Simposium Nasional bagi Kewangan dan Perbankan Islam (Wilayah Timur) telah diadakan pada 21 Oktober 2009 bertempat di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. Simposium ini telah dianjurkan bersama oleh Majlis Peguam Malaysia bersama AIBIM (Association of Islamic banking institution Malaysia).
Pendaftaran bermula seawal jam 8.00 pagi, Ucaptama bertajuk "Islamic Banking & Finance : The way forward" telah disampaikan oleh Dato" Mohd Razif bin Abd Kadir, Timbalan Gabenor Negara Malaysia.
Selepas minum pagi, acara diteruskan dengan penerangan oleh Assoc. Prof. Dr. Asyraf Wajdi Dasuki, Head, of Research Affairs, International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA), bertajuk "Islamic Banking and Finance - Shariah Perspectives".
Jam 12.45 makan tengahari disediakan di coffee house Primula di mana kesemua peserta simposium menjamu selera. Sesudah itu simposium bersambung dengan tajuk "Islamic Banking & Finance - Legal Perspectives" oleh Assistant Prof Dr. Nurdianawati Irwani Abdullah from Kuliyyah of Economic and Management Sciences International Islamic University Malaysia.
Simposium berakhir dengan penerangan En Mohd Suhaimi Ismail dari Tetuan Hisham Sobri & Kadir dengan judul "Legal Documentation - Existing and New Products". Majlis berakhir jam 6.00 petang. Difahamkan hampir 170 orang peserta menyertai simposium dari Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Mereka terdiri dari pelbagai sektor antaranya peguam ataupun pengurusan bank.
Jawatankuasa peguam Negeri Terengganu yang bertindak sebagai tuan rumah telah membantu dengan sukarelawan mengendalikan urusan pendaftaran, photocopy dokumen serta M.C. majlis. Jutaan terima kasih di ucapkan buat Hajah Faridah serta semua sukarelawan peguam Negeri Terengganu yang terlibat. Setinggi-tinggi penghargaan juga buat Tuan Haji Mukhtar Abdullah yang sudi menjadi pemandu sementara, memandu mercedes Brabusnya membawa tetamu jemputan. Semoga pengalaman sebegini membuktikan peguam Negeri Terengganu mampu mengendalikan acara yang lebih gemilang di masa-masa akan datang.
Para peserta begitu asyik menghayati syarahan yang diberikan.
Gambar kenangan dari kiri Haji Mukhtar, Haji Asmadi, Hajah Faridah, Associate Prof. Dr Asyraf Wajdi Dasuki, Bar Council Vice President Mr Lim Chee Wee dan Chairman.
No comments:
Post a Comment