Tuesday, December 22, 2009

The Malaysian Bar - Malaysian Bar EGM (12 Dec 2009): Substantive justice must not be sacrificed for speed or expediency

Salam Sejahtera,



Majlis peguam telah mengadakan suatu mesyuarat agung khas pada 12 disember 2009 bertempat di Dewan San Choon, Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Mesyuarat yang diadakan bertujuan membincangkan resolusi berkenaan indeks prestasi KPI yang terlalu diberi tumpuan oleh pihak Ketua Hakim Negara. Pelupusan kes dijadikan keutamaan melebihi keadilan. Ini kerana kes "backlog" tertunggak di sesetengah negeri adalah terlalu banyak.



Sistem pengurusan kes yang baru diperkenalkan menimbulkan masalah besar di negeri- negeri yang melaksanakannya terutama di kuala lumpur. Terdapat Egm yang telah diadakan di Johor, Pahang dan Pulau Pinang yang menyokong keadilan sesuatu kes yang diberi keutamaan dan bukan berapa banyak kes yang boleh dilupuskan. Prestasi seseorang pegawai kehakiman hendaklah dinilai bukan melalui betapa cepat atau berapa banyak kes yang boleh dilupuskan tetapi keadilan yang sewajarnya diberikan kepada semua pihak. Pihak Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu telah diwakili oleh Chairman. Majlis yang sepatutnya bermula jam 10 pagi tidak dapat dimulakan kerana hanya ada 212 orang yang mendaftar , sekurang-kurangnya 500 orang peguam diperlukan untuk cukup korum. Vice Presiden Lim chee wee terpaksa berkali-kali membuat pengumuman merayu ahli-ahli yang hadir menghubungi rakan-rakan untuk hadir memberi sokongan. Hanya 10 minit hampir jam 11 pagi baru la korum tercapai. Setelah para wartawan diminta keluar mesyuarat bermula dengan masing-masing melepaskan perasaan.



Beberapa pindaan di buat atas usul yang dikemukakan oleh Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan. Usul-usul yang dikemukakan di sokong dengan sebulat suara. Suatu representasi akan dibuat kepada CJ Tun Zaki dalam masa terdekat untuk menyampaikan keputusan yang dibuat oleh EGM ini. Mesyuarat bersurai jam 1.30 tengahari.




Office Bearer mendengar keluhan ahli-ahli, setiap peguam litigasi semakin tertekan dengan sistem bicara tanpa penangguhan ini.





Sebelum mesyuarat bermula semua tertekan mana lawyer terutama dari KL yang langsung tak minat nak hadir sedangkan lawyer outstation dari Pahang, Kedah, Kelantan, Johor dan Terengganu awal-awal dah mendaftar.



Setiausaha Bar, sibuk meminda usul yang dibentangkan.



Chairman Setia menunggu hingga habis mesyuarat untuk memastikan perkembangan terbaru dapat disebarkan pada ahli-ahli Terengganu Bar.


Link dengan Bar Council untuk melihat resolusi penuh EGM



Sekian harap maklum.

No comments: