Wednesday, August 5, 2009

SEMINAR LIBERASASI DAN SOKONGAN KERAJAAN UNTUK SEKTOR PERKHIDMATAN PROFESSIONAL MALAYSIA

SALAM,



PSDC (Professional services development corporation) di bawah kementerian kerjaraya akan menganjurkan suatu seminar bertajuk liberasasi dan sokongan kerajaan untuk sektor perkhidmatan bertempat di Kuala Terengganu (tempat belum ditetapkan lagi) pada 13 OGOS 2009. Bermula pada 8.30 pagi hingga waktu tengahari (seminar setengah hari).



SEMINAR INI TERBUKA UNTUK SEMUA PEGUAM DAN IA AKAN DI ADAKAN SECARA PERCUMA. MAKAN TENGAHARI SERTA MINUM PAGI DISEDIAKAN.



LATARBELAKANG FAKTA :-



Kerajaan Malaysia bercadang untuk membuka sektor perkhidmatan professional untuk firma-firma luar menawarkan perkhidmatan mereka di Malaysia. Kerajaan telah mengumumkan liberasasi 27 sektor. Sektor guaman juga akan terlibat dalam proses liberasasi. Menjelang 2012 pembukaan akan dilaksanakan. Kini 5 firma guaman asing akan mula dibenarkan menawar perkhidmatan mereka terutama di sektor kewangan Islam Sukuk. Pasaran ASEAN akan dibuka menjelang 2015. Samada kita bersetuju atau tidak proses ini akan berjalan. Oleh itu adalah sangat wajar semua Peguam-peguam di Negeri Terengganu ini hadir untuk mendapat maklumat terkini dan pemahaman sepenuhnya berkenaan isu ini.



Senarai lengkap program akan diedarkan minggu hadapan setelah di muktamadkan antara Jawatankuasa dan pihak penganjur.



Disamping tujuan kita untuk mendapat maklumat berkenaan proses liberasasi ini, pihak penganjur juga akan hadir bersama agensi kerajaan yang lain menawarkan insentif-insentif untuk Pihak kita mendapatkan bantuan baik dari segi teknikal atau kewangan. Saya di fahamkan Kerajaan menyediakan fund sejumlah RM 100 juta iaitu RM50 juta melalui grant MIDA dan soft loan RM 50 juta melalui MIDF. Pihak Peguam di Terengganu boleh menggunakan dana ini bagi tujuan mempertingkatkan keupayaan kita dalam menghadapi cabaran dari luar.



Adalah amat penting untuk kita semua memahami cabaran yang bakal kita hadapi kelak. Ini kerana apabila diimplementasi kelak TIADA polisi untuk undur kebelakang lagi. Kita harus BERSAING dengan firma gergasi dari luar negara.



Pihak jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu merayu agar ahli-ahli mengambil peluang keemasan ini untuk hadir ke Seminar tersebut. Persiapkanlah diri kita menjelang pembukaan pasaran sektor professional Malaysia.



DIHARAP PEGUAM-PEGUAM TERENGGANU DAPAT MENDAFTARKAN DIRI UNTUK HADIR KE SEMINAR TERSEBUT PADA 13 OGOS 2009 (KHAMIS) DARI JAM 8.30 PAGI HINGGA 1.30 PETANG. SILA BERITAHU KEHADIRAN MELALUI :-



1. SETIAUSAHA PN SALWA MANSOR.



2. LETAK NAMA DI LAC MELALUI PN ROS @ PN MUNIRAH



3. MENULIS NAMA ANDA MELALUI KOMEN DALAM BLOG INI



PIHAK KAMI JUGA AKAN E-MAIL SERTA PENGANJUR AKAN MENGHUBUNGI TUAN PUAN MELALUI TELEPON DAN FAX.



HADIR LA BERAMAI-RAMAI UNTUK FAEDAH KITA BERSAMA.



Pengerusi

Jawatankuasa Peguam Terengganu.

3 comments:

Anonymous said...

Salam,

Saya Amirruddin bin Abu Bakar bersetuju untuk hadir.

MB said...

MB AKAN HADIR

hayat said...

oleh kerana en MB hadir,saya pun akan hadir