Sunday, October 18, 2009

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Pihak Jawatankuasa peguam negeri Terengganu dan Pusat bantuan guaman telah menganjurkan jamuan hari raya aidilfitri bertempat di tingkat 4 mahkamah Terengganu pada 14 oktober 2009. Majlis bermula jam 10.30 pagi dengan dihadiri oleh ahli-ahli peguam negeri Terengganu. Pelbagai juadah telah disediakan antaranya nasi dagang, satay, mee hoon, ketupat rendang, serunding, laksa, tapai serta pelbagai kuih dan agar -agar. Majlis ini juga telah dihadiri oleh jemputan termasuk kakitangan mahkamah, polis mahkamah, pengawal keselamatan, perkhidmatan kebersihan dan para jemputan lain.



Majlis juga diserikan dengan kehadiran Pengarah Mahkamah yang baru Tuan Che Zulkifli. Majlis diakhiri jam 2.00 petang. Pihak jawatankuasa ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian jemputan yang hadir serta setinggi-tinggi penghargaan buat A.J.K yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini, terima kasih juga buat mereka yang menyumbangkan juadah dan sumbangan kewangan. Terdapat cadangan agar majlis sebegini yang bertujuan merapatkan hubungan antara para peguam serta kakitangan-kakitangan yang berkhidmat di mahkamah diteruskan serta dijadikan acara tahunan. Semoga acara-acara seumpama ini mendapat sokongan ahli-ahli di masa-masa akan datang. Sekian Terima kasih.




Majlis dimulakan oleh En Mat Yusof, semua begitu teruja melihat pelbagai jamuan yang tersedia. Mazlan tak sabar untuk menjamah sate pak awang yang tersohor tu.

Orang kuat majlis, Ros dan munirah serta dibantu oleh sam, shatira dan yang lain bekerja keras memastikan semua berjalan lancar


Semua tersenyum ria, zamri, aziz, azrul, nik, zubir dan faisal. Mereka berkata bab makang beresss bosssss.


Gadis-gadis menawan ahli Terengganu bar, huuuh kejelitaan gadis Terengganu negeri laing dok lehh chaleng.


Ahli lama Terengganubar, Salina begitu teruja sehingga tertutup mata apabila dapat bergambar dengan saifudin, rosnah dan napisah.


Wakil Terengganubar Tn Hj Mukhtar bergambar dengan memakai baju tompok rimau bintang menunjukkan betapa "garang" wakil terengganu di Majlis peguam.


Tuan Pengarah mahkamah Terengganu Tuan Che Zulkifli (tengah) disamping Tuan M. Bakri sedang menjamu selera di temani Chairman Terengganubar dan Hj Man di bilik VIP.


Selesai majlis makan upacara membungkus dimulakan, plastik disediakan digambar dari kanan Hj Man, Yati, Chairman dan Hjh Faridah gembira dapat bawa balik take away.


Inila makna jasa mu dikenang, dalam keadaan sakit tangan, letih, lenguh, kerja tetap dibuat mengangkut kerusi meja diketuai asari, azran, hayat, ros dan muni. TQ


Dua jejaka paling macho sedang angkat periuk, Hayatpun berpantun "tepuk amai-amai, belalang kupu-kupu" chairman pun menjawab "makan ramai-ramai, angkut suku-suku".


Antara tenaga kerja paling akhir balik nadia, marina dan sam. Sam begitu seronok minum bersila malah mencadangkan agar majlis tahun depan di adakan secara bersila tanpa kerusi dan meja. Ini cadangan menarik tak payah sibuk-sibuk angkat kerusi meja.


Laporan : Pemberita sambilan.

No comments: