Tuesday, August 25, 2009

FUTSAL GAME: LAWYER -V- COURT

Balingan maut daripada Faiz Van Der Sar
Amboi!!! putihnya gigi





Seksinya!! Auwww














Laporan Perlawanan Persahabatan Futsal antara Mahkamah dan Peguam.

Objektif:

Merapatkan hubungan antara para peguam dan pihak Mahkamah serta dapat menyihatkan badan dan menghilangkan rasa stress & tension.


Tarikh : 10/8/2009 : Jam 10 malam
Venue : Futsal didepan Shell Pulau Kambing.


Peguam yang telah menyarung jersi kebangsaan Peguam Terengganu adalah seperti berikut

1. En. Faiz Van Der sar
2. En Faisal Reina
3. En Sukri Messi
4. En Nik Mohd Radhia Drogba
5. En Azran Cannavaro
6. En Zamri Tevez
7. En Ubaidillah Milla
8. En Badrol Batistuta
9. En Zanizam Zidane
10. En Aziz Benzema


Ulasan Perlawanan dari ESPN Channel:-


Pasukan Trg Bar yang diketuai oleh Faiz telah berjaya mengikat Team Mahkamah yang diketuai oleh Tuan Azhar dengan 13-13. Kalu En Azran tidak menjaringkan gol sendiri sudah tentu Trg Bar telah mencapai kemenangan mutlak.


Skuad banyak dibantu oleh kelicikan Sukri Messi dan jaringan Bicycle Kick Nik Radhia Drogba. Dan kekebalan kecemerlangan Penjaga Gol yang menjaga gawang.


Disediakan oleh Wan Ahmad Faiz bin Wan Abdullah
(Komiti Sukan & kebajikan)

Thursday, August 6, 2009

UPDATE: 13/8/2009 - FELDA RESIDENCE - SEMINAR ON LIBERALIZATION & GOVERMENT SUPPORT FOR MALAYSIAN PROFESSIONAL SERVICES PROVIDERS

Please be informed that the organizer of the seminar has updated us with the followings information:-


Date: 13 August 2009
Day: Thursday
Venue: Andaman Ballroom- 19th Floor - Felda Residence
Time: 8.30 a.m. to 2 p.m. (Coffee break & Lunch will be provided)


For members who are interested, please confirm your registration either thru:-

1) Secretary Terengganu Bar
2) Legal Aid Centre
3) This Blog


You may also fax or email the registration form direct to the organizing committee i.e. Professional Services Development Corporation (PSDC). The itenary of the program & the registration form has been email to all of the members.


Since places are very limited, members are urge to confirm their attendance soonest possible. Dateline for registration is on Tuesday 11/8/2009. Kindly take this opportunity to enrich ourselves with the current situation in the professional services sector.


Thank you.

Salwa Mansor
Secretary Terengganu Bar 2009/2010

UCAPAN TAKZIAH BUAT PUAN COMI DAN TUAN MOHD NOOR SEKELUARGA

SALAM,

KESEMUA AHLI-AHLI JAWATANKUASA PEGUAM NEGERI TERENGGANU MENGUCAPKAN TAKZIAH ATAS PEMERGIAN IBUNDA TERSAYANG PN COMI DAN ISTERI TERCINTA TUAN MOHD NOOR (BEKAS HAKIM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU) PADA JAM 8.30 PAGI KELMARIN 5 OGOS 2009 DI HOSPITAL KUALA TERENGGANU.

PIHAK JAWATANKUASA BERKESEMPATAN MENZIARAH SERTA SOLAT JENAZAH JAM 10.30 PAGI KELMARIN. KAMI BERHARAP PUAN COMI SERTA TUAN MOHD NOOR SEKELUARGA TENANG MENGHADAPI DUGAAN DAN KETENTUAN ILAHI INI. KAMI JUGA MENDOAKAN AGAR ROH ALLAHYARHAMAH DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG YANG BERIMAN. AMIN YA ALLAH.


PENGERUSI

JAWATANKUASA PEGUAM TERENGGANU

Wednesday, August 5, 2009

SEMINAR LIBERASASI DAN SOKONGAN KERAJAAN UNTUK SEKTOR PERKHIDMATAN PROFESSIONAL MALAYSIA

SALAM,



PSDC (Professional services development corporation) di bawah kementerian kerjaraya akan menganjurkan suatu seminar bertajuk liberasasi dan sokongan kerajaan untuk sektor perkhidmatan bertempat di Kuala Terengganu (tempat belum ditetapkan lagi) pada 13 OGOS 2009. Bermula pada 8.30 pagi hingga waktu tengahari (seminar setengah hari).



SEMINAR INI TERBUKA UNTUK SEMUA PEGUAM DAN IA AKAN DI ADAKAN SECARA PERCUMA. MAKAN TENGAHARI SERTA MINUM PAGI DISEDIAKAN.



LATARBELAKANG FAKTA :-



Kerajaan Malaysia bercadang untuk membuka sektor perkhidmatan professional untuk firma-firma luar menawarkan perkhidmatan mereka di Malaysia. Kerajaan telah mengumumkan liberasasi 27 sektor. Sektor guaman juga akan terlibat dalam proses liberasasi. Menjelang 2012 pembukaan akan dilaksanakan. Kini 5 firma guaman asing akan mula dibenarkan menawar perkhidmatan mereka terutama di sektor kewangan Islam Sukuk. Pasaran ASEAN akan dibuka menjelang 2015. Samada kita bersetuju atau tidak proses ini akan berjalan. Oleh itu adalah sangat wajar semua Peguam-peguam di Negeri Terengganu ini hadir untuk mendapat maklumat terkini dan pemahaman sepenuhnya berkenaan isu ini.



Senarai lengkap program akan diedarkan minggu hadapan setelah di muktamadkan antara Jawatankuasa dan pihak penganjur.



Disamping tujuan kita untuk mendapat maklumat berkenaan proses liberasasi ini, pihak penganjur juga akan hadir bersama agensi kerajaan yang lain menawarkan insentif-insentif untuk Pihak kita mendapatkan bantuan baik dari segi teknikal atau kewangan. Saya di fahamkan Kerajaan menyediakan fund sejumlah RM 100 juta iaitu RM50 juta melalui grant MIDA dan soft loan RM 50 juta melalui MIDF. Pihak Peguam di Terengganu boleh menggunakan dana ini bagi tujuan mempertingkatkan keupayaan kita dalam menghadapi cabaran dari luar.



Adalah amat penting untuk kita semua memahami cabaran yang bakal kita hadapi kelak. Ini kerana apabila diimplementasi kelak TIADA polisi untuk undur kebelakang lagi. Kita harus BERSAING dengan firma gergasi dari luar negara.



Pihak jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu merayu agar ahli-ahli mengambil peluang keemasan ini untuk hadir ke Seminar tersebut. Persiapkanlah diri kita menjelang pembukaan pasaran sektor professional Malaysia.



DIHARAP PEGUAM-PEGUAM TERENGGANU DAPAT MENDAFTARKAN DIRI UNTUK HADIR KE SEMINAR TERSEBUT PADA 13 OGOS 2009 (KHAMIS) DARI JAM 8.30 PAGI HINGGA 1.30 PETANG. SILA BERITAHU KEHADIRAN MELALUI :-



1. SETIAUSAHA PN SALWA MANSOR.



2. LETAK NAMA DI LAC MELALUI PN ROS @ PN MUNIRAH



3. MENULIS NAMA ANDA MELALUI KOMEN DALAM BLOG INI



PIHAK KAMI JUGA AKAN E-MAIL SERTA PENGANJUR AKAN MENGHUBUNGI TUAN PUAN MELALUI TELEPON DAN FAX.



HADIR LA BERAMAI-RAMAI UNTUK FAEDAH KITA BERSAMA.



Pengerusi

Jawatankuasa Peguam Terengganu.

Monday, August 3, 2009

KURSUS KEMAHIRAN KOMPUTER UNTUK PEGUAM TERENGGANU

En. Mat Yusop sedang berbincang dengan Bill Gates berkenaan cara-cara betul membuka e-mail sambil diperhatikan oleh Chairman, Cik Atifah dan Shifu En. Hayat.



Kesemua peserta tekun mendengar penerangan dari En. Mat Yusop yang telah expert berkenaan sistem komputer.



Kesemua peserta amat berterimakasih atas pengajaran serta bantuan dari En. Hayat, staff serta Ros dan Munirah.


Salam,

Jawatankuasa peguam Negeri Terengganu telah menganjurkan suatu kursus melatih kemahiran menggunakan komputer kepada ahli-ahlinya pada 17 Jun 2009 yang lepas. Waktu latihan bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang.

Tenaga pengajar terdiri dapada En Hayat serta kakitangannya dan dibantu oleh kakitangan Pusat bantuan guaman iaitu Ros dan Munirah. Terdapat lima peguam yang belajar dan menunggu hingga ke akhir. Peguam-peguam lain yang celek IT seperti En Saifudin telah balik awal. Peguam yang tinggal Pn Norizai, Pn Napisah, Pn Salina, En Mat Yusop dan En Amirruddin.

Setiap peserta telah berjaya membuat E-mail sendiri, serta berjaya memahami sistem e-mail, internet, laman web dan asas komputer terkini. Pemasangan WIFI di bilik Bar Room telah berjaya dimanfaat sepenuhnya dengan semua pihak berjaya connect dengan sistem WIFI tersebut. Peserta juga telah belajar untuk connect dan ini memudahkan mereka berbuat demikian di tempat-tempat lain yang ada WIFI di Terengganu ini kelak.

Kursus peringkat kedua telah dirancang yang mana menurut En Hayat pengerusi IT jawatankuasa Terengganubar akan memfokuskan penggunaan Yahoo Messenger atau skype bagi membolehkan ahli-ahli menghubungi "chat" antara satu sama lain menggunakan webcam. Ini amat menjimatkan kerana berapa jauhpun jarak ahli tetapi kos penggunaan amat rendah.

Oleh itu Pihak Jawatankuasa AMAT-AMAT berharap agar penyertaan yang menggalakkan dari ahli untuk kursus yang akan datang serta penglibatan ahli-ahli dalam BLOG KITA. Beri la sumbangan artikel, matlumat terkini atau sekurang-kurangnya komen-komen bernas bagi setiap aktiviti kita. Meriahkan la BLOG KITA kerana ia milik kita bersama.

Wartawan tak rasmi. (maaf atas lewat melapor)