Thursday, August 19, 2010

MAJLIS IFTAR DAN SEMPENA MERAIKAN DATO' HJ A. ZAMANI MOHAMMAD

by Terengganu Bar on Thursday, August 19, 2010 at 9:21am

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu akan mengadakan satu majlis berbuka puasa dan meraikan Dato' Hj A. Zamani Mohammad di Permai Inn Kuala Terengganu pada 24hb Ogos, 2010 (Selasa).....

Kehadiran members dan ahli keluarga amatlah dialu-alukan.....

Bayaran yang dikenakan adalah untuk dewasa sebanyak RM39.00 seorang.....bagi kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 17 tahun sebanyak RM29.00 seorang....bagi kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah tiada bayaran dikenakan...

Sila daftarkan nama dan pengesahan kehadiran bersama-sama bayaran di LAC kepada Rose/Munirah pada/selewat-lewatnya pada 22hb Ogos, 2010 (AHAD) jam 1.00 tengahari....

Antara menu utama adalah seperti berikut:=

HIDANGAN PANAS==nasi putih, nasi maryami nawaf, ayam madu al-mubarak, sotong si hitam manis, patin asam nenas, daging beringin, puyuh masak berlada, acar rampai, kobis masak lemak.

SUP==sup ekor, broccoli dan cauliflower soup....bun dan butter

ANEKA MINUMAN==air longan, air sarsi, air tebu, jus kurma

ANEKA BUAHAN==tembikai, betik, tembikai susu, nenas, pisang mas

PEMANIS MULUT==banyak sangat tak tersenarai...ada kek, kuih tradisional, bubur, puding, dessert on mirror dan macam-macam ada...

LAGI===ulam-ulam melayu, bermacam jenis jeruk, pecal, rojak, sambal, ikan masin dan 5 jenis kurma

CORNER==ais kacang, pulut cendol, teh tarik,

STALL 1==murtabak daging syifa

STALL 2==shawarma Beef asia

STALL3==kambing panggang shafa

STALL 4==mee mamak special

STALL 5==ikan bakar al-zalfa

SPECIAL=bubur lambuk wada'ah

No comments: