Friday, October 23, 2009

NATIONAL SYMPOSIUM ON ISLAMIC BANKING AND FINANCE (EASTERN REGION)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,





Simposium Nasional bagi Kewangan dan Perbankan Islam (Wilayah Timur) telah diadakan pada 21 Oktober 2009 bertempat di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. Simposium ini telah dianjurkan bersama oleh Majlis Peguam Malaysia bersama AIBIM (Association of Islamic banking institution Malaysia).




Pendaftaran bermula seawal jam 8.00 pagi, Ucaptama bertajuk "Islamic Banking & Finance : The way forward" telah disampaikan oleh Dato" Mohd Razif bin Abd Kadir, Timbalan Gabenor Negara Malaysia.




Selepas minum pagi, acara diteruskan dengan penerangan oleh Assoc. Prof. Dr. Asyraf Wajdi Dasuki, Head, of Research Affairs, International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA), bertajuk "Islamic Banking and Finance - Shariah Perspectives".




Jam 12.45 makan tengahari disediakan di coffee house Primula di mana kesemua peserta simposium menjamu selera. Sesudah itu simposium bersambung dengan tajuk "Islamic Banking & Finance - Legal Perspectives" oleh Assistant Prof Dr. Nurdianawati Irwani Abdullah from Kuliyyah of Economic and Management Sciences International Islamic University Malaysia.





Simposium berakhir dengan penerangan En Mohd Suhaimi Ismail dari Tetuan Hisham Sobri & Kadir dengan judul "Legal Documentation - Existing and New Products". Majlis berakhir jam 6.00 petang. Difahamkan hampir 170 orang peserta menyertai simposium dari Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Mereka terdiri dari pelbagai sektor antaranya peguam ataupun pengurusan bank.





Jawatankuasa peguam Negeri Terengganu yang bertindak sebagai tuan rumah telah membantu dengan sukarelawan mengendalikan urusan pendaftaran, photocopy dokumen serta M.C. majlis. Jutaan terima kasih di ucapkan buat Hajah Faridah serta semua sukarelawan peguam Negeri Terengganu yang terlibat. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat Tuan Haji Mukhtar Abdullah yang sudi menjadi pemandu sementara, memandu mercedes Brabusnya membawa tetamu jemputan. Semoga pengalaman sebegini membuktikan peguam Negeri Terengganu mampu mengendalikan acara yang lebih gemilang di masa-masa akan datang.






Para peserta begitu asyik menghayati syarahan yang diberikan.




Tenaga kerja di sebalik tabir dari kiri Hajah Faridah, Chairman dan Haji Mukhtar.




Gambar kenangan dari kiri Haji Mukhtar, Haji Asmadi, Hajah Faridah, Associate Prof. Dr Asyraf Wajdi Dasuki, Bar Council Vice President Mr Lim Chee Wee dan Chairman.



Majorie dan Mr Rahman sedang menjamu selera setelah memberi sepenuh tumpuan di dalam simposium tadi.



Muhammad (kiri dalam gambar) yang menjadi M.C majlis simposium ini,
ini menunjukkan peguam muda Negeri Terengganu ramai yang berbakat dan berkaliber dalam mengendalikan acara-acara besar.


Laporan: pemberita pelatih.

Tuesday, October 20, 2009

BENGKEL PEMAHAMAN DAN PENGISIAN SIJIL ANNUAL DAN INSURAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

JAWATANKUASA PEGUAM NEGERI TERENGGANU DENGAN KERJASAMA MAJLIS PEGUAM MALAYSIA AKAN MENGANJURKAN SUATU BENGKEL UNTUK MEMBERI PEMAHAMAN KEPADA AHLI-AHLI PEGUAM DINEGERI TERENGGANU SERTA PANTAI TIMUR BERKENAAN PENGISIAN SIJIL ANNUAL SERTA INSURAN YANG TERBARU.

BENGKEL INI AKAN DIADAKAN :

BERTEMPAT DI : FELDA RESIDENCE KUALA TERENGGANU

BERTARIKH : 26 OKTOBER 2009 (ISNIN)

WAKTU : 3.00 HINGGA 5.00 PETANG

PESERTA : DIANGGARKAN 20 HINGGA 25 ORANG.
(FIRST COME FIRST SERVE BASIS)

KURSUS INI AMAT BERFAEDAH UNTUK SEMUA AHLI DALAM MEMASTIKAN PERMOHONAN SIJIL ANNUAL YANG DIHANTAR SETIAP TAHUN TIDAK MENGHADAPI MASALAH.

OLEH KERANA TEMPAT ADALAH TERHAD, MAKA AHLI-AHLI DISARAN MENDAFTAR NAMA SECEPAT MUNGKIN MELALUI SAMADA CIK MARINA (COMITEE HP NO. 0126202565), PUSAT BANTUAN GUAMAN (ROS & MUNIRAH) ATAU RUANG KOMEN DI BLOG INI.

PENDAFTARAN DAN PENYERTAAN ADALAH PERCUMA, DISAMPING JAMUAN RINGAN DISEDIAKAN. DIHARAP AHLI-AHLI MENGAMBIL PELUANG MENAMBAH ILMU SECARA BERAMAI-RAMAI.

PENGERUSI,
JAWATANKUASA PEGUAM NEGERI TERENGGANU.

LA DIPERLUKAN

TETUAN HADI ZAMANI & ASSOCIATES MEMERLUKAN LEGAL ASSISTANT SEGERA. ANTARA KRITERIA YANG DUPERLUKAN :

PEREMPUAN ATAU LELAKI
BAHAGIAN LITIGATION
PENGALAMAN 1 TAHUN ATAU LEBIH
BERMINAT??? SILA HUBUNGI EN. HADI DI TALIAN
019-9840188 ATAU 09-6204771

Sunday, October 18, 2009

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Pihak Jawatankuasa peguam negeri Terengganu dan Pusat bantuan guaman telah menganjurkan jamuan hari raya aidilfitri bertempat di tingkat 4 mahkamah Terengganu pada 14 oktober 2009. Majlis bermula jam 10.30 pagi dengan dihadiri oleh ahli-ahli peguam negeri Terengganu. Pelbagai juadah telah disediakan antaranya nasi dagang, satay, mee hoon, ketupat rendang, serunding, laksa, tapai serta pelbagai kuih dan agar -agar. Majlis ini juga telah dihadiri oleh jemputan termasuk kakitangan mahkamah, polis mahkamah, pengawal keselamatan, perkhidmatan kebersihan dan para jemputan lain.



Majlis juga diserikan dengan kehadiran Pengarah Mahkamah yang baru Tuan Che Zulkifli. Majlis diakhiri jam 2.00 petang. Pihak jawatankuasa ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian jemputan yang hadir serta setinggi-tinggi penghargaan buat A.J.K yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini, terima kasih juga buat mereka yang menyumbangkan juadah dan sumbangan kewangan. Terdapat cadangan agar majlis sebegini yang bertujuan merapatkan hubungan antara para peguam serta kakitangan-kakitangan yang berkhidmat di mahkamah diteruskan serta dijadikan acara tahunan. Semoga acara-acara seumpama ini mendapat sokongan ahli-ahli di masa-masa akan datang. Sekian Terima kasih.




Majlis dimulakan oleh En Mat Yusof, semua begitu teruja melihat pelbagai jamuan yang tersedia. Mazlan tak sabar untuk menjamah sate pak awang yang tersohor tu.

Orang kuat majlis, Ros dan munirah serta dibantu oleh sam, shatira dan yang lain bekerja keras memastikan semua berjalan lancar


Semua tersenyum ria, zamri, aziz, azrul, nik, zubir dan faisal. Mereka berkata bab makang beresss bosssss.


Gadis-gadis menawan ahli Terengganu bar, huuuh kejelitaan gadis Terengganu negeri laing dok lehh chaleng.


Ahli lama Terengganubar, Salina begitu teruja sehingga tertutup mata apabila dapat bergambar dengan saifudin, rosnah dan napisah.


Wakil Terengganubar Tn Hj Mukhtar bergambar dengan memakai baju tompok rimau bintang menunjukkan betapa "garang" wakil terengganu di Majlis peguam.


Tuan Pengarah mahkamah Terengganu Tuan Che Zulkifli (tengah) disamping Tuan M. Bakri sedang menjamu selera di temani Chairman Terengganubar dan Hj Man di bilik VIP.


Selesai majlis makan upacara membungkus dimulakan, plastik disediakan digambar dari kanan Hj Man, Yati, Chairman dan Hjh Faridah gembira dapat bawa balik take away.


Inila makna jasa mu dikenang, dalam keadaan sakit tangan, letih, lenguh, kerja tetap dibuat mengangkut kerusi meja diketuai asari, azran, hayat, ros dan muni. TQ


Dua jejaka paling macho sedang angkat periuk, Hayatpun berpantun "tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu" chairman pun menjawab "makan ramai-ramai, angkut suku-suku".


Antara tenaga kerja paling akhir balik nadia, marina dan sam. Sam begitu seronok minum bersila malah mencadangkan agar majlis tahun depan di adakan secara bersila tanpa kerusi dan meja. Ini cadangan menarik tak payah sibuk-sibuk angkat kerusi meja.


Laporan : Pemberita sambilan.

Monday, October 12, 2009

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009/1430H

JAWATANKUASA PEGUAM NEGERI TERENGGANU DAN PUSAT BANTUAN GUAMAN DENGAN BERBESAR HATI INGIN MENJEMPUT SEMUA PEGUAM NEGERI TERENGGANU UNTUK HADIR KE MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2009/1430H PADA :
HARI : RABU
TARIKH : 14HB OKTOBER 2009
TEMPAT : FOYER TINGKAT 4 MAHKAMAH KUALA TERENGGANU
MASA : 10.30 PAGI HINGGA 2.00 PETANG
MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMERIAHKAN DAN MENCERIAKAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2009. " SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN"


SEKIAN..WASSALAM.