Assalamualaikum semua rakan2,
Disini Hari raya haji telah ditetapkan jatuh pada jumaat ini 27/11/2009. Maka banyaklah acara yang diatur oleh masyarakat Malaysia di Melbourne sempena kedatangan Hari Raya ini. Umpamanya, majlis korban.Untuk kawasan kampung saya yang mempunyai lebih kurang 50 keluarga post-graduate (dikenali sebagai DESABUNDOORA) dan kawasan KGVICNORTH, sebanyak 35 ekor kambing/biri2 dan 2 ekor lembu ditumbangkan. Sebahagian daging diagihkan dan sebahagian lagi dimasak. Satu majlis sambutan Hari Raya akan diadakan pada hari ahad ini yang dijangkakan akan dihadiri oleh lebih 500 orang ahli keluarga post-graduate warga Malaysia di sekitar Melbourne. Sambutan akan diadakan di sebuah taman awam. Taman awam disini menyediakan kemudahan dapur gas barbeque, tandas, paip, taman permainan dan bangsal secara percuma.
Setiap minggu pada hari sabtu malam ahad, satu kelas pengajian Al-Quran dan tajwid diadakan di rumah warga Malaysia disini. Tuan rumah akan menawarkan rumah sebagai tempat pengajian dan menyediakan sedikit makanan. Pada hari khamis malam jumaat pula, majlis bacaan yasin beramai2 diadakan juga dirumah warga Malaysia. Biasanya antara 30 hingga 50 orang hadir untuk majlis sebegini. Majlis ini dikepalai oleh Ust.Khairul Anuar Mohamad Al-Hafiz dari Kubang Kekura, Pulau Musang. Beliau menemani isterinya yang menyambung pelajaran disini dan adalah adik kepada Imam besar Msjid Kusza Ust.Suhaimi.
Kebanyakan penduduk disekitar rumah saya adalah warga tua. Kawasan sekeliling rumah kebanyakannya didiami oleh warga yang berasal dari Itali, Mecedonia, Greek, Lubnan, Vietnam, Albania dan lain2 lagi. Mereka telah berhijrah ke sini antara 20 hingga 50 tahun yang lalu.Mereka cukup hairan dengan kami sekeluarga yang boleh bercakap dalam bahasa inggeris dengan agak baik walaupun baru setahun disini. Ramai dikalangan mereka yang mereka kurang fasih berbahasa inggeris, mungkin disebabkan hanya bergaul dikalangan sama etnik sahaja.
Sekarang musim memetik buah strawberry dan blueberry. minggu depan kami beramai2 akan pergi ke ladang untuk memetik buah dimana sedikit bayaran dikenakan dan boleh makan sebanyak mana yang mahu. Musim panas juga menyebabkan semua pantai penuh dengan "dugong2" berjemur. 2 minggu lepas saya membawa anak2 ke pantai Brighton/St.Kilda untuk mandi. Mereka cukup seronok kerana kerinduan kepada pantai Mengabang Telipot terubat jua tetapi saya yang tak berapa seronoknya, pemandangan yang kurang kondusif untuk anak2.
Kepada sahabat2 yang sudah membeli tiket untuk melawat Melbourne tahun depan, diucapkan SELAMAT DATANG.
Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua warga peguam, maaf zahir batin dari saya, Sham, Ihsan, Solehah dan Solihin.
2 comments:
selamat hari raya din.mlm tadi aku tengok satu rencana pasal melbourn ,bandarayanya nampak cool aje takada hiruk pikuk.rasa dah tak sabar ni.apa apa pun jangan banyak sangat makan daging ,mudah dapat penyakit
SELAMAT RAYE KORBAN, KORBAN BEST SEKALI UNTE OSTOLIA, BUAT BBQ BESS MELILIH AIRLIUR HUUUUU.....
Post a Comment