Pihak Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu telah berbesar hati untuk menghantar 4 peserta mewakili negeri Terengganu untuk menyertai kursus Human Right yang di anjurkan oleh Majlis Peguam di Kuala Lumpur dari 24 hingga 26 Jun 2010. Kursus yang diadakan ini bertujuan memberi pendedahan pada para peserta aspek aspek berkenaan hak hak individu serta menanam semangat penting hak hak ini dijaga. Sebagai peguam adalah menjadi teras didikan utama setiap peserta melindungi hak masyarakat ini.
Kursus yang dikendalikan jawatankuasa human right dibawah Andrew Khoo telah memberi pemahaman dan pengetahuan baru buat peserta dari Terengganu Bar ini. Terengganu Bar akan terus menaja peserta peserta di masa masa akan datang untuk menyertai pelbagai seminar, persidangan, kursus2 demi memperkasakan ilmu pengetahuan serta menambahbaikan Terengganu Bar sendiri.
Wakil Peserta Terengganu Bar dari kiri S/U Salwa, Hayat, Andrew, Wahida serta Marina...
Wakil Peserta Terengganu Bar dari kiri S/U Salwa, Hayat, Andrew, Wahida serta Marina...
Bergambar beramai ramai untuk kenangan ....
wakil Terengganu Bar tersenyum ria walaupun keletihan menyertai ceramah sesi sidang pleno serta bengkel yang padat tetapi moto tahun ni...err 'The Smiling Committee".......
No comments:
Post a Comment