Tuesday, January 19, 2010

PERJUMPAAN DENGAN YANG ARIF DATO" ABDUL RAHIM BIN UDA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Pada 7hb Januari 2010 yang lalu, bertempat di bilik mesyuarat di tingkat 6, komplek mahkamah telah berlangsung suatu perjumpaan mesra antara Yang Arif Dato" Abdul Rahim bin Uda dengan Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu. Yang Arif Dato" baru bertukar dari Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bertukar ke Terengganu menggantikan Yang Arif Tuan Ahmad Zaidi bin Ibrahim yang bertukar menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baru, Kelantan.



Yang Arif telah sudi meluangkan masa untuk bertemu dan berbincang secara informal dengan ahli-ahli jawatankuasa peguam Negeri Terengganu berkenaan isu-isu semasa. Beliau menekankan beberapa perkara antaranya hasrat beliau ingin memulakan waktu sebutan atau bicara bermula jam 9.00 pagi. Beliau berharap agar peguam-peguam Terengganu dapat menghadirkan diri awal agar prosiding dapat dimulakan pada jam 9 dan jika terdapat apa-apa permasalahan maka boleh lah diberitau pada juru bahasa.







(Y.A Dato" Abdul Rahim bin Uda sedang menerangkan pandangan beliau sambil diperhati oleh Tuan M Bakri, Hakim mahkamah Sesyen, Penolong Pendaftar dan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu)



Beliau juga menekankan agar peguam-peguam di Negeri Terengganu dapat bekerjasama dan menfailkan saman, penghujahan serta dokumen yang perlu secara bijaksana, tepat dan jitu. Ini agar memudahkan proses perbicaraan dan keputusan dijalankan.





(Wakil peguam Terengganu dari kanan, Haji Mukhtar, Pn Salwa, Haji Othman, Haji Asmadi, Haji Zamani dan Chairman err Cik Juna sedang ambil gambar ni)



Chairman ada membangkitkan persoalan penangguhan kes yang hangat diperkatakan sekarang, Y.A Dato" menjelaskan beliau tiada masalah untuk membenarkan dengan syarat ada alasan yang baik serta penangguhan diminta awal. Beliau juga menyarankan agar pihak yang memohon penangguhan itu mendapatkan pengesahan bertulis dari pihak peguam yang satu lagi. Chairman juga menerangkan bahawa 90% peguam di Negeri Terengganu ini merupakan firma-firma kecil terdiri dari seorang atau 2-3 peguam oleh itu kadang-kala memerlukan kes dijalankan separuh bicara. misalnya jika perlu memanggil doktor pakar, mungkin perlu satu hari untuk saksi-saksi formal dan sehari untuk doktor tersebut. Y.A bersetuju boleh dijalankan part heard jika keadaan memerlukan. (Ini juga selaras dengan arahan Y.A.A Tun Zaki ketua Hakim Negara yang membenarkan part heard bagi kes-kes kod 53 dan 73).





(Gambar kenangan Y.A dengan Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu)



Akhirnya, Y.A menyataan keterbukaanya untuk membincangkan pelbagai permasalahan yang timbul agar proses keadilan di Negeri Terengganu dapat berjalan dengan lancar dan bermanfaat pada semua pihak. Pintu bilik beliau sentiasa terbuka untuk peguam terengganu.


Jawatankuasa peguam Negeri Terengganu amat berterima kasih serta bersyukur atas keikhlasan serta keterbukaan Y.A Dato" Abdul Rahim dan mendoakan kejayaan beliau menjalankan tugas dengan cemerlang di Negeri Terengganu Darul Iman.



1 comment:

Anonymous said...

alahh Hakim Mah Sesyen 1 dan 2 tu nak ambek peduli ke arahan Tun Zaki tu ?...tengoklah sendiri