Saturday, January 23, 2010

CUIT CUIT HARI PERTAMA SEKOLAH

Salam,

Pada 3hb Januari 2010 yang lalu, hari yang paling mendebarkan bagi para ibubapa serta anak-anak yang memasuki alam persekolahan hari pertama. Pelbagai kerenah anak-anak yang terpaksa dilayanan. Disinilah kesabaran ibu bapa teruji, para peguam ada yang terpaksa bercuti ada terpaksa menghaibkan diri dari mahkamah semata-mata anak tercinta. Disekolah rendah sultan sulaiman 1 dan 2 misalnya terdapat beberapa peguam menghantar anak mereka mendaftar ke tahun satu. Antaranya S/U Puan Salwa, Haji Man, En Mat Sham, Pn norizai, En wan kamaluddin, Pn samsani, En Fariz dan lain-lain . Pengalaman hari pertama amat unik kerana ia akan kekal di ingatan sepanjang hayat. Ada yang menangis, ada yang suka dapat kawan baru, ada yang duduk tak gerak gerak (takut kut). Pihak ibubapa terpaksa ajar anak membeli makanan di kantin, sementara pihak sekolah mengadakan lawatan ke sekeliling sekolah.

Pengalaman baru ni bermakna proses kehidupan dan pengalaman hidup berdikari telah bermula. Mereka akan beransur-ansur membesar bergantung pada keupayaan diri sendiri. Ibubapa hanya menbimbing merekalah yang mencorakkan masa depan mereka. Kita mendoakan semua anak-anak kita dan terutamanya yang memasuki alam persekolahan tahun 2010 ni berjaya dalam pelajaran serta kehidupan di dunia dan akhirat.....amin.


(Anak Sam memandang dengan penuh pengharapan agar ibu nya duduk disebelah beliau)



(Suasana di dalam kelas dihari pertama persekolahan, digambar anak norizai,, said no problem mama err kecuali time ke tandas)


(Waktu rehat hari pertama, ibubapa masing-masing menemani penuntut tahun satu)



(Anak wan kamaludin serta anak chairman sedang menjamu selera, minggu ni je minggu depan pandai-pandai la membeli.....)




(Lawatan ke sekeliling sekolah mungkin kecil bagi kita tetapi terlalu hebat bagi mereka yang baru pertama kali masuk ke sekolah)


Jika ada gambar-gambar menarik atau pengalaman istimewa ahli-ahli harap dapat dikongsi bersama di dalam blog kita TQ...

No comments: