Sunday, January 23, 2011

(SEPTEMBER) URGENT MEETING Y.A DATO ISMAIL MAHKAMAH SYARIAH TRG

Pada 29hb september 2010, Jawatankuasa peguam Negeri Terengganu telah mengadakan suatu perjumpaan tergempar dengan Y.A Dato' Ismail bin Yahya, Ketua Hakim Syarie Negeri Terengganu. Perjumpaan ini atas kehendak majoriti peguam syarie yang menghadapi masalah apabila suatu aturan baru di keluarkan iaitu kos dideposit untuk rayuan dari mahkamah rendah ke mahkamah Tinggi sejumlah rm 1000 dan dari mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan sejumlah rm 5000. Jumlah yang agak besar ini dikhuatiri akan menjejaskan sistem keadilan yang akan dilaksanakan.
Y.A Dato' dengan berbesar hati sudi menerima kehadiran Trgbar Commitee dan menjelaskan segala kekhilafan akibat garis panduan yang terbaru ini. Suatu perbincangan yang terbuka serta bermanfaat telah diadakan. Pihak mahkamah syariah telah menerangkan perancangan untuk membangun sistem serta jurnalnya tersendiri serta akan cuba mewujudkan jawatankuasa mengkaji dan menyelesaikan masalah yang telah dibangkitkan oleh Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.
Mesyuarat berakhir dengan kedua-dua pihak akan berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk jangka panjang. Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu juga ingin merakamkan setinggi penghargaan atas kesudian pihak mahkamah Syariah menerima kunjungan serta mendengar permasalahan dan akan mencari penyelesaian terbaik. Sekian.
Para peuam syarie serta Trgbar commitee khusuk mendengar penerangan Y.A Dato' Ismail.

Y.A Dato Ismail sudi memberi penerangan panjang lebar mengenai kos yang baru dilaksanakan...

Setiap pihak mencatit setiap fakta dan butiran yang diberikan....

Wakil peguam lelaki syarie dengan berani membangkaitkan persoalan yang timbul...

S/U Salwa serta Rohayati dan Norizai berpuashati dengan permasalahan mereka telah mendapat perhatian Y.A..Dato'....

Waktu minum Chairman membangkitkan persoalan bilik peguam serta pusat bantuan guaman bagi kes syariah...Y.A menyatakan terdapat sebuah bilik beserta komputer telah disediakan untuk tujuan tersebut...


Hayat teruja dengan pertemuan tersebut dan tak sabar sabar ingin menjadi peguam syarie Terengganu....

Rohayati serta juna mengambil kesempatan bergambar ketika jamuan diadakan...

Hj Tar menceritakan masalah pelanggannya wanita yang diceraikan suami tiada 'pitih' kalau nok bayo loya pung susoh lebih lagi kalau nok bayar duit kos....Y.A Dato' faham serta akan membantu mencari jalan penyelesaian terbaik...InsyaAllah..

No comments: