Thursday, January 7, 2010

MAJLIS MERAIKAN Y.A TUAN AHMAD ZAIDI BIN IBRAHIM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada 22hb Disember 2009, bertempat di Riyaz, Pulau Duyung, Kuala Terengganu, pihak Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu telah mengadakan suatu jamuan makan tengahari (steam bot) bersama Yang Arif Tuan Ahmad Zaidi bin Ibrahim. Majlis di adakan sempena perpindahan Yang Arif menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Kota Baru bermula pada 1hb januari 2010 yang lalu. Yang Arif sebelum ini pernah menjadi hakim mahkamah sesyen Kuala Terengganu sebelum berpindah ke Johor. Beliau kemudiannya telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan seterusnya dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi di Kota Baru, Kelantan.

Majlis jamuan ini bermula jam 1 tengahari juga turut disertai oleh Pengarah Mahkamah Terengganu Tuan Che Zulkifli, Tuan M. Bakri dan Tuan Khalid. Majlis berakhir jam 2.30 petang di mana seluruh Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu yang mewakili seluruh ahli peguam untuk Negeri Terengganu mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan kerjaya Yang Arif Tuan Ahmad Zaidi bin Ibrahim terus cemerlang di masa-masa akan datang. AMIN


(Para tetamu sedang sibuk mengambil tempat masing-masing, sementara En. Asmadi mengambil tugas menarik kerusi untuk tetamu. Di hujung Tuan M. Bakri khusyuk mengkaji menu makanan untuk tengahari tu)


(Para tetamu sedang berbincang soal perundangan negara, Tuan Haji Zamani menerangkan sejarah mahkamah Terengganu sambil ahli-ahli lain mendengar dengan teruja)


(Chairman menyerahkan cenderamata kepada Yang Arif Tuan Ahmad Zaidi atas sumbangan dan jasa tak terhingga beliau berkhidmat untuk Negeri Terengganu)


(Gambar kenang-kenangan Yang Arif beserta semua Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu)




(Rakan sekelas dari dua university berlainan, wakil UIA, En. Othman dan En. Anuwar sementara wakil UM, Cik Faridah, Chairman, En. Asmadi dan Tuan M. Bakri )

Laporan oleh "The Don".

1 comment:

MB said...

gambar paling bawah ,umur sebaya perut pun sebaya jugak