Wednesday, March 31, 2010

Farewell Lunch Bersama Tuan Hakim Sesyen 3 & Sesyen 4

Kepada sesiapa yang berminat untuk menghadiri Farewell Lunch Bersama Tuan Mohd Azhar Bin Othman dan Tuan Mohamad Khalid Bin Hj Ab. Karim pada 18hb April, 2010 (Ahad) jam 12.30 tengahari di Bbeteng di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man....(menu akan dimaklumkan kemudian)

Sila daftar nama berserta bayaran RM15.00 di LAC kepada Rose/Munirah sebelum/selewatnya pada 14hb April, 2010.

5 comments:

AMIR4364 said...

WAH BIJOK JUGOK TULIS BLOG, SAYA AMIRRUDDIN AKAN HADIR DAN TERUSKAN BELAJOR DAN ISI BLOG DAN FB KITE DENGAN ARTIKEL-ARTIKEL MENARIK....

Anonymous said...

Terima kasih banyak-banyak di atas majlis yang akan diadakan nanti. Di sini juga yang memohon jutaan kemaafan daripada saudara/i peguam yang pernah berurusan dengan saya selama ini di atas segala kekasaran dan kesalahan yang telah saya lakukan ataupun komen-komen yang telah menghiris perasaan atau yang telah menjatuhkan airmuka saudara/i sekelian tanpa saya sedari. Kita manusia tidak lekang dari melakukan kesalahan. InsyaAllah, berkat doa saudara/i saya akan cuba menjadi manusia yang lebih baik lagi di tempat baru saya mencari sesuap rezki untuk terus hidup.
Wassalam
Salam Maaf
Mohd Azhar Othman
HMS4KT

Sukri TSA said...

Semoga Tuan terus maju & jangan lupa DUA nikmat yang sering dilupakan manusia..

Anonymous said...

kami pasti mengenangi dan meratapi perpindahan tuan-tuan hakim MSKT 3 dan 4, dan sepatutnya hakim-hakim MSKT 3 dan 4 lah yg perlu dipindahkan kerana sudah lama di sini.sekadar pandangan peribadi.

Anonymous said...

sori bukan hakim-hakim MSKT 3 dan 4, tapi MSKT 1 dan 2 yg wajar dipindahkan. terlalu emotional tadi.