tak terhingga beliau berkhidmat untuk Negeri Terengganu)


(Gambar kenang-kenangan Yang Arif beserta semua Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu)




(Rakan sekelas dari dua university berlainan, wakil UIA, En. Othman dan En. Anuwar sementara wakil UM, Cik Faridah, Chairman, En. Asmadi dan Tuan M. Bakri )

Laporan oleh "The Don".

Friday, January 1, 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010




SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010


BUAT SEMUA AHLI-AHLI PEGUAM NEGERI TERENGGANU SERTA PEMBACA BLOG INI.

SEMUGA TAHUN INI MEMBAWA KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAN BUAT SEMUA.


TAHUN 2009 TELAH BERLALU DAN TIDAK AKAN KEMBALI,


SEMALAM YANG BERLALU ADALAH KENANGAN, HARI INI ADALAH IMPIAN,

ESOK ADALAH HARAPAN. SEGALA YANG BERLALU SAMADA PAHIT ATAU MANIS



JADIKANLAH PENGAJARAN, JANGAN MEMANDANG HARI SEMALAM PENUH KESALAN



ATAU HARI ESOK PENUH KETAKUTAN, PANDANGLAH HARI SEMALAM PENUH



KENANGAN, HARI INI PENUH AZAM DAN HARI ESOK PENUH SINAR. SEMUGA KITA



DAPAT MENJALANI CABARAN KEHIDUPAN MENDATANG DENGAN PENUH



KETENANGAN DAN KESABARAN.





SELAMAT MENYAMBUT KEHADIRAN TAHUN BARU 2010,



DARI,,

JAWATANKUASA PEGUAM NEGERI TERENGGANU